6

47 4 0
                                    

To my youth - Bol4

Aku senyum sinis. Rupanya dia ajak aku makan sekali sebab nak tanya aku pasal Stella. Tapi tak mengapa.
Yang paling penting, dia belanja aku makan. Disebabkan dia belanja aku makan, tak kisah lah berapa banyak soalan, dia boleh tanya aku.
Kejap.

Kalau macam ni rugilah aku kan? Aku kena simpan sikit untuk kegunaan mendatang. Mana tahu, ada hari dia boleh belanja aku makan sedap-sedap lagi.

"Stella suka makan apa?" Soalnya.

Aku terhenti menyuap. Masuk soalan suka makan apa, ini dah berapa puluh soalan dah? Aku diam sebentar.
"Tak nak jawab boleh ke?" Soalku. Ryan kerutkan dahi.

"Nak simpan nanti. Nanti kau boleh belikan aku makanan lagi," komenku. Aku suap nasi goreng cina. Kekacang yang ada dalam plastik ziplock, hasil ehsan mak cik kantin yang beri percuma pada Ryan sebab dia handsome, aku tak makan satu pun.
Ryan tahan senyum. Dia membuat isyarat okey dengan helah aku

"Kenapa tak makan kacang?" Soalnya. Aku geleng. Aku memang tak makan kacang sebab alergik.
"Tak boleh makan. Alergik," balasku selamba. Ryan angguk, lantas dia mengambil kekacang itu dan memasukkan ke dalam beg.
"Aku bawak balik kat roomate aku lah," katanya. Aku okey sahaja. Ryan belanja aku nasi goreng cina sudah cukup baik.
Ryan melihat aku makan dengan berselera. Dia meletakkan tangan ke pipi sambil tersenyum.

"Stella kan, memang tak layan laki sangat eh?" Soalnya. Sebenarnya, aku nak jawab Stella tak layan kau sorang jer, tapi bila fikirkan dia begitu bersemangat nak berkenalan dengan Stella, aku ubah fikiran. Lagipun, Ryan baik orangnya. Tak tahulah mungkin disebabkan sepinggan nasi goreng cina dah cukup untuk dia beli aku atau apa, tapi aku dapat rasakan bahawa dia orang yang baik.
"Hmm," aku angguk setuju. Stella sebenarnya cakap sahaja dengan semua orang. Bahkan budak lelaki dalam kelas kami, elok sahaja mereka berbual dengan Stella. Cuma dengan Ryan saja dia menyampah sikit. Adalah sikit.

"Aku rasa aku nak kawan dengan Stella. Kau boleh tolong aku?" Soalnya. Aku diam.
Perkara begini, dia kena cakap dengan Stella. Cakap dengan aku, tak jalan.
"I know. I should directly cakap dengan dia. But Stella is ignoring me. Aku pun tak tahulah apa yang buat dia tak selesa dengan aku," gumamnya. Bila difikirkan kembali, aku pun perasan macam tu jugak. Tapi, mungkinlah Stella nak jual mahal sikit kan. Biasalah perempuan.
Tapi, kalau nak kata tak selesa dengan Ryan, aku rasa tak sampai tahap tu. Ryan seorang yang baik. Tutur katanya lembut, tak memaksa dan dia sentiasa senyum. Ryan juga jaga batas, maksud aku dia tak adalah acah macam rapat dengan aku. Kata-katanya juga berlapik dan lemah lembut.
Lagipun, Ryan tak adalah gatal macam orang dalam bas tadi.

Cakap pasal orang dalam bas, buat aku rasa nak sepak orang! Memang melampau.

"Ryan," panggilku. Dia yang tunduk memandang aku sebelum tersenyum. Aiya. Mana boleh senyum macam tu! Mukanya nampak macam budak baik dalam drama televisyen.
"Maybe you should give her some time to know more about you," kataku. Ryan diam, memandang aku dengan wajah yang aku pun tak dapat nak tafsir.
"Like, give her more time," sambil makan aku bagi cadangan.

Ryan berfikir sejenak. Kami baru di Tahun 1, baru sahaja beberapa bulan masuk universiti. Secara logiknya, memang Stella akan takut kalau dia begitu meluru nak berkenalan. Tapi, mana lah aku nak tahu kalau Ryan dah jatuh cinta pandang pertama dengan Stella. Lagi-lagi Stella tu macam bidadari sorga. Walaubagaimana sekalipun, Ryan perlu fikir di sudut pandang Stella. Mereka baru di awal perkenalan.
"You're right," ujarnya. Ryan tersenyum. Dia kemudian mengeluarkan satu bungkus gula-gula pineapple lalu diberikan pada aku.

