Majlis perkahwinan Rozy x Jean sangat gilang gemilang. Memang kena lah dengan tema Princess Fantasy. Pelamin dihias dengan bunga putih bercampur merah jambu, cukup indah. Sejujurnya, majlis ini boleh dikatakan mewah.
Mana tidaknya, pengantin lelaki merupakan engineer game termuda yang mendapat pengiktirafan kebangsaan setelah berkhidmat di Kingsoft. Dengan kedudukan Jean sebagai orang kuat Kingsoft, mereka berjaya melancarkan game VR yang mendapat pulangan mencecah jutaan dollar.
Sebagai kawan, aku agak bangga dengan pencapaian Jean.
Dua tahun sahaja, dia berjaya menjadi salah seorang peneraju penbangunan industri permainan atas talian menerusi Kingsoft.
Aku yakin, Jean sedikit pun tak menyesal menerima tawaran Kingsoft.Aku hadir bersama Danny. Masa berlalu begitu pantas. Kini aku kerja sambilan sahaja di Speedmart, dan aku kerja di salah satu syarikat pereka dalaman. Sebenarnya, Vlin yang rekomen aku ke syarikat lamanya. Katanya, dia taktahan lihat aku dengan uniform hijau terang kedai Speedmart. Tapi, aku masih sahaja kerja part time di Speedmart pada hari minggu. Fungsi kan ada kroni dan orang dalam.
Cable kena kuat. Tu je cara nak hidup dalam dunia yang dah tak boleh nak selamat ni.
Okeylah. Mungkin bergantung pada tuah.
Sayangnya. Aku tak ada tuah. Aku cuma ada Vlin yang boleh rekomen aku kerja. Gagahlah. Asal ada kerja.Pengantin perempuan masuk diiringi beberapa orang bidadari kecil yang memakai pakaian serba putih. Kena dengan tema, Rozy menggayakan busana seperti puteri dalam cerita Disney, dress Cinderella dengan sentuhan manik dan glitter membangkitkan warna merah jambu yang dipilih. Jean pula mengenakan sut hitam, dengan rambut slick back yang tampak kemas dan kacak.
"Sepadan," komen Danny dengan wajah yang masam mencuka. Dia dari mula terima undangan lagi dah buat muka. Sampai hari ini dia masih tak boleh terima dengan keputusan Rozy. Aku pula tak ada komen. Aku pandang kiri dan kanan, mana pulak Stella dengan Ryan? Kata nak datang...
Fiq...
Fiq langsung tak nampak bayang. Ya lah. Aku faham. Rozy dan Fiq putus begitu mendadak. Setelah putus, cepat sahaja Rozy kahwin dan dapat pengganti. Perkahwinan begitu mendadak kerana ibu Jean sakit, mahu lihat Jean kahwin cepat."Cantiknya pengantin," komenku, kagum melihat Rozy dan Jean melambai ke arah tetamu.
"Yell!" Sapa Stella. Stell memakai baju warna kuning air, sedikit terdedah. Ryan pula pakai kemeja biru muda, nampak kepenatan.
Bila difikirkan kembali, ini kali pertama aku nampak Ryan sejak dia pulang kembali ke tanah air."Oi, Yellena!" Sapa Ryan. Aku senyum dan tunduk sedikit, tanda membalas sapaan Ryan. Ryan masih sahaja seperti dahulu. Senyuman manis yang ceria, wajahnya dengan mata kuyu. Eyesmile yang menenangkan hati pemerhati seperti aku. Mereka berdiri, menepuk tangan dengan pengantin.
Kemudian, tetamu di minta berdiri.
"Lama tak nampak kau," tegur Ryan. Kami berdiri bersebelahan. Stella di hujung, Ryan, aku dan Danny.
"Busy kerja," balasku. Ryan angguk.Tetamu perempuan di minta berkumpul untuk sambut bunga. Aku mulanya keberatan, namun dah Stella ajak, Danny dengan Ryan pun tepuk tangan aku gagahkan jua. Saat bunga dilambungkan, aku lihat sahaja ke arah bunga yang jatuh betul-betul ke tangan Stella. Semua orang menjerit nama Ryan. Aku turut tersenyum. Wajah Stella malu-malu.
Tengok tu, watak utama. Ryan pula membalas sahaja dengan senyuman.
Kami kembali berkumpul empat orang. Cuma kurangnya Fiq sahaja. Beberapa ketika kemudian pengantin datang ke arah kami.
"Congratulations!" Kata Ryan. Dia memeluk bahu Jean, barangkali sudah buang yang keruh ambil yang jernih.
"Kau jagalah Rozy ni elok-elok," pesan Ryan. Jean angguk. Dia pandang aku dan Danny. Kemudian pandang Ryan dan Stella.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomansaAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...