Sibuk yang tak tahu nak bagitau. Cukup sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Bahkan paling sukar untuk berhadapan dengannya. Majlis pelancaran berlangsung dengan baik, bahkan disebabkan majlis pelancaran, lebih ramai pemilik small business berhubung dengan pihak kami.
Sebelum majlis pelancaran, kadar kesibukkan kami masih di tahap normal. Namun, setelah lebih ramai orang tahu tentang Shopa, makin ramai pula pelanggan dan peniaga sampaikan kami tak menang tangan. Bayangkan, dari lima orang jadi dua puluh orang pekerja dan kini kami dah ada 300 orang pekerja dalam masa kurang setahun.
Sampaikan terpaksa sewa satu lagi ruang pejabat di tingkat bawah!Aku memang hargai sangat pengorbanan orang kuat kami Abraham. Tanpa dia, barangkali aku dan Ryan akan rasa teruk dan tak mampu bangkit kembali.
Kesibukkan kami paling ketara apabila Stella mulai bersuara. Ketika itu aku di rumah. Stella sampaikan tanya aku apa yang Ryan buat sampaikan tak terbalas mesejnya. Aku yang tak tahu menahu ni pun acahlah menangkan Stella.
Aku dah Ryan duduk di bilik mesyuarat. Usai selesai berbincang mengenai promosi bulanan, dia tampak keletihan.
"Kau penat ke?" Soalku.
"Kau tu yang penat," ujarnya sebelum menegur mata panda aku. Aku sengih. Akhir-akhir ini, aku dah kurangkan pakai make-up tebal ke tempat kerja."Malam ni ada klien anjurkan party," kata Ryan lantas hulurkan aku jemputan.
"Kau pergilah dengan Stella," kataku lalu membuka komputer riba. Aku ada banyak lagi fail atas talian dan offline untuk disemak. Bahagian pemasaran dan promosi, bahagian pengurusan. Mati lah nak!"Aku dengan Stella kan nak keep low. Kau ni!" Rungut Ryan.
Aku pandang Ryan. Betul jugak tu.
"Okey. Pukul berapa?" Soalku. Ryan tak jawab, sebaliknya tunjuk waktu di kad padaku. Aku angguk. Ah! Parti dekat kelab malam. Aku angap lah ni macam business meeting.
"Aku pick up kau 6:30petang okey?" Soalnya. Aku telan air liur. Kau biar betul nak pick up aku mat?! Dah la aku menyewa rumah dengan teman wanita kau! Kau pulak sesenang itu cakap nak pick up aku dekat rumah! Apa kau tak takut girlfriend kau salah faham ke! Masalah sungguh! Aku tahu Ryan tak pandang aku ke arah "itu", namun tetap sahaja...Aku perempuan dan dia pula lelaki
"Tak yah pick up. Aku naik teksi," tegasku. Ryan angguk setuju. Tak adalah memaksa aku, dan tak juga melarang.
***
Danny termenung. Pada awalnya salah seorang senior yang dapat tawaran untuk pergi ke Afrika. Namun, senior dia tak dapat pergi disebabkan komitmen dengan keluarga. Jadi, dia memberi tawaran itu pada Danny Chia.
Danny tak sampai hati nak tolak. Jauh di sudut hati, dia keberatan, tapi dia nak pergi. Rasa berbelah bahagi, tak tahu sama ada keputusan untuk ke Afrika benar ataupun tidak.Kalau dia pergi, setahun dia akan tinggalkan famili dan Yellena.
Keburukkan, dia tak dapat teman mama di saat papa buat hal. Mana taknya, mama dah la sendirian. Papa pula sudah sebut hal penceraian. Nanti mama akan sedih dan sendirian. Kasihan pula.
Satu lagi keburukkan, Yellena akan keseorangan. Sebenarnya Yellena tu tak kisah pun kalau taknada Danny. Hidup dia berjalan macam biasa sahaja kalai tak ada Danny sekalipun. Hidup diteruskan, macam biasa.Kebaikkan.
Dia boleh tengok tempat orang.
Dia boleh rasai suasana dan ambil gambar sebagai fotografer.Danny mengeluh. Berperang dengan diri sendiri sebenarnya susah. Antara mahu dan tak mahu sama banyak.
Kalau dia pergi, macam-macam akan berlaku. Setahun, walaupun tak adalah lama mana, tapi tetap akan berlalu. Dalam tempoh setahun, apa pun boleh terjadi.
Jauh di sudut hati, paling penting...dia tak nak berpisah dengan mama ataupun Yellena.***
Aku dan Ryan berpandangan. Di kelilingi pekerja dan kenamaan lelaki sedikit membuatkan aku tak selesa. Nasib sahaja Ryan menyuruh aku duduk dekat dengannya, tak berganjak. Ada Ryan, jadi tak adalah aku kekok sangat.
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomansAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...