"For you," katanya. Aku geleng. Dah la dia belanja aku makan.
Ryan hulurkan pada tangan aku.
"Anggap la ni rasuah," katanya. Aku mencebik.
"Mana boleh makan rasuah," omelku. Dia senyum. Aku akhirnya ambil juga gula-gula perisa nanas itu.

***

Vlin duduk di kerusi. Bar itu seperti biasa, lengang. Bukan disebabkan hidangan yang tak sedap, namun bar kecil itu agak terpencil.

Hari ini Vlin berpakaian seksi lagi. Dress merah gelap menampakkan lurah dan bentuk tubuh yang mungil. Tak lupa, dress itu agak mahal kerana setiap butir manik dijahit sulam dengan tangan. Dress merah gelap itu dipadangkan dengan stilettò merah, sementara gaya rambutnya disanggul ke atas, menampakkan leher jinjang.
Vlin sendirian. Sudah beberapa bulan dia memerhati, Steve akan datang ke bar seminggu sekali. Namun; bila dia stress, bahkan sampai setiap hari.

"Hi there..." tegur satu suara. Vlin tersenyum. Dia sedang mengacau air menggunakan straw.
"Hai," balas Vlin, seksi sambil memusingkan badannya.

Steve melarikan pandangan. Seperti biasa, dia tak begitu gemar dengan cara pakaian Vlin ketika berada di bar.
"Why aren't you looking at me?" Vlin bertanya, selamba. Dia sengaja menggoda lelaki itu. Steve menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"I dah tengok emel yang you...." Steve cuba ubah topik perbualan.
"Nope! We're not talking about work. Not working hours, no work," tegas Vlin. Dia meneguk air sambil tersengih.

Steve angguk setuju. Dia baru sedar betapa berminatnya dia dengan wanita dihadapannya. Bagaikan ada dual personaliti, satu Jekyl satu Hyde. Vlin kelihatan sangat baik dan sopan semasa waktu kerja, dan begitu mengiurkan setelah tamat kerja. Yang mana satu dirinya yang sebenar?

"Hey, apa yang you menungkan jauh tu?" Tegur Vlin.

"No. I just curious. Which one diri you yang sebenar," gumam Steve. Vlin tersenyum, meletakkan hujung jari di bibir. Ada satu butir tahi lalat kecil di bibir wanita itu, menampakkan kemanisan gadis itu.

"Curiosity kills a cat you know," usik Vlin. Steve ketawa sinis, rasa terhibur dengan wanita itu.

Vlin memandang ke arah Steve. Lelaki itu tak seperti yang digambarkan dalam akhbar. Lelaki itu tampak lebih mudah di dekati berbanding yang dia lihat di media massa.
"Tak sangka, you ni sebenarnya tak adalah sombong macam wartawan cakap," komen Vlin. Steve tunduk.

"Ikut orang jugak kot," komennya. Dia tahu bahawa Vlin bukanlah kenal dia pada pertama kali berjumpa. Barangkali setelah berurusan dengan Joe dia baru sedar mengenai status Steve.
"So, I kira bertuah la?" Soalnya. Steve terasa nak ketawa. Dia anggukkan kepala.

***
"Babe!!! Mana you pergi!" Soalan Stella mengejutkan aku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke pintu bilik asrama kami.
"I pergi library, lepas tu pergi makan," jawabku. Stella angguk.

"You lapar ke?" Aku bertanya kepada Stella. Stella geleng, menjawab bahawa dia sedang diet. Stella kemudian duduk menyambung assignment yang ada. Aku kemudian duduk di kerusi sebelah dengan Stella.
"Stella," panggilku. Aku mengurut lengan Stella sambil tersengih.

"Tadi Ryan belanja I makan," ujarku. Aku tersengih kepadanya.
"Dah kenapa dia belanja you makan?" Tanya Stella, seperti ingin tahu.
Aku senyum padanya, masih lagi memicit lengan Stella.

"He asked me about you," kataku. Aku mahu padankan mereka berdua. Kalau mereka "jadi", proses untuk aku memerhati Ryan semakin mudah. Tambahan pula, Ryan pun berminat dengan Stella. Aku cuma perlu ejas sedikit sahaja, dan mereka akan jadi pasangan! Cantik!

"Eii, tak sukalah. Dia tanya apa!" Stella merengek. Dahinya berkerut, mukanya kelihatan tak begitu senang hati dengan aku.
"Macam-macam. Hobi you, favorite food. Macam-macam lah," komenku. Apabila aku ingat kembali, rasa kelakar pula. Stella memandang aku, dia membuat muncung mulut itik.

"I don't like him," rengek Stella sambil memberikan aku pandangan yang aku sendiri tak pasti apa maksudnya. Aku angkat kening.
Apa yang dia tak suka dengan Ryan? Handsome kot? Baik kot! Tak sombong, tak berlagak.
Entahlah.

Tak macam orang tu.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now