156

17 3 0
                                        

Kerja macam lembu. Mungkin itu yang aku perlukan. Aku ketuk pintu pejabat Ryan dan mendengar sepotong arahan masuk, aku terus patuh.

Aku membuka tablet pc.

"Here's your schedule for today," ujarku lalu menyenaraikan butiran kerja Ryan.
Panjang lebar aku senaraikan, entah dia hafal atau tidak.
"Ok, the meeting with R advertisment, I dah belikan set teh herba cina, you can give it to them," ujarku.

"Chinese herbal tea?" Soalnya.

"Yea. Baru-baru ni, the company presiden masuk hospital buat pembedahan usus, herbal tea might be good for him," ujarku. Dia angguk.

Aku angguk kepala.
"Anything you wanna ask me Pres?" Soalku. Dia geleng kepala sambil matanya melekat dengan komputer.
Aku angguk dan meminta diri untuk keluar menyambung kerja-kerja aku yang masih banyak.

"Emm, Yell..." panggilnya.

"You good? Need more cuti?" Soalnya.

Aku telan air liur. Dua hari aku ambil cuti. Kalau tak kembali dengan mood yang baharu, aku mungkin akan depresi.

"As long as I don't go online, I'm all good," jawabku. Hari ini, usai aku masuk kerja berita mengenai Stella dan suami misterinya menjadi topik perbualan di syarikat kami. Ada yang meneka Ryan dah berkahwin, namun ramai yang  menepis dakwaan itu.

***

"What did you say? You tak nak I buat kenyataan?" Soal Danny. Dia bercekak pinggang memandang halaman villa Stella.

"I need to be on the top search engine for two three days!" Tegas Stella.

"Suka hati you," ujar Danny.

"By the way Dan, you need to meet my parents!" Kata Stella. Danny tahan nafas lama.
"Okay," putusnya.

Stella mendengus. Jari-jemari runcing itu masih menari di skrin telefon mudah alih. Dia membaca komen. Walaupun banyak komen tahniah, tapi masih ada komen hasad dengki dari netizen.

"Ashhhhh," dengusnya apabila ada yang meneka dia berkahwin dengan orang kaya sebab mahu mengikis wang.
"Could you stop looking at the social media and bring me to meet your parents!?" Danny hilang sabar.

Sudahlah Datuk memaksa dia bekerja di syarikat dengan ayah. Perkahwinan yang paksa rela lagi.
Semuanya jadi berantakkan sejak dia khianati kepercayaan Yellena. Salah dia! Pandai buat! Pandai tanggung!

Stella menjeling.

***

Aku duduk di hadapan Vlin. Aneh sekali dia sediakan aku makan malam. Sup ayam panas dan nasi putih. Waktu kecil dahulu, Vlin hanya tahu masak sup. Jadi aku memang selalu makan sup ayam yang dia buat.

Comfort food? Entahlah. Dah dua hari aku tak keluar bilik. Hari ini aku keluar bilik sebab nak pergi kerja. Bila aku pulang, dia sedang memasak dan paksa aku duduk makan.

"Back then when you still a kid, you used to love this!" Dia mencedok lauk ke dalam pinggan aku.
"I didn't love this," balasku senada.
"You only know how to cook chicken soup," ujarku.
Vlin sengih dan menarik muka dalam masa yang sama. Namun, dia paksa senyum untuk buat dirinya tampak mesra.

"You know about Stella and Danny earlier than me right?" Soalku. Sepanjang tempoh berkurung, aku cukup ligat memikirkannya. Tangan Vlin terhenti dari mencedok.

"Yea," dia mengaku. Pasti teman lelakinya Steve yang beritahu. Aku diam.

"Why didn't you tell me?" Soalku. Vlin mendengus.
"I told Steve I tak campur hubungan korang. So, I didn't," ujarnya.

Aku mecemik sambil menjeling.

"You seems good with Steve. Remember your tujuan!" Aku bangkitkan. Vlin mengeluh. Dah jatuh cinta ke mak cik aku sorang ni? Psiko macam ni pun boleh jatuh cinta ke?

