185

9 2 0
                                    

Aku dan Ryan bersama seluruh ahli keluarga berada di lapangan terbang untuk menghantar Stella, Danny dan Aurora berangkat pergi. Petang, kerana mereka akan berangkat waktu malam.Aku berdiri di sebelah Ryan, sementara semua ahli keluarga sedang berbual antara satu sama lain. Orang ramai yang lalu lalang hanya memerhati sahaja keluarga besar kami, tapi tak ada yang menegur.

Satu-satunya orang yang tak ada di sisi kami ialah Mami Isabella.
Katanya dia ada hal lain yang perlu dibuat. Pada pendapat aku pula, Mami tak mahu berada di tempat awam bersama keluarga.

"Have you talk to Kak Ngah?" Soalku pada Ryan. Sejak bekerja di HQ, dia belum sempat lagi bercakap dengan Natasha. Aku dan Natasha pula sekadar bercakap mengenai hal kerja sahaja di pejabat. Aku pandang Ryan, dia bukanlah pengecut atau penakut. Tapi, aku positif yang dia malas nak gaduh.

"Have not. Will not," balasnya.
Aku angkat kening. Melihat Stella sedang berbual dengan Jennifer,ibu Danny dan Puan Chia, membuatkan aku tak rasa nak pergi tegur mereka. Tambahan lagi, ada Aurora. Tak baik kalau Stella keluarkan aura negatif bila aku pergi ke arahnya.

"We should said farewell to Stella and Danny," sambutku. Ryan angguk.

"Ryan, Yell..." panggil satu suara. Aku segera berpaling. Danny.
Aku pandang Ryan. Ryan mengukir senyum.

"Take care Dan," kata Ryan.
"You both too," jawabnya kekok. Aku senyum dan angguk sahaja.

"May I talk to Yellena for a bit?" Katanya. Daripada meminta izin tuan punya badan iaitu aku, dia pandang ke arah Ryan sambil tersenyum tawar. Aku terkedu. Danny memandang ke arah Ryan.
"Only if her husband let me. I'll understand," katanya ringkas.

Ryan pandang Danny dan aku. Dia meleraikan pelukkan dari pinggang aku.

"Sure," kata Ryan. Aku capai lengan baju Ryan, untuk menghalangnya pergi. Namun, pantas sahaja dia meleraikan pegangan aku dan tersenyum.
Aku tahu Ryan percayakan aku. Tapi, aku tak selesa nak bercakap dengan Danny.

"I ada dekat sana dengan ayah," bisiknya.
Aku cuba isyaratkan jangan pergi dengan menjegil mata, namun laki aku tak faham. Dia boleh tepuk lenganku dan berlalu pergi macam tak ada apa-apa yang perlu dia risaukan.

"You nak cakap apa dengan I?" Laju terpacul keluar soalan dari bibirku. Aku toleh kiri kanan. Cuma anak-anak Kak Ngah sedang memerhati. Aku berganjak dua langkah kebelakang agar tak kelihatan terlampau dekat dengan Danny.

Masa silam kami tak mengizinkan aku untuk rapat sangat dengannya. Tambahan lagi, sekarang aku dah ada label isteri orang.
Rasanya tak manis untuk aku berbual dengan Danny tanpa suamiku disisi. Walaupun suami aku tak berkongsi pemikiran yang sama denganku.
Ah!

"So, how's life these days?" Soalnya.
Aku terkebil seketika.

"Good," balasku.
Dia senyum.

"You smiled more these days," komennya. Aku telan air liur. Tiba-tiba, cahaya matahari senja menyinar terik. Langit bertukar menjadi jingga. Tak lama lagi, Danny akan berangkat pergi, entah berapa lama.
Ironinya. Aku pernah tunggu Danny sewaktu dia ke Afrika dahulu.
Kali ini, aku tak akan menunggunya lagi. Setahun di Afrika dan dia pulang, kali ini entah berapa lamanya dia pergi.

"Bila you plan nak balik sini? Tunggu Aurora besar sikit ke?" Aku bertanya soalan. Sekadar kawan yang kini menjadi saudara, aku rasa wajar soalan ini aku tanya.
Dia mengusap leher.

"Tak balik dah kot," katanya.
Aku terkedu.
"Vacation pun tak?" Soalku. Dia ketawa.

"Vacation mungkin lah. But I plan nak migrate and dapatkan warganegara sana," katanya ringkas. Aku terkedu dan menganggukkan kepala.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now