119

11 1 0
                                        

Melihat Ryan menunda segala mesyuarat buatkan aku tak tahan akhirnya masuk sendiri untuk tanya pada Ryan. Sekarang, ada ramai pemilik syarikat baharu yang cuba tiru kami. Kalau kami tak step up the game, kami akan ketinggalan. Malahan, sebagai pioneer, kami perlu sentiasa up to date agar kami tak digelar lapuk.

Dan, mesyuarat baharu untuk membincangkan perihal sistem update kami ditunda dengan alasan boss tak ada. Boss pula bagi alasan dia ada urusan peribadi untuk diselesaikan.

"Kau serius nak ambil cuti ke weh?" Soalku sebaik mendengar sebait arahan masuk dari Ryan. Aku tersembul di muka pintu pejabatnya. Ryan pandang aku.
"Kot ye pun kau masuk lah duduk dulu," ujarnya. Aku segera masuk, namun tidak duduk. Sebaliknya aku cuma berdiri sahaja.
"Kau dengar tak pasal ada syarikat yang cuba nak tiru kita?" Soalku terus. Aku menarik nafas. Jujur. Persaingan merupakan benda yang elok. Namun, persaingan macam ni boleh mendatangkan masalah kepada syarikat. Ryan menutup fail dan angguk.

"Let them copy. Kita stay dengan cara kita dah lah," ujarnya tenang. Aku pandang Ryan. Dia sengih.
"Tak yah risau sangat lah," dia yakin. Aku ketap bibir.

"But still..." aku mendengus. Dah la kebelakangan ni aku tak sedap hati dengan syarikat.
"I don't have a good feeling about this Pres!" Ujarku. Aku pandang Ryan minta dia pertimbangkan hal syarikat. Namun, wajah bertenang Ryan sangatlah mengundang geram di hati aku.

"How about I'll think about promotions or whatever settlement?" Soalku. Ryan sengih.

"I know you will come up with something," ujarnya tersengih. Aku pandang Ryan tak berkelip. Kau memang tak risau pasal syarikat kan!

"Aren't you worried?" Soalku.

"I am. I was wondering kalau parents Stella tak boleh terima aku macam mana?" Soalnya membuatkan aku mengetap gigi. Benda lain yang aku cakap, benda lain yang dia fikirkan. Aku mendengus perlahan. Macam ni ya kau nak main dengan aku! Eh! Geramnya. Aku mengeluh sambil menjeling.

"Kau nak jumpa family Stella ke?" Soalku.
Dia angguk.

"Wish you luck then!" Ujarku lalu keluar dari biliknya.

***

Natasha memandang Steve. Dia tersenyum sinis. Chia Storeline. Jenama baharu yang akan mengantikan Shopa sebagai platform beli belah atas talian yang terbaharu. Berbanding dengan Shopa, Chia Storeline mempunyai satu kelebihan.

Chia Logistics. Mereka mempunyai gudang besar dan jumlah perkhidmatan hantar barangan kargo. Sekarang, mereka akan menjalinkan kerjasama untuk menggunakan khidmat logistik mereka sebagai medium utama penghantaran. Berbanding Shopa yang perlulan third party sebagai penghantar barang, Chia Storeline lebih efektif kerana mereka mempunyai stor, kedai dan khidmat penghantaran sendiri. Jadi, barang mereka akan sampai ke tangan pengguna lebih cepat kalau dibandingkan dengan Shopa.

"The idea itself was so good," ujar Steve. Natasha tersenyum sinis.
"Thanks to your scandal. She makes this possible," ujar Stella. Dia dah sebarkan gosip bahawa Shopa akan ada pesaing. Dia cuma tunggu mereka makan umpan yang dipasang dan dia dah boleh lancarkan Shopa.

"Ayah cakap apa pasal Chia Storeline?" Bisik Natasha. Sengaja dia nak tahu pendapat ayahnya mengenai idea terbarunya ini. Mana tahu, ayah akan tentang kerana konsep perniagaannya sama macam perniagaan Ryan.

"He doesn't particularly said anything. Just that anything beneficial for Chia Group, he will agree," jawab Steve. Ayah memang begitu. Dia tak pentingkan persaingan. Bahkan waktu mula-mula Ryan nak buka syarikat sendiri, ayah tak menghalang. Kini, bila Natasha mengorak langkah, ayahnya cuma jadi pemerhati sahaja.

