168

11 3 2
                                    

Ryan terus hantar aku pulang usai kami selesai memancing sementara ayah pulang dengan pemandunya.
Ayah?
Ya. Aku dah tukar panggilan Tuan kepada ayah.

"Princess," panggil Ryan.
"Ya abang,"

Dia tersenyum. Aku sengih, seronok pula dengar cara dia panggil aku! Rasa macam nak tendang angin!

"Abang nak naik jumpa Vlin," jawabnya.
"Need to tell her about family meeting, wedding preparations and all..." ujar Ryan selamba dan tenang.
Aku sebaliknya. Terus terang, aku tak rasa ketenangan ini. Aku pandang Ryan, tahu yang cepat atau lambat aku kena bersedia. Namun, semua itu tak lama apabila tingkap kereta kami diketuk laju.

Vlin bercekak pinggang. Dengan dua jari dia memanggil aku dan Ryan keluar dari dalam kereta. Aku mencapai tangan Ryan.

"Let me talk to her first," kataku kekok. Aku tak mahu mereka berdua bergaduh. Dan, aku paling tak mahu Ryan mendengar kata-kata makian dari Vlin. Boleh trauma bakal suami aku dengar Vlin punya sumpah seranah!

Ryan menepuk tangan aku perlahan.

"Rather than a knight, you should act more like a princess," bisiknya.
"I can handle Vlin," katanya.
"You just need to become the princess. Now, jom keluar before she's get mad," ujarnya.

Aku buka pintu perlahan-lahan.

"Yellena! Come here," panggil Vlin, caranya macam memanggil budak-budak. Aku pandang Vlin tak berkelip. Aku berjalan dan berdiri di belakang Ryan. Perbuatan aku membuatkan Vlin jegil mata.
"Go upstairs Yellena!" Arahnya tegas. Muka Vlin merah padam, bagaikan gunung berapi menahan lava.

Aku pandang Ryan.
Ryan pamer senyuman segaris.

"Naik atas Princess. Selamat malam," pesannya. Keberatan aku hanya menurut.

***

Perutnya terasa senak. Menahan contraction membuatkan Stella rasa nak pitam! Walaupun sakit, dia tetap akan laluinya juga!
Padahal dah beberapa orang cadangkan ceaser namun dia tekad menolak!
Alasannya, perut tak boleh berparut agar dia boleh pakai baju nampak pusat di kemudian hari.

Danny menunggu di luar bilik. Asalnya, dia ingin masuk sekali! Namun, Stella hanya mahu Danny lihat sisinya yang cantik sahaja!
Keadaan Stella ketika ini sangatlah hodoh dan tak cantik!
Walaupun Danny agak marah, namun permintaan Stella yang kesakitan itu diturut juga. Dia tahu, Stella berbanding sesiapa pun paling pantang bila wajahnya kelihatan buruk menjadi tatapan.

***

"Shall we go for a coffee?" Sopan dan lembut sahaja soalan Ryan.
Dia perlu ambil hati Vlin supaya Yellena gembira.

"No thanks," jawab Vlin tegas.
Vlin pandang Ryan dengan wajah garang. Dia tak ada reaksi, bahkan Ryan juga sukar meneka apa yang bermain di fikiran Ryan.

"I tak setuju you nak kahwin dengan Yell," terus terang tanpa berselindung.
Ryan tidak terkejut. Dia sudah menyangka yang Vlin akan menjadi penghalang mereka berdua. Tak aneh.
Berdasarkan situasi dan kesukaran dalam hubungan bersegi mereka sebelum ini, Ryan sudah jangkakan hal ini.

"Yell dah cakap yes. Yell's dad dah setuju. My parents pun dah setuju," kata Ryan.
"Now we only need your permission," katanya.

Vlin mendengus.

"You know how complicated things are?! Yell used to date Danny! You used to date Stella! Sekarang tertukar pasangan! What would the media says if this goes out?"
"And I'm dating your brother!" Jelas Vlin panjang lebar.

Ryan senyap.

"Steve said before," Ryan ungkit.
"If two person loves each other, then nothings matter," katanya.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now