101

10 3 0
                                        

Sudah genap seminggu aku dan Ryan saling mengelak antara satu sama lain. Dia duduk sahaja di dalam pejabatnya, manakala aku di meja kerja aku. Tak ada apa yang pelik. Dokumen aku pass pada setiausaha, mereka tahu kami semua pengarah urusan sibuk disebabkan masalah gudang Kasut Cantik yang terbakar.

Masalahnya, walaupun aku dah bagi kenyataan pada polis, orang jahat hari tu masih tak dapat tangkap lagi!

"Kau dengan Ryan okey ke? Gaduh pasal hal ofis ke?" soal Abraham di pantri. Dia berbisik pada aku.

"Okey je," dalihku, sedangkan aku dan Ryan dah seminggu tak bercakap.

Selepas kejadian tempoh hari, Ryan terus hantar aku pulang ke rumah. Bahkan dalam kereta pun kami diam sahaja, cuma ucapkan selamat tinggal setelah sampai ke apartmen. Esok hari baru aku buat laporan polis, ditemani Kimberly dan Ratson.

"Banyak kerja ni, aku kena come up with new plan supaya kadar kebergantungan kita kat Kasut Cantik decrease by 0.3%" ujarku lantas bergerak pergi. Abraham senyap. Aku pasti, dalam pejabat ini, orang yang akan tangkap aku dan Ryan cuma Abraham sahaja.

***

"I miss you, you should come back soon," ujar Ryan di corong telefon. Walaupun begitu, dia tahu tidak semudah itu untuk Stella batalkan syuting dan pulang. Stella cakap, lagi dua tiga minggu dia akan pulang, dalam pertengahan bulan hadapan.

Kes cium Yellena tempoh hari buatkan dia rasa serba salah. Dia tak tahu setan apa yang sampuk hingga dia buat begitu. Apabila dia sedar, mulutnya dengan mulut Yellena sudahpun melekat macam vakum antara satu sama lain. Mood lampu oren ketika itu juga turut menyumbang, dengan keadaan ruangan bawah stor yang sempit, membuatkan dia dapat merasa lekuk tubuh Yellena.

Ryan geleng. Mengarut!

Kedengaran suara ceria Stella di hujung telefon. Rasa serba salah semakin menebal, tapi takkanlah ciuman sekejap macam tu dia nak cerita pada Stella. Nanti apa pula Stella akan cakap, silapnya gadis itu akan marah dan makin salah faham adalah. Ryan tak salahkan Yellena, ketika itu dia yang mulakan dahulu.

Ryan mengeluh sebaik sahaja Stella tamatkan panggilan telefon. Kegilaan ini bukan sahaja buat dia rasa bersalah pada Stella, bahkan membuatkan dia rasa nak marah pada diri sendiri, rasa bersalah dengan Danny. Paling penting, Yellena. Gadis itu jelas tak selesa dengan perbuatannya. Sejak kejadian itu, dia bahkan tak tahu macam mana untuk bercakap ataupun berhadapan dengan Yellena. Nak minta maaf pun dia rasa serba salah, apa yang Ryan buat, boleh kira ganguan seksual kan? Silap hari bulan, Yell boleh trauma dan lapor dia pada polis.

Jujur cakap, dia nak minta maaf, tapi tak tahu nak mula daripada mana. Ryan mendengus.

Dia rasa bersalah, rasa bodoh dan serba tak kena. Yell mesti sangat benci dan marahkan dia. Buktinya, mereka langsung tak bercakap sampai ke hari ini. Yell tu kalau marah memang akan bagi silent treatment! Danny pernah kena, kali ini Ryan pula. Ryan bingung, dia garu kepala.

"Hoi!" Nicholas menegur, tersentak Ryan dibuatnya.

"Pres! Kau dah kenapa?" Soal Nicholas. Dia memberikan dokumen pada Ryan.
"Yell dah tengok, Abraham dah tengok, Ben pun dah. Your turn," kata Nicholas. Ryan angguk.

"Kau dah kenapa Pres? Macam orang gila bayang, kot ya pun rindu kat Stella, kau balik rumah kau settle lah. Ni office kau nak gila bayang kenapa?" Sindiri Nicholas. Ryan angkat kening, malas nak layan.
"Kau dengan Yell bila keluar majalah?" Soal Nicholas.

"Next month," ujar Ryan. Nicholas memandang Ryan.

"Kau dengan Yell ada problem ke? Aku tengok korang macam gaduh tapi tak gaduh," ujar Nicholas.

"Tak pun," jawab Ryan. Nicholas mendengus. Bukan dia sorang sahaja yang perasan: biasanya, Yell dengan Ryan rapat. Sampaikan ada pekerja yang salah faham hubungan mereka. Dua tiga hari ini mereka tak nampak bersama. Kadang-kadang di pantri mereka akan nampak Yell dan Ryan cakap pasal kerja.

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang