173

9 3 1
                                        

Hadir ke Villa Puan Besar dan Tuan Besar Chia buat pertama kali sebagai calon menantu menbuatkan aku rasa sedikit berbeza apabila beberapa orang pembantu rumah memanggil aku dengan gelaran Puan Chia! Sedangkan aku masih belum secara rasmi menjadi isteri Ryan.

Terus terang aku tak selesa!
Cakap dengan Ryan pun tak guna sebab dia suruh aku biasakan diri dengan panggilan tersebut!

Kami bergerak ke tingkat dua villa, di mana letaknya bilik Aurora. Cicit sulung keluarga Chia. Aku berdiri mematung di situ. Kelihatan, Stella sedang mengendong bayinya. Stella tampak cantik seperti selalu.

"You sihat?" Soalan Stella melihat aku dan Ryan muncul. Ryan bercakap selamba sahaja dengannya. Sambila berborak mengenai Aurora yang sedang melihat kami.

"Aurora baru minum susu," katanya. Aku angguk. Dari tadi membatu, tak ada benda yang perlu dicakap. Lagipun, aku memang jenis yang lebih suka berdiam dari berbicara.

"Babe, you nak dukung baby?" Soalan Stella membuatkan aku terkaku tak boleh menolak. Ryan mengambil bayi itu dari dukungan pembantu rumah dan menghulurkan kepada aku.

"We need to practise," bisik Ryan membuatkan aku jegil mata. Melihat kemesraan kami, Stella hanya buat tak nampak. Aku mengedong bayi yang Aurora nama diberi. Tak sampai sepuluh saat, bayi itu sudah muntah susu di atas lenganku. Segera pembantu datang mengambilnya semula.

"I gi toilet jap, you sembang dengan Stella dulu," ujarku lalu berlari keluar.

***

Usai mencuci bahagian yang terkena muntah bayi, aku keluar dari tandas. Namun, aku cuma mematung di situ apabila satu sosok yang cukup aku kenali berdiri di hadapan aku.

Satu sosok yang suatu ketika dahulu menjadi sebab aku tertawa dan tersenyum bahagia. Kini, sosok itu sekadar masa lalu yang indah. Aku mahu ingat Danny sebagai seseorang yang beri aku kenangan indah, supaya boleh memadam rasa luka yang dia pernah tores di hati aku.

"You datang dengan Ryan?" Soalnya. Aku tak menjawab, aku yakin dia juga sudah ada jawapan untuk soalan tersebut.

Jeda. Diam. Kekok.

"I heard about your wedding," katanya.
Aku senyum ikhlas.

"You should come, nanti I bagi kad," balasku kekok.
"No need. Ryan is a family. I will come even the bride and groom didn't invite me," balasnya. Aku telan air liur! Macam mana aku boleh main cakap tanpa guna otak!

Aku senyum pahit, menunjukkan jari ke arah bilik.
"I gerak dulu," balasku. Sememangnya aku mahu berangkat, tak mahu berduaan lama dengan Danny.

"Yellena," panggilnya. Aku terhenti.

"You tak perlu nak rasa awkward dengan I," katanya. Aku ketap bibir. Apa yang dia katakan sememangnya benar, tetapi saat ini aku perlu menafikan kebenaran tersebut.
"Awkward? I am not," balasku lalu pura-pura ketawa. Kering sahaja bunyinya, bahkan Danny juga tak ketawa.

"After your wedding, Stella dengan I akan pindah oversea," ujarnya. Aku terdiam dari ketawa. Tak perlu kot sampai macam tu? Macam yang Ryan dan aku percaya, kami dah move on, tak ada sebab untuk terus bermasam muka!
Lagipun, aku dan Ryan saling mencintai!

"Danny, I tak awkward dengan you or Stella," dalihku. Aku jilat bibir, lancar benar aku berbohong. Walaupun aku dah tak ada perasaan dekat Danny, tapi masih sahaja kenangan lama bukan senang untuk aku lupakan begitu sahaja. Walaupun aku cakap yang aku dah boleh beransur maju, tapi tetap sahaja akan ada saki baki kenangan.
"Really," tegasku, namun Danny bagaikan tidak percaya.

Dia tersenyum pahit.
"Fine. Kalau you tak rasa awkward..." dia bersuara.
"I awkward," tambahnya membuatkan aku terkedu.
Dia mendekati aku.

"Walaupun I cuba move on, but still...sometime I do think about you," ujarnya jujur.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang