161

17 3 0
                                        

Aku rasa mungkin aku kena tutup media sosial buat seketika. Aku bergolek di atas katil, macam kayu balak yang dihanyutkan aliran air sungai. Kemudian, aku terlentang bentuk bintang sambil letakkan telefon di tepi.

Berita hari ini hangat memperkatakan hubungan Best Couple 20XX, Danny Chia dan pasangannya Stella yang pergi ke kelas yoga ibu mengandung bersama-sama. Bodohkan gosip murahan! Sampaikan hal macam tu pun boleh jadi tajuk berita.
Aku tendang udara sambil meletakkan lengan di atas dahi.

Yell...
Yell...
Kau tak move on lagi ke?
Tak.
Aku dah move on.
Cuma, mungkin ada lingering feelings.
Dah kenapa nak kena ada lingering feelings pulak!

He dumped you stupid!

Kedengaran bunyi loceng rumah. Aku mendengus kasar, bebal dengan Vlin. Boleh je kot dia buka pintu sendiri.
Bunyi loceng sekali lagi. Mungkin ianya bukan Vlin. Mana tahu, Vlin baik hati nak kirimkan makanan kepada aku. Barangkali penghantar makanan.

Vlin tak cukup baik untuk kirimkan makanan kepada aku, tapi dia tak cukup jahat untuk biarkan aku kebuluran tanpa makanan dalam peti sejuk!
Lagipun, aku dah dewasa, boleh uruskan makan pakai sendiri.
Tak logik pula dia nak kirim makanan.

Duh! Yellena!
Time is ticking!
Budak delivery tu takkan nak tunggu kau kot! Aku pantas bangun berlari ke muka pintu. Saat aku buka pintu, aku terkedu seketika.

Cuba teka siapa?
Bukan penghantar makanan.
Bukan Vlin.

Ryan.
Bos yang aku baru cakap nak resign semalam, yang suruh aku ambil cuti tiba-tiba muncul depan apartment aku.

"Suprise," dia juga kekok dengan perbuatannya sendiri.
Aku terkedu. Dah kenapa muncul depan rumah aku di hari cuti aku?
Aku pandang Ryan atas bawah, sampaikan dia yang datang dengan sengihan kembali kelihatan tegas macam selalu.

"Apa kau nak? Aku cuti kan!" Sengaja aku tekankan sedikit perkataan cuti.

"Suprise!!!" Dia buat-buat ceria lagi sekali menghulurkan sekeping kertas seakan tiket kepada aku.
Tiket.
Tiket konsert.
Kejap.
Tiket konsert Taylor Swiss.
VVIP!

Mata aku terbeliak memandang tiket tersebut. Kejap.
Tapi konsert dia dekat Singapore kot!

Aku pulangkan kembali tiket itu kepada Ryan. Wajahnya kelihatan blur, barangkali tak menjangka reaksi aku sedemikian.

"I don't have the flight tickets," ujarku dengan senyuman pahit.
"And it's tomorrow night..." keberatan aku bersuara. Tak function jugaklah ada tiket tapi tak noleh pergi!
Takkan nak beli tiket kapal terbang saat akhir macam ni! Memang akan mahal lah harganya.
Memanglah nak pergi tu sempat! Negara sebelah sahaja pun!

"Pasal tu kan...." Dia mendekati aku. Melihat jarak Ryan semakin dekat, aku pula yang berundur ke belakang tak selesa.
"Here is your flight ticket!" Ujarnya menghulurkan tiket kapal terbang tertera nama aku.

"Did you buy this yourself? You know how????" Soalku hairan. Selalu perihal tiket penerbangan, booking hotel aku selaku PA yang akan selesaikan untukknya! Tapi, kali ini bertentangan pula. Aku pandang Ryan, kekok dia mengiyakan.

"I still know how to book tickets you know," katanya.

"Tak lah. Kau dah lama tak buat kerja-kerja PA," balasku tenang kemudian terbuntang mata melihat tarikh penerbangan.

"Sebab tu la flight malam ni, pukul 7 ni," ujarnya menggaru kepala.
"We need to go now otherwise we're not gonna make it," katanya dengan sengihan.
Aku terkebil-kebil memandang ke arah tiket.

"I guess, this is not the time kau nak loading," ujarnya menunjukkan jam di tangan, masa sedang bergerak. Ryan akhirnya menyuruh aku cepat kemaskan beg untuk pergi ke lapangan terbang.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang