125

16 2 0
                                    

Panggilan keluar masuk bertalu-talu sampaikan pekerja di bawahku semuanya kelihatan penat. Aku dan Abraham juga ada angkat beberapa panggilan. Mana tidaknya, hampir tujuh puluh buah kedai yang bernaung di bawah payung Shopa kami tiba-tiba nyah aktifkan akaun pekedai mereka dari talian.
Gila! Dalam satu hari ini, hampir dikerah tenaga pekerja untuk follow up dengan mereka yang terlibat.

Aku baru berurusan dengan Crochettars, satu kedai online yang bernaung di bawah kami. Alasan mereka cukup mudah, ada tawaran lebih baik. Aku dah beri cadangan untuk mereka mengiklankan kedai mereka di kedua-dua platform atas talian, namun bagi kedai kecil seperti mereka, ianya takkan menang tangan.

"Now they're taking our regulars," ujar Abraham.

"They are not ours to begin with. We also said there's no penalty if they wanted to leave," balasku mengingatkan Abraham.
Abraham mendengus kasar.

"If these keep going on, dengan kita sekali bungkus," katanya. Dia memandang pekerja-pekerja kami yang sedang gigih jawab telefon dan menelefon. Aku pandang mereka. Pendapatan mereka bergantung dengan syarikat. Kalau syarikat musnah, pendapatan mereka juga akan terjejas. Jadi, tanggungjawab kami sebagai orang atasan ialah memastikan kewangan syarikat kukuh dan perjalanan syarikat lancar.

"Whether Ryan like it or not, Chia Storeline already attack us the moment they launch their store. Kalau kita diam je, they're going to wipe us," kata Abraham.

"Go and talk some sense to Ryan," pujuknya.

Aku mengeluh. Aku pun tak mahu syarikat menghadapi masalah. Tapi, kenapa asyik aku sahaja yang kena pujuk si Ryan? Sebab aku perempuan? Tak adil betul kalau macam tu. Tak kisahlah aku atau Abraham, bahkan Ben sekalipun, ianya sangat susah ya nak minta orang berprinsip seperti Ryan ubah pendapatnya.

"I'll go again?" Soalku. Abraham angguk.

"He listen to you very well," kata Abraham.
Aku mengeluh perlahan.

***

Kapal terbang Danny sampai ke lapangan. Dia menarik beg sendirian dan menuju ke pintu ketibaab nombor empat. Di situ, sebuah kereta sport merah menunggunya tiba.

"You're here?" Soal Danny sebaik sahaja pintu terbuka. Stella senyum sinis.
"Come on, get in," katanya. Danny masuk ke dalam kereta Stella.

"Nice car," pujinya.

"You serius la tak update Yell yang you dah balik. She's gonna sulk you know," kata Stella mengingatkan Danny.
Danny terdiam. Dia memang nak beritahu Yellena, tapi sebab Yell cakap company tengah ada masalah, dia tak nak ganggu. Lagipun, dia boleh ambil kesempatan ini untuk berurusan dengan pihak studio.

Ya! Dia akan set up studio fotografi sendiri.

"Kalau I jadi you, I won't waste my time set up my own studio," kata Stella. Danny ketawa sinis.
"Why? Sebab you ingat I nak inherit business atuk?" Soal Danny. Dia dah boleh agak Stella akan bangkitkan hal tersebut.

"Your Aunty Natasha said so," balas Stella.
Danny mencebik.

"She wasn't wrong right?" Soal Stella.

"Kenapa? Sebab Ryan tak boleh inherit family business, so you nak break up," Danny balas, sengaja.
"I got my own money lah," ujar Stella. Danny angguk. Kerja pelakon memang boleh buat duit, tak dinafikan. Industri hiburan, kalau dah berjaya menempa nama, memang boleh jadi lubuk wang.

"I just think you need to quickly get inside Chia Group and learn. For your own good," kata Stella.
"I cakap ni as your loyal friend," balas Stella lagi. Dia dan Danny agak rapat, barangkali sebab dia sering minta Danny ambilkan gambar dan edit gambar portfolionya. Malah, sewaktu Danny di luar negara, ada beberapa kali Stella hantar gambar menerusi e-mel untuk Danny edit secara professional.

"Let me enjoy my life," ujarnya. Stella angkat kening.

"Serious you tak nak cakap dengan Yell yang you dah balik?" Soal Stella. Danny geleng.

"It's gonna be suprise! Have you done the things that I asked?" Soal Danny. Dia bercakap mengenai persiapan parti dengan Yellena. Stella mencebik. Dia dah suruh Genie belikan barang. Cadangnya dia sendiri nak hias sebab ada masa lapang.

"I'll tell Yell about it, Kalau dia tak nak datang, I paksa dia," kata Stella yakin. Sebenarnya, jauh di sudut hati dia cemburu dengan Yellena. Semua orang ambil berat dengannya. Danny juga begitu. Sebab tahu Yell sibuk dengan kerja, Danny tak terlalu memaksa dalam hubungan mereka. Stella mahukan itu. Stella mahukan ruang yang Danny boleh beri pada Yellena. Dia tak mahu Ryan asyik paksa-paksa dia buat sesuatu!

Mungkin juga tempoh bersama Ryan dah terlalu lama buatkan dia rasa bosan. Jadi, keputusan untuk perpisahan sementara ini benar atau tidak, Stella juga tak ada jawapan untuk itu.

Stella jeling Danny. Mulutnya gatal sahaja nak beritahu perihal Mak Cik Vlin dan Steve Chia! Tapi dia tahan.
Benda macam ni, kena bagi dia lihat sendiri!

***

"Crazy," desis hati Vlin. Tak sangka adik beradik pun boleh dengki sampai macam tu sekali. Ya! Dia akui, dia bukan orang yang baik, namun Vlin sesekali takkan khianati kakaknya atau ahli keluarganya macam Natasha dan Steve lakukan pada Ryan.

Mungkin sebab mereka orang berada, jadi pemikiran mereka lain.
Entahlah.

Selesai menyerahkan beberapa salinan dokumen penting kepada Natasha, wanita itu terus memakai kaca mata hitam dan beredar.

"She really did it," komen Steve sambil hirup kopi pekat. Vlin angkat kening.

"Your sister is scary," komen Vlin. Steve senyum sinis.

"Natasha is crazy. But there's one more besides her. She's a nutcase freak," komen Steve. Dia letakkan cawan kopi. Vlin kerutkan dahi.
"No one likes to talk about her," kata Steve. Vlin terkebil-kebil.

"Ah; I never tell you about her yet," kata Steve. Vlin menanti. Steve berdehem. Tampak jelas dia tak suka bangkitkan mengenai perempuan selain Natasha. Steve mendengus.

"It's okay if you don't want to tell. I'm not your wife or whatever family members right," Vlin seakan-akan merajuk. Steve mencapai tangannya, kedua belah.

"Her name is forbidden among Chia's family," kata Steve. Vlin sumpah berminat. Siapa sosok selain Natasha Chia yang menjadi pantang larang keluarga Chia. Siapa gerangan yang menjadi tanda tanya, sampaikan Steve tak mahu cakap pasal wanita itu. Yang pasti, wanita itu cukup menggerunkan sampai Steve cakap dia lebih gila dari Natasha.

"Her name is Isabelle," kata Steve.
Steve berhenti di situ. Siapa Isabelle? Ibu tiri dia? Wanita simpanan keluarga Chia? Tak ada jawapan.
Yang pastinya, wanita itu sampai hari ni tak pernah muncul lagi.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now