160

10 3 1
                                    

Masuk tahun ini, sudah hampir satu dekad aku berkhidmat dengan Ryan. Aku memegang erat notis berhenti kerja dua bulan. Sebelum maklumkan pada HR, adalah lebih baik kalau aku sendiri bercakap dengan boss terlebih dahulu.

Sudah sepuluh dekad mengharungi susah dan senang bersama, dan kini aku mahu pergi pula. Memang terasa sedikit di hati.
Dari kami mulakan start up, menemui kegagalan, dan kini kami berganding bahu sebagai boss dan setiausaha. Tak ada yang lebih mengenali Ryan Chia berbanding aku.

Kecualilah Stella, teman wanitanya. Ops! Bekas teman wanita.
Dan perampas kekasih aku!

Sedar tak sedar, dah lama aku berkhidmat dengan Ryan.

Aku mengetuk pintu. Sebaik sahaja aku membuka pintu, Ryan akan tersenyum ke arah aku. Seperti biasa, dia akan sibuk dengan kerja-kerja komputer, kemudian menyuruh aku duduk.

"Apahal weh?" Soalnya. Lagaknya seperti sembang dengan member. Aku kemudian duduk, menghulurkan sampul surat putih kepadanya. Tangan yang menekan-nekan papan kekunci terhenti. Dengan wajah terkejut, dia menjeling ke arah aku.
"Apa ni?" Soalnya mengambil surat berhenti kerja aku. Wajahnya tadi dengan senyuman berubah tegas.

Ryan mengeluh. Dia membuka sampul itu dan kemudian membaca isi kandungannya.

Diam. Kami berdua tidak bercakap, suasana jadi dingin seketika.

"Yell," panggilnya. Dia memandang ke arah aku. Aku kemudian tersengih.
"You nak I naikkan gaji you ke?" Soalnya. Aku tersengih sebelum ketawa dan menggeleng. Wajah cacing kepanasan Ryan sedikit kelakar pada mata aku.

"Bukan sebab gaji," jujur komen aku. Dengan gaji lima angka, aku yakin di mana-mana syarikat memang sukar untuk dapatkannya. Aku memandang ke arah Ryan, memberi jaminan bahawa gaji yang diberikan lebih daripada mencukupi.
"Habis tu?" Soalnya perlahan. Masih berniat mahu memujuk aku.

"I cuma nak pergi tengok dunia. Dah lama sangat kerja, rasa nak pergi melancong tenangkan fikiran," ujarku.
"I suruh hr approve cuti you kalau macam tu...tak sayang ke nak berhenti kerja," nasihatnya. Aku menggeleng.

Ryan kali ini berjalan ke hadapan aku. Dia melutut memandang aku.
"Yell....Kalau you tak ada...I...office ni," Ryan memujuk aku. Melihat Ryan kecewa, aku sedikit tergugat dengan keputusan aku.

Aku menggaru kepala.

"Pres. You can do everything without me," balasku. Ryan mencapai tangan aku kemudian dia meminta maaf. Dia masih lagi melutut. Walaupun Ryan bukan presiden syarikat, tetapi aku sudah terbiasa menanggil Ryan dengan gelaran Presiden. Semuanya gara-gara kami bekerjasama sewaktu berada di persatuan pelajar dulu.

"It's not the same like we worked together," katanya. Aku menggaru kepala. Ryan tiba-tiba bangun dan mengambil dompetnya keluar.
Dia mengeluarkan kad kredit berwarna hitam lantas dihulurkan pada aku. Aku mengerutkan dahi memandang ke arah Ryan. Boss aku yang juga merangkap member rapat aku. Aku tahu kad itu selalu dia akan beri kepada Stella, teman baik aku merangkap teman wanita Ryan, itu kes sebelum mereka putus. Sejak putus, jarang pulak aku nampak Ryan guna kad kredit balance unlimited itu.

"Take this card. Pergi bercuti, tenangkan fikiran ke apa ke? Then, balik kerja macam biasa," ujarnya. Aku mendengus, terasa kalah pula kalau begini.
"Pres..." panggilku. Dia menekup telinga, tak mahu dengar.

"Yell, Kalau I ada buat perangai yang you tak suka, you cakap je dengan I. Kita kenal dah lama kan! You know it very well, I can terima any teguran from you," dia meyakinkan aku. Persoalannya sekarang, Ryan cukup baik. Cukup baik sekali. Bahkan berbanding seorang boss, lagaknya macam member. Tapi dia memang asalnya member aku pun!

"Ryan," panggil aku sekali lagi. Dia memandang ke arahku. Aku tersenyum pahit, masih tidak mengambil kad yang dia telah letakkan di atas meja.

"Yell, benda yang lepas tu, kita lupakan lah," pujuknya.
"Kau tak move on lagi ke?"
Aku tunduk.
"Sorry," katanya.
Riak wajah Ryan berubah.

Aku mendengus.
"Bukan macam tu lah," gumamku. Ryan memejamkan mata menyuruh aku tidak lagi memberi alasan.

Ryan memang kenal benar dengan aku. Dan aku juga kenal Ryan.

Kami sahabat. Rakan seperjuangan. Dan juga, "keluarga".

"Okai. I ambil cuti," ujarku. Kalah juga dengan boss yang satu ini. Ryan tersenyum, menang.

***

Natasha juihkan bibir. Tak sangka kerja susah yang diberikan pada Ryan dapat dilaksanakan dengan begitu baik sekali.
Malah, keadaan di HQ juga bertambah maju apabila abang dan anak saudaranya menjadi tunjang pucuk pimpinan.

Tak sangka pula si Danny begitu berbakat dalam menguruskan perniagaan! Nampak macam tak berminat, rupanya sebaliknya. Kejayaan yang menjadi berita gembira buat Tuan Chia tidak begitu menggembirakan seorang Natasha. Kalau berterusan begini, sampai bila-bila sekalipun ayah tak akan pandang usaha dia! Dia dah kerja keras! Dia usaha dengan gigih! Namun, sebabkan fakta dia seorang perempuan dan tak melahirkan anak-anak yang mempunyai nama Chia di belakang sebagai nama keluarga, dia sentiasa ketinggalan di belakang.

Natasha merengus! Bercinta dengan menteri juga tak membantu dia dalam politik di pejabat. Makin hari, makin ramai orang yang menyambut Ryan dengan bangga! Dia pula, makin ketinggalan.

***

Ryan berjalan keluar dari pejabat. Seharian di pejabat, dia rasa penat. Sebenarnya dia sudah beberapa hari berasa penat begini. Mindanya ditimpa pelbagai kerja dan semuanya mahu secara mendadak.
Natasha! Punca utama yang buat dia penat.

Namun, setelah berjaya hantar proposal, dia ada masa untuk bertenang.
Dan dalam tenang itu...

Yellena.
Datang kepadanya cakap mahu berhenti kerja. Ryan termenung seketika sambil memandang bandar kota raya yang masih nyala lampunya.
Penat kah?
Atau lebih kepada ingin bawa diri merawat hati yang luka.
Ryan cuba memahami. Pertama kali jatuh cinta, Yellena dan Danny dah mengharungi pahit manis kehidupan bersama.

Macam dia yang cuba tenggelamkan diri dengan kerja pejabat sambil melupakan Stella, rasanya Yellena juga perlukan ruang.
Ruang untuk bernafas. Jadi diri yang lebih baharu.

Ryan tersenyum tawar.
Bahkan, bukan Yellena seorang yang perlukan ruang untuk bernafas, ruang untuk melupakan, barangkali dia juga begitu.

Sejak putus dengan Stella, dia kerja keras. Terlampau keras sampaikan dia dah lupa bila kali terakhir dia menghabiskan masa buat hobi dan perkara yang dia suka.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now