12

27 4 0
                                    

Stella mungkin ada masalah kewangan sebab setiap kali aku ajak keluar makan dia mesti mengelak. Katanya tengah diet, tapi takkan diet cuma minum air kosong setiap hari setiap kali waktu makan. Niat aku mahu tegur, tetapi aku takut kalau-kalau dia akan terasa hati.

Aku mendengus. Tak sangka pula dengusan aku mengejutkan Ryan yang sedang menyemak latar belakang permohonan pelajar biasiswa. Sepatutnya kerja ini diberikan kepada pelajar senior kerana mereka lebih berpengalaman, tapi....

Bukan aku nak cakaplah. Sebab mereka selalu harapkan Ryan, jadi semua kerja dia kena. Aku pula? Sebab aku satu team dengan Ryan, nak tak nak aku pun kena ikut. Termasuk dengan komuniti Hari Pelajar, aku cuma tunggu Ryan nak mengamuk sahaja dengan mereka sebab kerja yang terlampau banyak.

"Yell, kau dah tampal ke borang cari volunteers?" Soalnya. Aku angguk. Untuk perempuan, aku rasa jumlah pelajar sudah cukup. Bagi pemohon lelaki pula, mungkin kena tunggu lagi.

Aku mendengus. Satu hal lagi buat aku pening kepala.

"Apahal?" Soalnya sambil-sambil.
Aku diam.
"Banyak nya kerja kita," omelku.
Ryan angguk sambil tersenyum pahit.
"Tu lah," balasnya tenang.

"Eh, Yell. Kau ada dengar tak recruiter entertainment company datang uni kita scouting?" Soal Ryan. Aku kerutkan dahi. Tak pernah pula aku dengar.

"Mungkin dia orang recruit orang cantik untuk jadi model ke pelakon ke," gumamku. Ryan tersenyum pahit, matanya melekat pada permohonan biasiswa.
"Kalau recruit elok, okelah. Tapi kalau scam..." Ryan memperingatkan aku.

"Shall we make a poster beware of scammers?" Soalku memahami Ryan. Kalau aku di tempat Ryan, aku akan buat notis untuk ingatkan pelajar tentang perkara tersebut dan tampal pada papan kenyataan. Ryan menjeling aku.

"You always know my step before aku cakap kan?" Katanya.
"As expected. Bestie Stella," dia bangga dengan wanita yang dia suka.

"Well," aku angkat kening.
"Bestie Stella~" aku sindir Ryan.

Ryan mendesah kecil.
"Bestie Stella. Mestilah bestie aku jugak," katanya cuba ambil hati aku balik. Aku tersenyum sinis. Pandai kau eh!

***

Stella merenung kartu nama itu lama. Dia sudah dengar tentang gosip rekruter dari syarikat rakaman yang berkeliaran di sekitar universiti.

Sudah menjadi buah mulut pelajar bahawa Jessica, teman wanita Danny turut nendapat kad nama. Syarikat rakaman itu datang untuk mencari wajah dan bakat baru di kalangan siswa siswi yang ada.
Dan secara kebetulan, Stella juga mendapat kad tersebut.

Dia tak berani menerima tawaran. Pertemuan dia dengan rekruter yang dikatakan bukanlah indah mana, dia siap lari dan dikejar lagi untuk sekeping kad.
Lagipun, dia tak ada pengalaman dalam bidang seni.

Tapi, dia perlukan duit.

Stella menarik nafas lantas keluar daripada bilik. Dia tak mahu rakan sekamarnya mendengar dia mahu cari kerja sambilan. Siapa tahu, syarikat rakaman itu cuma perlukan pekerja sambilan, dia boleh cuba nasib.
Tak salah mencuba.

"Hello," satu suara kasar menyapa Stella di corong telefon.
"Hi! Saya hari tu yang dapat kad," kata Stella. Suara itu berubah riang mendengar jawapan Stella. Mereka menetapkan tarikh pertemuan.

***

Aku membawa beg laptop yang berat. Ryan berjalan di sebelah aku. Setelah tamat menyemak borang permohonan biasiswa di bilik mesyuarat, aku dan Ryan mahu semak borang permohonan volunteer yang kami tampal pada papan kenyataan besar. Kami bersama-sama menaiki lif.

Papan kenyataan asrama perempuan sudah penuh dengan nama pelajar. Papan kenyataan asrama lelaki macam tak ada keputusan yang boleh buatkan aku puas hati.Dan, papan kenyataan besar juga sama.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now