Akhir-akhir ini perasaan aku berbunga-bunga. Aku tak berapa pasti dengan perasaan ini, namun aku rasa gembira. Perasaan macam kau suka orang, orang tu suka kau balik! Haa, macam tu lah. Aku tekan air, nak minum air panas. Kerja aku di meja masih bertimbun, tapi aku lantak kan sahaja.
Telefon aku berbunyi. Danny.
"Ya..." lembut sapaku sebelum Danny mula bercakap. Eh!! Geli pulak aku dengan diri sendiri! Apa hal aku ni?
"Yell...you nak keluar tengok wayang lepas tu makan night market tak malam ni?" Soalnya. Aku diam.
"Okey," jawabku sambil tersenyum. Aku ketap bibir! Yang aku seronok sangat kenapa!? Macam lah aku tak pernah keluar dengan Danny."Okey. I'll pick you up after work," katanya.
"Hmm," jawabku. Danny masih di telefon. Kami berdua masih tak nak letak telefon.
"Okey, see you," katanya.
"Okay," jawabku. Masih tak letak telefon. Jeda. Kami berdua masih lagi di telefon walaupun diam sahaja."Kenapa tak letak telefon lagi ni?" Soal Danny. Aku ketawa perlahan.
"Kau letak la dulu." Bisikku.
Danny pula ketawa.
"You la letak dulu," katanya. Aku geleng.Diam.
"Okey. Aku letak. Bye," kataku lantas mematikan talian. Aku gigit bibir."Bila kita kahwin nanti..." ayat Danny terngiang lagi, masih berjaya menghantui aku. Aku juga pelik. Aku tak rasa marah pula dengan ayat Danny, barangkali aku sudah mulai nak buka hati padanya. Aku melompat kecil. Aku usap belakang leher.
Buka hati? Aku dah terbuka hati pada Danny ke?
"Yell!!" Sergahan suara garau Ryan membuatkan aku terkejut. Hampir sahaja aku tersepak kaki meja dan nak terjatuh. Mujur Ryan menahan aku. Air suam yang aku pegang tumpah terkena baju Ryan.
"Adoi," katanya melihat baju yang basah. Dia masih memegang pinggang aku, menyelamatkan aku daripada jatuh tersembam.
"Pres! I'm sorry!" Kataku melihat bajunya yang basah. Aku memegang baju Ryan yang basah, tanpa sedar aku menyentuh bahagian dada bidang dan keras milik Ryan. Kami saling berpandangan sebelum aku termalu sendiri! Gila!
"Aku okey. Kau okey?" Soalnya. Aku angguk, kembali berdiri elok.
"Baju dah basah," ujarku. Ryan pandang, tampak selamba. Barangkali dia tak begitu kisah, kerana ianya cuma air suam sahaja. Tapi panas jugak air putih suam tu...
"Tak apa," katanya. Dia memandang aku. Semakin lama, semakin mendekat. Ryan memandang aku dengan begitu dekat. Wajahnya cuba beberapa cm dari muka aku. Aku pula yang berundur ke belakang! Apahal ni! Oi! Oi! Aku tekup separuh muka dengan tangan, aku pandang ke arah lain, agar tak berterusan memandang mata Ryan.
"Apahal kau?" Soalku tenang. Aku jeling ke tepi, cuba tak pandang Ryan.
"Kau lah apahal...apahal kau macam berseri-seri?" Soalnya. Dia mengecilkan mata. Aku pula yang kerutkan dahi.
"Seri apa kejadahnya pulak," aku masih larikan anak mata dari pandang Ryan."Kau ingat aku tak nampak kau tersengih sorang-sorang jawab telefon," dia berpeluk tubuh. Matanya dikecilkan, dia tak lagi merenung aku begitu dekat.
"Kau bercinta eh Yell!?!?" Kuat suaranya, membuatkan beberapa pekerja pandang kami.Aku segera sepak kaki Ryan! Amboi mulut kau! Apahal kau tak pakai loudspeaker dewan? Biar satu pejabat sampai pejabat bawah boleh dengar tuduhan serkap jarang kau!
"Amboi mulut kauuu!" Aku cekak pinggang. Ryan tersengih. Dia mencuit hujung lengan aku."Kita kan bestie...kau tak nak gosip dengan aku ke?" Manja Ryan cuba cari gaduh. Aku mencebik. Banyak kau punya bestie!
"Heh," aku malas nak layan."Siapa pakwe kau tu?!" Soalnya. Aku buat muka toya, tak ada perasaan.
"Mana ada pakwe hanat!" Marahku tak puas hati dia main cakap ikut sedap mulut sahaja. Ryan angkat kening, sambil sengih memerli. Dia kerling mata sahaja, menyebabkan aku geram dan terus cubit perutnya. Ryan ketawa kegelian.
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...