53

14 3 0
                                    

Kepala aku pening. Rasa macam nak demam. Mungkin sebab kena hujan semalam. Aku duduk diam di satu sudut booth.

"Yell, kau okey ke?" Soal Jean. Aku angguk. Fiq memandang aku, dengan riak wajah "concern". Aku urut leher, rasa tak sedap badan. Hari kedua pertandingan, katanya akan ada penjurian hari ini. Jadi, aku mahu serta bersama mereka.

"Okey," balasku.Suara aku mula sengau, barangkali nak selesema.
"Okey apa macam ni," komen Fiq.
"Okey," aku bertegas. Fiq memandang Jean.

Ryan yang datang entah dari mana bawakan air minuman isotonik untuk aku. Dia letakkan air tin sejuk itu di dahi aku.

"Sorry Yell. Tak jumpa farmasi," katanya.
Aku pandang Ryan. Dia masih memegang air tin sejuk di dahi aku. Aku mengelak.
"Tak yah la risau. Aku okey," tambahku. Ryan memandang aku. Air tin diletakkan di meja sebelah kerusi. Tangan besar Ryan diletakkan di dahi aku.

"Panas ni woi," katanya. Dia memandang Fiq dan Jean. Wajah mereka bertukar riak.
"Aku hantar kau balik nak?" Soal Ryan.
"Ya lah Yell. Kau demam ni," sampuk Fiq. Jean juga macam nak suruh aku balik.

"Kita dah tunggu setahun kot untuk competition ni," aku merengek. Aku pandang mereka silih ganti. Memang aku nak duduk di sini. Aku nak ada dengan Team A semasa penjurian. Aku nak ada kat sini, apa masalahnya. Setakat demam sikit aku boleh tahan lagi.

"Perhatian pada semua peserta. Proses penjurian akan bermula. Sila ambil tempat dan bersedia," pembesar suara melaungkan pengunguman. Aku memandang mereka.
"Serius. Aku okey," ujarku lalu bangun. Badanku terasa berat.

Kami berdiri di depan booth. Aku berdiri di sebelah Ryan. Pengungjung masih sahaja ada di booth. Jean bertugas layan pengungjung yang datang manakala kmi bertiga menunggu juri.
Proses penjurian berlangsung dari satu booth ke satu booth. Booth kami giliran seperti lambat lagi. Aku berdiri di situ. Kepala aku terasa berat dan sedikit pening. Sendi-sendi aku sakit, terus terang aku rasa lemah dan tak bermaya.

"Yell, kalau kau nak duduk, kau bagitau aku," bisik Ryan. Aku pandang Ryan. Dia nampak seperti samar-samar dan...

Gelap.
Aku cuma dengar suara Ryan menyebut namaku.

***

Danny menyambut tubuh Yell. Sedikit berat namun dia boleh angkat. Yell pengsan tak sedarkan diri. Belum sempat Ryan sambut, Danny terlebih dahulu mencempung Yellena.

Para pengungjung terkejut dengan kejadian itu. Fiq dan Ryan cuba kawal keadaan sementara Danny membawa Yellena keluar dari dewan. Gadis itu pengsan. Badannya panas. Dengan bantuan orang awam, Danny sempat menahan teksi untuk membawa Yellena ke hospital. Habis orang awam tengok gaya dia macam putera raja cempung Yellena ke hospital.
Nasiblah ada yang membantu bukakan pintu, dan pemandu teksi juga baik orangnya.

"Uncle, boleh bawa laju sikit tak?" Soal Danny. Yell melentokkan kepala ke bahu Danny. Danny meletakkan sweater yang dengan kemas di atas badan Yell.

Wajahnya risau.

***
"Yell dah sampai hospital?" Soal Jean. Ryan angguk. Nasib baik Danny datang. Mereka bertiga dah tak boleh nak tinggalkan booth. Ryan juga berjaya mengendalikan juri dengan baik.

"Dah," kata Ryan melihat sms yang diterima. Dia sangat berterima kasih dengan Danny kerana menyambut Yell. Tak dinafikan keadaan agak gawat ketika itu. Danny langsung tak pedulikan mata-mata orang awam, terus mengendong Yellena keluar.

***

Bau antiseptik menyengat hidungku. Cahaya lampu pendaflour putih sedikit mencucuk mata, namun aku cuba buka juga.

"Yell..." suara yang aku cukup kenal. Danny Chia.
Aku menoleh, Danny segera bangun dari kerusi dan mengusap ubun-ubunku. Aku lihat ada air drip mengalir masuk ke dalam badanku. Aku tak tanya soalan kita kat mana sebab aku dah tahu yang ini ialah hospital. Persoalan aku sekarang, macam mana aku boleh ada kat sini.

"You pengsan dalam hall tadi," macam tahu-tahu Danny menjawab soalan yang berlegar di kotak fikiran aku. Aku cuba bangun namun Danny halang aku.
"Pertandingan macam mana?" Soalku. Kepala aku dah tak pening cuma rasa badan sahaja berat. Kalau aku ketinggalan pertandingan, nanti apa pula akan jadi.
"Ryan dah handle semua," katanya. Aku tercengang.

Ryan. Mestilah.
Mestilah dia handle dengan baik. Dia Ryan kot.

"Lepas drip ni you boleh keluar," kata Danny mengelus perlahan rambutku. Aku angguk perlahan.

"Next time, jangan buat I risau lagi okey," pujuknya. Aku pandang wajah Danny. Dia menggenggam erat tanganku.

***

"Boleh cakap dengan family pesakit?" Soal jururawat. Danny segera bangun.
"Boyfriend? Okay," kata jururawat. Dia memberitahu jumlah bil yang perlu dibayar serta beberapa prosedur yang perlu diselesaikan.

Usai dengan prosedur, Danny duduk di kerusi menunggu Yellena sedar. Telefon berbunyi. Bukan telefon milik Danny. Telefon Yellena.

Danny melihat nombor tertulis nama "adik ibu" pada telefon. Siapa? Keluarga dekat? Lagipun dia juga perlu maklumkan pasal Yell masuk hospital pada saudara mara Yell.

"Why aren't you picking up!" Tanpa sepatah Hello atau sapaan, Danny ditengking.
"Hello," balas Danny berhati-hati.

"Kau siapa?" Terpacul soalan itu dari bibir wanita tidak dikenali itu.
"Mana Yell?" Soal wanita itu.

"Dekat hospital," cepat Danny menjawab. Diam. Wanita itu terdiam.

"She did it again?" Soalnya, barangkali ingat Danny seorang jururawat.
"Ha?" Danny tak faham. Wanita itu mengeluh kasar.

"Trying to kill herself? She did it again?" Soalnya. Danny senyap, tersentak bagaikan mahu gugur jantungnya.
"Hello?!!" Wanita itu berkeras.

"Yell demam. Pengsan tadi," kata Danny perlahan. Wanita itu senyap.
"Teruk ke?" Soalnya membuatkan Danny terkejut.
"Lepas drip boleh balik," ujar Danny.

"Okay then," katanya meletak telefon. Danny terdiam. Kaku.
Perlahan dia memandang Yell. Bunuh diri? Yell pernah ada cubaan bunuh diri? Danny memberanikan diri melihat tangan Yell. Dia pernah terbaca orang yang cuba bunuh diri biasanya akan cuba kelar tangan mereka.
Kelihatan parut berbentuk kod bar di lengan Yell. Danny ternganga. Cepat dia meletakkan tangan Yell kembali pada asal.

Siapa wanita tadi? Macam tak kisah langsung! Macam...tak bertanggungjawab dan lepas tangan! Macam tak ada perasaan. Danny mengetap bibir, cuba menahan perasaan. Yell yang masih tak sedarkan diri dipandang lama.

***

Vlin cepat meletak telefon. Siapa orang tadi? Jururawat? Kawan? Teman lelaki!
Vlin mengurut belakang leher. Yell bukan jenis yang akan ada kawan lelaki.

Jangan-jangan....
Vlin kembali bertenang. Tak apa. Tak ada masalah. Dia takkan kantoi dengan Ryan mahupun Danny Chia.
Memang ada pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Sampai bila dia nak berhati-hati di atas gelas kaca.
Persoalannya dia bukan tupai. Dia takkan jatuh selagi keluarga Chia tak jatuh!

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now