Aku menunggu Danny di luar dewan kuliah. Setelah tamat kelas undang-undang Danny sedang kemas laptop. Jadi, aku keluar dahulu, menunggunya di luar.
Pelajar lain keluar, sempat berbalas teguran dan senyum dengaku.
Sejak Stella pulang, aku rasa bagaikan agak terasing dengan Stella. Dia lebih banyak habiskan masa dengan Ryan. Ryan juga tak kerap datang ke bilik persatuan pelajar, barangkali sedang ganti masa dengan Stella. Maklumlah, Stella cakap seminggu dua sahaja dia tak dapat hadir ke universiti, alih-alih terlajak cuti sampai tiga minggu. Tak tahulah aku macam mana dia nak jawab dengan pensyarah.
Berkenaan dengan Team A. Sejak Ryan menyuruh aku jangan datang ke bilik mereka, aku hanya akur sahaja. Maklumlah, ada betul juga dengan apa yang dia cakap. Tak pasal sahaja aku turun gelanggang taekwando semata-mata nak balas perbuatan buli mereka terhadap Danny! Eiii..
Urusan dengan Team A, aku jalankan melalui e-mel. Lagipun, aku bukannya kena coding atau buat apa-apa, aku cuma nenguruskan bahagian kewangan dan pelan promosi.
Sebenarnya, untuk aku seorang yang mengendalikan kewangan dan pelan pemasaran adalah tidak mudah ya!
Tak apa! Kami belum lancarkan lagi ataupun masuk IGCC lagi! Masih ada banyak masa.Danny keluar dari pintu. Bau minyak wangi Danny bukan bau "pantai" atau "ocean" yang aku suka. Bau minyak wangi Danny macam baju yang baru dibasuh.
Bau segar macam tu. Hm, macam bau bedak baby pun ada.
Tapi, aku lagi suka bau menthol yang macam pantai tu!! Eh! Sibuk pulak aku dengan minyak wangi dia."Danny," panggilku. Dia memandang aku, tersenyum.
Aku pandang kiri dan kanan. Cuma ada aku dan Danny sahaja di situ."Yell," tegurnya. Suara husky dalam Danny sedikit sebanyak membuatkan aku sedikit tergugat dan berdebar.
Well~Aku memandang matanya. Danny juga memandang mata aku.
"Kau nak pergi makan?" Soalku. Danny memandang aku.Aku gigit bibir! Apahal lah dengan soalan bodoh aku! Aku kan dah plan nak belanja dia makan sebagai tanda terima kasih sebab cuba pertahankan aku dari kena kutuk dengan senior. Dan juga...sebab sweater dan plaster tempoh hari...
"A'ah...you?" Soalnya gugup. Memanglah dia awkward, dah nama aku yang tanya. Sebelum ni pernah ke aku cuba nak berbual atau berbual apatah lagi ajak dia makan sekali! Eiii!
"Jom! Aku belanja," kataku. Wajah Danny berubah tegang; dia berpeluk tubuh seolah-olah ingat aku ada niat tersembunyi dan tak ikhlas ajak dia makan. Macamlah aku ada plan lain~~
"You nak belanja I makan?" Soalnya tak percaya. Eii.
Aku mendengus."Tak nak tak pe," aku segera pura-pura beredar. Danny menarik hujung baju aku, melarang aku daripada angkat kaki dari situ.
"Kat kafe ke?" Soalnya. Aku diam sejenak.Kat kafe memanglah makanan dia murah, aku boleh belanja. Tapi, nanti ada mata-mata liar pulak perhati aku dan Danny! Kan, boleh jadi satu hal tu! Tak nak lah aku kena tarik rambut dengan kelab peminat Danny.
Kalau makan kat luar...mahal.
Eii.Tak apalah. Sekali sekala! Lagipun memang niat aku nak belanja di samping ucap terima kasih sebab dia dah tolong aku kan!
"Restoran luar universiti pun okey jugak," aku memberi cadangan. Danny cuba cover daripada tersenyum, namun dia tak dapat menipu aku. Senyuman Danny melebar, dari telinga ke telinga. Wajahnya merah padam sambil dia menggaru kepala, acah macam hero pemalu dalam drama thailand.
"Jom," ajaknya. Aku angguk, suruh dia jalan di hadapan.
Semasa kami berjalan keluar dari universiti, aku terserempak dengan Nattie dan beberapa orang kawan sekamarnya. Kami sempat berbalas lambaian sebelum ikut jalan masing-masing! Nattie memang comel! Selalu tegur aku! Sampaikan aku yang separa introvert, separa extrovert ini kadang-kadang senang bila bertemu dengannya.
Baik budaknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomantiekAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...