"In that family. Anyone might know about my Daston, but not him," ujarnya.
"He's too stupid for that," tambah Vlin.
"And innocent," katanya.

Aku mendengus. Malas pula nak layan drama petang Vlin.

"Let's not talk about it. How bout you? Have you regain your sense back?" Soalnya. Aku diam dan menjongket bahu. Perlahan, aku suap makanan dalam mulut.

"Let's forget Danny and start focus on yourself," ujarnya. Aku angguk sahaja.

"The first step, meet your dad!" Ujarnya.

"Hell no!" Balasku tegas.

***

Ryan tersenyum apabila klien itu kelihatan genbira dengan teh herba pemberiannya.

"You got a better sense than your sister," puji Presiden itu. Ryan senyum. Sebenarnya, bukan idea dia untuk beli teh herba, sebaliknya idea orang kanannya.
Ternyata, Yell memang cepat belajar dan lebih efisyen daripada mana-mana pembantu peribadi. Malah, pembantu peribadinya di Shopa sebelum ini juga tidak berfikiran menyeluruh seperti Yellena.

Mendengar pujian Presiden, nampaknya tahun ini Yell masih lagi akan berada di bahagian Setiausaha.

***

Aku bertegas tak nak jumpa ayah kandung aku. Pelik dengan Vlin! Kadang dia suka dengan ayah aku, kadang dia benci dengannya.

"Kalau I jumpa dia sekalipun, I nak cakap apa? Hello. Long time no see?!" Soalku. Terlupa seketika dengan perkahwinan Danny dan Stella pengkhianat itu!

"You can asked him to make you a fucking beautiful dress! Then you boleh show off dekat majlis Danny X Stella!" Tambahnya. Dia turut memuji bahawa ayah aku seorang tukang jahit yang hebat.

"You think I'm going to attend their wedding! No way!" Templakku. Aku seperti tak percaya yang Vlin boleh bagi idea bodoh macam tu! Aku? Takkan pergi majlis kahwin pengkhianat tu!

"Why not?! You should show them!" Kata Vlin. Dia masih bertegas.
"Show them everything!" Katanya.

"You expect me to congratulate them?" Aku geleng kepala menolak keras. Jangan ingat aku mudah untuk mengaku kalah. Aku takkan hadir majlis itu walaupun aku dah dapat undangan. Buat apa hadir? Jadi bahan ketawa Danny! Mesti dia bangga sebab berjaya permainkan perasaan aku sampai begini.

Aku pekakkan telinga apabila Vlin mulai membebel tentang tunjuk kuat move on dan sebagainya. Terus aku masuk ke bilik dan masuk dalam comforter. Dia pula? Masih sahaja lagi membebel di pintu.

Aku capai telefon dan tutup mood penerbangan. Bertubi-tubi mesej masuk sebelum ia tiba-tiba senyap. Kebanyakkan mesej kerja, tapi tak penting.

Aku terbalikkan telefon semula sambil menekup muka dengan bantal.

Sunyi seketika.

Kalau aku buka laman sosial, mesti penuh dengan berita Stella. Jadi, aku tahan diri daripada cari sakit.

Ting!Ting!

Ada pesanan masuk.

Danny.

'I kat luar rumah you. Can you see me for a bit'

Pesanan baharu masuk dari Danny. Aku hanya membaca mesej itu tapi tidak dibalas. Badanku masih meniarap di atas katil. Ya. Aku tak berminat untuk berjump dengannya walaupun sekejap.

Ting!Ting!
Pantas, mesej masuk lagi. Aku baca.

'Seminit please'

Namun, aku langsung tak hiraukan.

Ting! Ting!
Mesej masuk lagi. Aku berkerut. Dia tak faham ke? Aku tak balas walaupun aku baca bermaksud aku tak nak peduli.

'I takkan pergi selagi you tak muncul'

Aku tarik nafas sebelum mengambil keputusan untuk balas.

'I tak nak jumpa you. You boleh balik. Selamat malam'
Aku menaip laju. Apabila mesej aku berjaya di hantar, aku dapat lihat dia pantas sahaja sedang menaip balas.
Tanpa buang masa, aku terus block Danny!

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang