7

45 5 0
                                    

You can be my girlfriend - 蔡徐坤

Aku cuba mengelak, namun kalah jua apabila Stella bersetuju untuk group dengan Danny dalam kelas ekonomi. Di dalam kelas ekonomi, Ryan tak join sekali kerana waktu bertindan dengan kelas sains komputer.Aku faham, Ryan mesti sibuk. Dengan hal persatuan pelajar lagi, exam lagi dan dia juga budak double degree. Waktunya mesti bertindan dengan kelas. Nasib aku tak tergerak hati nak ambil double degree macam dia, kalau tidak, mesti aku tak graduate dan dah botak kepala akibat berfikir terlampau banyak.

Stella tampak berminat dengan Danny.

Bukti? Dia asyik tersengih sambil menggunakan suara perempuan dan gaya feminin untuk menarik perhatian lelaki itu. Sedangkan Stella yang aku kenal tak adalah lemah lembut macam tu. Okay. Stella memang lemah lembut orangnya, suka bermanja dan sering tersenyum, tapi tak adalah terlampau orang cakap cover line macam yang dia tengah buat sekarang.
Yang aku perasan, Dannya hanya buat layan tak layan. Acah cool kata orang.

"Guys, you dua duduk jap. I nak beli coffee," kata Stella sebaik sahaja kami berjaya jumpa kelas kosong untuk perbincangan. Sengaja aku duduk jarak dengan Danny. Stella pun satu! Waktu sekarang lah pulak dia nak minum kopi! Sedangkan dia boleh minum kopi lepas habis perbincangan nanti.
Kan dia dah tinggalkan aku dengan Danny berdua.

Suasana agak gugup. Aku tak bercakap, begitu juga Danny.

Diam.

"Sorry pasal atas bas hari tu," dia memulakan ayat. Aku senyap. Peristiwa atas bas tempoh hari sememangnya membuatkan aku tak selesa dengan Danny. Hinggakan setiap kali berjumpa buat aku rasa nak lari. Sekarang pun kalau boleh aku tak nak duduk dengan Danny, nak sahaja aku lari. Tapi apa boleh buat, aku takkanlah nak cakap hal ini dengan Stella.

"It's okay," balasku separa ikhlas. Aku mungkin nak maksudkan ayat itu, tapi buat masa sekarang aku acah cakap okey walaupun aku tak maksudkannya.
"Serius talk. I tak pernah bergurau macam tu dengan perempuan," ujarnya. Mukanya tampak bersalah.

Ada aku kisah ke! Eleh, tak pernah bergurau konon. Teman wanita tukar macam tukar baju.
Lagipun aku tak nak ada kaitan dengan Danny.

Bila aku perhati, Danny memang dalam kategori kacak kelas A. Maksud aku wajahnya sudah cukup untuk buat modal cari makan.
"Serius talk. It's okay," balasku acuh tak acuh. Malas nak panjang cerita. Kami berdua tak cukup rapat untuk bergurau macam tu.

"Kalau you nak marah I, you marah la. Jangan la tarik muka bila jumpa I," komen Danny. Aku kemudian menghela nafas.
Obvious sangat ke? Alamak! Danny tunduk, mungkin tak selesa dengan keadaan kami ketika itu.

Tak dinafikan. Aku cuba mengelak daripada Danny.

"I'm sorry then," balasku. Dia memandang aku.
"I tak perasan yang I buat muka dengan you. My bad," ujarku sinis. Danny senyum.

"You memang sarkastik macam ni ke?" Sindirnya, barangkali tak puas hati. Aku ketap gigi, cuba tak pandang muka Danny.

Tidak lama, Stella datang membawa tiga cawan kopi yang dibeli dari mesin. Nasib kau datang! Sekarang aku nak buat kerja cepat, dan blah cepat.

***

Vlin bertemu dengan Steve di rumah. Hari ini gaya Vlin kembali seperti biasa sahaja. Cermin mata besar, dan blaus sopan. Gayanya seperti wanita kebanyakkan.

Vlin menerangkan konsep deko untuk rumah tersebut. Rumah itu merupakan hadiah Steve buat Diana Chia, anak sulung mereka. Diana seorang pempengaruh influencer terkenal yang sedang menuntut diluar negara dalam jurusan ekonomi dan perniagaan.
Kini, dia mahu pulang setelah bergraduasi. Steve tidak dapat menghadiri majlis kerana jadualnya yang terlampau padat.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now