"Dah tak monyok?" Steve meletakkan beg di bilik suite mereka. Vlin memandang sekeliling. Dari balkoni hotel, mereka dapat lihat menara Eiffel. Steve memeluk Vlin dari belakang.
"I'm glad if you're not angry anymore," bisiknya romantis.
Vlin menghela nafas dan menepuk tangan Steve.Alasan yang Steve berikan ialah lawatan kerja. Vlin pula ambil cuti semata untuk pergi melancong dengan Steve. Ikutkan, ini kali pertama mereka melancong berdua, sebelum ini mereka hanya pergi jalan-jalan dikawasan sekitar sahaja, belum pernah keluar negara.
Vlin menjeling manja.
***
Aku tutup pintu rapat-rapat. Sumpah rasa macam ada orang yang mengekori aku. Dari aku naik lif, aku rasa macam ada yang sedang memerhatikan aku, tapi bila aku toleh tak ada orang.
Satu hal lagi, dua tiga hari lepas, aku nampak pintu rumah aku macam ada orang sentuh. Macam mana aku boleh perasan, aku perasan sebab pintu tombol aku kelihatan sedikit senget. Tapi, masih berkunci rapat.
Dah la aku tinggal seorang. Vlin cakap dia ada business trip luar kawasan, jadi aku tak boleh nak ganggu dia.
Tapi, kalau ikut logik! Siapa sahaja yang nak follow aku! Dia tak tahukah sejarah aku? Johan muay thai junior championship, taekwando tahap 7 kot...
Memanglah aku dah lama tak prektis, tapi asas masih tak berkarat lagi.Jangan sampai kena tendangan 360 darjah aku. Boleh berpusing kau!
Telefon aku berbunyi. Terkejut aku dibuatnya.
Ini masalah perempuan. Tak ada apa-apa pun boleh buat terkejut. Aku kutip kembali telefon.
Tersenyum.
Danny."I miss you," ujarnya di corong telefon. Aku senyum.
"Me too," jawabku.
Kata Danny, di tempatnya sukar untuk dapat line telefon. Kalau nak dapat capaian internet atau line, mereka perlu naik pick up trak dan bergerak ke bandar."Baru sebulan rasa macam dah setahun," katanya.
"Taktahu macam mana nak hadap setahun tanpa you," bisiknya romantis.
Aku menghela nafas sebelum bergerak duduk di sofa."Semua okey?" Soalku.
"Apart from not having you, everything good," balasnya. Aku tersenyum mendengar bicara rindu yang dia ucapkan.
"I miss you too," balasku sekadar bergerak dengan rentak yang dia mainkan.Tidak dinafikan. Perasaan tanpa Danny di sisi agak sunyi dan sendirian. Danny selalu ada untuk aku. Kadang-kadang, dia akan ambil aku pulang kerja. Tak dinafikan, kami sering keluar makan dan habiskan masa bersama. Walhal, sebelum bercinta lagi hubungan kami agak akrab macam rakan baik.
Malam itu aku berbual lama dengan Danny. Aku tak buat apa-apa, cuma melayan sahaja cerita Danny mengenai misi kemanusiaan yang dia sertai. Pelbagai cerita lucu dan menyayat hati dia kongsikan dengan aku.
***
Telefon Stella tak berjawab. Barangkali masih berada dalam pengambaran. Ryan tak faham sangat proses syuting untuk rancangan realiti. Dia terus letak telefon apabila Stella tidak menjawab panggilannya. Mana tahu, Stella tengah rakam video atau apa-apa.
Kalau dia call, mestilah Stella akan rasa segan dengan lawan mainnya dalam rancangan realiti tersebut.
Akhirnya, Ryan melihat komputer. Kerja-kerjanya semakin bertambah.Waktu malam-malam terasa sunyi. Selepas Yellena bebal untuk kerja lebih masa dengannya, dia benarkan sahaja pekerjanya pulang awal. Tak boleh nak paksa kalau orang tak suka. Lagipun, Yell mesti ada alasan kenapa dia nak pulang awal. Salah satu alasan, mestilah dia nak telefon Danny yang jauh di mata.
Sebenarnya, Ryan ajak Yell kerja lebih masa kerana dia tahu Yell tak ada komitmen. Berbanding Abraham yang sudah berkeluarga, Nicholas yang dah ada tunang dan Ben yang tinggal dengan ibu bapanya, Yell lebih senang untuk diajak bekerja. Lagipun, dia tahu...
Yell lagi suka ada di pejabat berbanding rumah.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...