Aku memandang ke arah Ryan yang memakai kostum vampire. Baju bewarna hitam merah itu dipadankan dengan kemeja putih dan juga bowtie.
Dia turut memakai gigi taring.
Handsome bapak!
Aku memandang diri aku di pantulan dinding. Siot sungguh! Rambut palsu tidak terurus dengan t-shirt koyak. Aku sengaja pakai baju inner warna kulit agar tak kelihatan kulit badanku.
Zombi.Kalau Ryan memakai baju serba elok, tapi aku pulak bertentangan.
Menang kreatif pun. Kau hantar zombi dengan vampire. Yang handsome dapat kat Ryan, yang hodoh dapat kat aku.
"Otakkkkkk!!!" Usik aku apabila ada orang melintas. Ryan pula pura-pura terjaga sahaja sebaik ada pelajar yang melintas.
Persatuan pelajar satu hal lagi! Mula cakap aku dan Ryan perlu tolong waktu petang. Tapi sekarang dia hentam ke waktu pagi! Pagi tadi, Danny muncul depan asrama perempuan semata-mata nak ajak aku pusing Hari Pelajar. Namun aku terpaksa menolak sebab urusan mendadak iaitu jadi zombi. Sebenarnya Samantha sengaja nak buli aku dan Ryan. Tapi, masalah sekarang ni, Ryan tak perasan yang kami berdua tengah kena buli! Habis dikerah tenaga aku dan Ryan atas nama persatuan pelajar.
"Ryan, aku ada benda..." belum sempat aku curi berbual dengan Ryan, kami dikejutkan dengan bunyi tapak kaki menandakan ada orang datang. Segera aku dan Ryan kembali mengambil tempat watak kami.
Usai tamat syif kami, Samantha mengucapkan terima kasih.
"Emm...Ryan, petang ni kannn, sejam jee, boleh ke korang jadi hantu lagi?" Soalnya serba salah. Aku tak tahulah serba salah yang dibuat-buat atau dia memang rasa bersalah. Dia menekapkan kedua telapak tangan sambil tunduk.
"Please! Yang patut jadi vampire dia tak nak buat sebab semalam teruk kena pukul lepas mengusik orang!" Samantha menjelaskan.Ceritanya, vampire dan zombi semalam dipukul oleh seorang pelajar perempuan. Pelajar tersebut masuk dengan teman lelakinya, namun semuanya kucar-kacir disebabkan zombi dan vampire itu mengejutkan si teman lelaki. Yang si teman wanita pula bengang, habis ditarik rambut dan dipukulnya vampire dan zombi yang bertugas semalam.
Hari ini, dua hantu semalam dah tak mahu bagi kerjasama."Okay," putus Ryan setelah mendengar penjelasan panjang lebar. Aku tercengang, mulanya aku sudah buat muka jangan setuju pada Ryan. Tapi, dia tak faham! Akhirnya, kami pun bersetuju untuk ganti syif petang nanti.
***
"Oi! Buat menda kat sini?" Maskot universiti bertanya Danny apabila melihat lelaki itu sendirian datang ke pameran. Danny mencebik.
"Yell mana?" Bisik Rozy, tak nak bagi orang dengar. Danny tunduk.
Awal pagi. Danny sudah mundar mandir di hadapan asrama perempuan. Sengaja dia tak telefon Yellena terlebih dahulu kerana dia tahu gadis itu sudah semestinya tak akan angkat telefon. Sebaik sahaja Yellena turun, dia terus berlari ke arah Yellena.
Yell kelihatan terkejut.
"Kenapa?" Soalnya polos. Mata gadis itu terkebil-kebil, barangkali takut kalau ada sesuatu yang terjadi.
"I nak ajak you pusing-pusing Hari Pelajar," kata Danny, penuh pengharapan. Mana tahu, mereka lh anggap ini sebagai "first date". Eh!"Pagi ni aku nak kena pergi jadi zombi," selamba balas Yell.
Danny tercengang.
"Petang ni?" Soal Danny. Yell diam. Kemudian, dia baru teringat yang dia pulak kena jadi butler petang nanti untuk kafe mereka."Takda apa kot," kata Yell.
"Sorry Yell. Petang ni, I yang tak free," jawab Danny, sambil garu kepala. Yell tiada sebarang reaksi. Danny rasa tak selesa."I sebenarnya..." Danny masih cuba berbual. Dia sebolehnya mahu keluar dengan Yell.
"Petang ni aku singgah kafe okey?" Soal Yell. Kebetulan, dia juga belum jejak kaki lagi untuk support department business management mereka. Alang-alang dia boleh tunjuk muka sekurangnya.
"Boleh," balas Danny, masalahnya dia nak keluar date dengan Yell. Yell angkat kening.
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...