"Didn't said anything meh?" Soal Natasha. Steve geleng. Natasha ketap gigi. Walaupun dia tak harapkan pujian atau kritikan, dia mahu ayahnya bagi respon terhadap projek jutaan dolar yang dia kemukakan.

"Wasn't it good. Not saying anything means he doesn't particularly too care about it. Our ayah tak cakap apa means he's good with your project," ujar Steve cuba mentafsirkan ayah. Natasha diam. Dia tak kongsi interpretasi yang sama. Ayah berdiam diri bermaksud ayahnya tak ada minat dengan projek yang sedang dilaksanakan. Dia mahu ayah buka mata dengan kebolehan Natasha Chia.

***

"You're not sleeping yet?!" Soal Vlin di muka pintu bilik. Aku sedikit terkejut, tak sangka dah lewat malam aku masih buat research dan contoh mengenai promosi yang baru supaya bila ada pelancaran baharu, kami pun ada back up plan.

"I'm doing some work," ujarku.

"Things at work stay at work lah!" Marahnya. Dia masuk ke dalam bilik. Dia membaca proposal yang aku siapkan separuh. Vlin mendengus.
"Told you. You should back off earlier," katanya.

Aku kerutkan dahi.
"What!" Marahku. Vlin pandang aku.

"You still remember your proposal yang kena bekerjasama dengan syarikat besar and branded?" Soalnya.
Aku angguk. Proposal tu dah hilang dan ianya proposal lama.

"I revise the plan. I make it anew," katanya. Aku tersentap.
"Chia Department Store going to launch Chia Storeline. And partnership with Chia Logistics," ujarnya.

Aku terkelu.
Syarikat milik keluarga Ryan Chia.
Aku telan air liur.

Chia Department Store mempunyai gedung serbaneka dan kerjasama brand terkenal. Tambahan lagi, mereka mempunyai syarikat logistik yang akan uruskan penghantaran. Dengan letakkan barang terkenal di pasaran online tambahan pula dengan kos penghantaran dari pihak mereka, berapa banyak mereka dapat jimat! Berbanding Shopa yang perlu berurusan dengan pihak ketiga sebagai medium penghantaran.

Lebih jelas begini.
Chia Storeline akan ambil barang dari gedung serbaneka mereka sendiri, hantar barang menerusi platform penghantaran milik mereka sendiri. Ia bukan sekadar jimat masa, malah boleh kurangkan kos.

Lain pula dengan konsep Shopa yang mengetengahkan small business owner, yang mana brand mereka tak terkenal, dan penghantaran pula dibuat dengan kerjasama pihak kurier ketiga.

Dalam erti kata lain, Chia Storeline merupakan kapitalis yang akan terus memonopoli pasaran atas talian. Tambahan lagi, siapa sahaja yang tak suka barang branded? Berbanding dengan barang buatan tempatan, mestilah barang mahal menjadi pilihan generasi sekarang.
Aku pejam mata.

Bijak. Plan proposal aku yang asal diubahsuai hingga sebegitu sekali. Memang Vlin. Seorang genius! Aku pun tak terfikir sampai begitu sekali. Namun, ini bukan masa untuk aku kagum dengan Vlin. Sebaik sahaja pelancaran Chia Storeline, pasti akan ada feedback buruk pada Shopa. Buat masa ini, aku hanya nampak semuanya kabur-kabur sahaja. Kami merupakan entiti yang berbeza, jauh mana lah sangat pengaruh Chia Storeline? Shopa dah ada peminat tersendiri, tak mustahil kami tak boleh bersaing dengan Chia Storeline.

Tapi, aku agak khuatir jugaklah.
Patutkah aku minta pendapat Vlin.

Kita tak tahu pengguna. Pengguna ataupun pelanggan adalah sesuatu yang tak boleh dijangka. Semuanya masih ada kemungkinan. Aku terkesima sebentar melihat separuh proposal yang masih belum siap. Aku nak bentang apa pada Ryan Chia? Dah la mamat tu hati berbunga riang sebab nak jumpa mertua...takkan aku nak musnahkan harapan dia semata-mata perkara yang boleh dianggap tidak remeh ini.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang