"So, macam tu pun bolehlah," aku beritahu pada pasukan Setiausaha. Mereka kelihatan senang hati apabila mendengar keputusan aku. Berjaya juga pasukan setiausaha pujuk aku dan Ryan untuk masuk majalah Exonomic, antara majalah terkemuka tanah air.
Antara bintang terkenal yang pernah jadi cover depan majalah ialah Kwan Yul.
Untuk edisi ekonomi, beriya mereka menawarkan aku dan Ryan untuk jadi cover depan majalah. Abraham awal lagi dah tolak, begitu juga Nicholas dan Ben. Jadi, cuma aku dan Ryan sahajalah mewakili majlis tertinggi pentadbiran Good System untuk muncul dalam majalah.
Awalnya, aku tolak sekeras mungkin.
Tapi bahagian setiausaha cakap, kalau aku tak buat tak nampaklah women power dalam Good System.
Fikir balik, logik juga pujukan mereka! Macam ni baru nampak kuasa wanita!Sesuatu menyentuh bahu aku!
Cepat sahaja aku siku orang itu!
"Oooiii..rileks laa!" Nasib Ryan sempat mengelak.
Kus semangat! Aku ingat siapa tadi yang cuba pegang bahu aku.
Hasil tonton drama telenovela sabun, aku semakin pesimik dengan keadaan sekeliling. Sampaikan aku rasa yang semua orang ada niat tak baik. Barangkali sebab itu jugalah aku buang sahaja dumpling yang ada kebarangkalian mempunyai racun yang ditinggalkan di pintu rumahku dua hari kebelakangan ini.
"Kau tak reti nak tegur elok-elok ke!" Aku separuh marah. Lupa seketika yang aku sedang berurusan dengan bos! Bila sedar, aku telan air liur.
"Is everything okay?" Soalnya pelik.
"Sorry Pres. I'm a bit sensitive, gotta go," aku segera cabut lari. Aku ucapkan selamat tinggal kepada Ryan dan beberapa pekerja bahagin setiausaha.
***
Hari rehat. Stella duduk di cafe sendirian. Barangkali dia tak cukup terkenal untuk orang awam datang dan minta tanda tangan. Hari itu urusan syuting ditunda kerana salah seorang daripada rakan Youth masuk hospital kerana cirit birit. Beberapa orang krew produksi juga mengalami hal yang sama setelah makan abalone mentah sewaktu sarapan pagi di hotel.
Stella duduk di bangku sedikit tersorok. Dia memang sukakan Paris.
Kalau boleh dia nak tinggal lebih lama di sini. Tapi, apakan daya, dia cuma ada di sini atas urusan syuting dan kerja.Stella minum coklat panas sambil berfikir.
Bila dia dah stabil sikit dari sudut kewangan, dia akan datang lagi ke kota Paris. Akan datang, mungkin lebih lama. Barangkali akan ada peneman. Ryan.
Kling. Pintu terbuka.
Stella memandang ke arah pintu.
Macam kenal.
Steve Chia. Bapa Danny.
Dan...
Vlin...
Mak Cik kepada Yellena!Apa diaorang buat?
Stella pernah jumpa Vlin beberapa kali. Wanita itu sombong, langsung tak macam Yellena. Waktu mereka berjumpa ialah ketika Yell tinggal dengan Stella di rumah sewa. Vlin akan datang bawakan makanan dan terus pergi. Percaya atau tidak, sepanjang dia ternampak Vlin, tak pernah sekali dia bertegur siapa dengan wanita itu.
Vlin dengan Steve ada di Paris! Untuk apa! Bincang tentang Yell dan Danny? Perlu ke? Stella sendiri keliru! Steve memeluk bahu Vlin ketika mereka membuat pesanan.
Gaya mereka tak macam kenalan biasa. Lagak mereka bagaikan pasangan kekasih yang sedang...
Dating!!!Stella tunduk, nasib dia pakai topi jadi mereka tak perasan dia.
Kejap.
Ayah Danny ada skandal dengan Mak Cik Yellena. Yell tahu tak tentang hal ini? Tak! Paling penting, Danny tahu tak tentang hal ini. Media pun tak tahu, mustahil Danny tahu. Kalau Danny tahu, takkan lah dia masih nak bercinta dengan Si Yellena tu kan! Mestilah Danny tak tahu pasal hal ini. Stella mengambil telefon bimbit. Dengan telefon cap ayam miliknya, dia segera menangkap gambar Vlin dan Steve bergandingan bahu berpegangan tangan. Sama ada dia akan beri benda ini pada Yell ataupun Danny, dia tak pasti lagi. Mestilah bagi pada Yell, takkanlah dia nak cari Danny di Afrik sana semata-mata nak bagi gambar tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomantizmAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...