"You should tell us first before propose," komen Natasha. Ibu dan ayah tak cakap apa-apa, Natasha pula yang lebih-lebih.
"She's not our level Ryan," kata Natasha.
Ayah berkerut, tapi dia diamkan sahaja. Ibu juga diam, dia tahu yang Yellena pernah bercinta dengan cucunya Danny.
Ryan melepaskan keluhan kecil."Semua tu tak penting. Yang penting, we like each other," beritahu Ryan. Dia pandang ke arah Tuan Chia dan Puan Chia sebelum tersenyum.
"When everyone left, the only one who's stays is always Yellena," kata Ryan."Just like how she's always by my side, I want to be by hers too," kata Ryan.
Natasha ketawa sinis. Susah betul orang yang klaim cinta ini. Ryan dan abang sulungnya memang satu pesen! Buta kerana cinta! Hal ini bertentangan dengan dia! Barangkali Natasha lebih kuat kerana lebih sayangkan diri
"Ryan, free esok?" Soal ayahnya tiba-tiba.
Ryan pandang Natasha. Esok hari bekerja, macam mana nak free? Ini pun awal pagi dia datang untuk bersarapan. Kata ibunya, Danny dan Stella di hospital."I can make time," balas Ryan.
Dia boleh ambil cuti untuk ke konsert dengan Yellena. Untuk ayah, apa-apa sahaja boleh dia buat."Jom pergi memancing," kata ayahnya.
Ryan terus angguk setuju.Natasha kerutkan dahi. Sejak kecil dia ingin ikut ayahnya pergi memancing, namun setiap kali itu tak boleh! Tak pernah boleh!
"Bring Yellena with you," arah ayahnya. Ryan terus angguk.
***
"You pergi mana semalam!" Stella mulakan sesi soal siasat macam polis.
Danny angkat kening.
"I pergi beli snack, then main game kejap dekat ruang bawah," balas Danny. Stella memandangnya tidak percaya. Danny masih kekal dengan muka selamba. Melihat ada beg snack di hujung meja kopi bilik hospital itu, dia akhirnya bersetuju.
"Doktor cakap bila you nak bersalin?" Soal Danny.
"Isnin depan," kata Stella. Dia mengambil cermin tangan dan membetulkan rambut. Sebenarnya tarikh jangkaan doktor ialah hari Selasa, namun dia sengaja minta hari Isnin semata untuk dapatkan tarikh yang cantik untuk bayinya.
Danny angguk.
"You dah tanya nenek pasal Ryan dengan Yell?" Soal Stella.
Danny geleng."I tak tahu apa-apa," balasnya.
Stella merengus. Dia tanya Diana dan ibu Danny, Jennifer pun dapat jawapan yang sama.
"Petang nanti daddy nak datang melawat you," kata Danny. Stella angkat kening dan mengangguk. Kalau nak tanya bapa Danny macam pelik lah pulak! Tapi dia nak tahu, jadi ke tak jadi mereka kahwin!
Takkan dia sendiri nak mesej Yellena!Yell pun tak cakap apa-apa berkenaan dia masuk hospital!
***
Mengikut Ryan dan bapanya Tuan Chia pergi memancing merupakan keputusan yang tepat untuk aku. Tak sangka, hobi yang aku ingat terlampau maskulin ini sebenarnya menenangkan jiwa. Patutlah ramai orang-orang tua menyukai aktiviti seperti ini.
Ada beberapa ekor ikan yang Tuan Chia dapat. Ryan dapat seekor manakala aku tak dapat langsung. Ryan menyuruh aku tunggu bersabar.
"Yellena," panggil Tuan Chia.
"Ya," jawabku. Entah kenapa suara aku boleh pecah serak pulak! Ryan tahan ketawa.
"Ikut saya pergi basuh ikan," katanya. Aku mengambil baldi ikan dari Tuan Chia. Dia angguk. Baldi itu tak berat langsung. Ryan mahu ambil baldi itu dari tangan aku dan ikut kami.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
عاطفيةAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...