Aku masuk ke dalam bilik persatuan pelajar. Jam sudah menunjukkan 2:30 pagi. Sebaik sahaja berambus dari rumah Vlin; aku naik teksi untuk pulang ke universiti. Tapi, aku tak terus ke hostel. Lagipun, sekarang kalau pulang ke hostel, pintu asrama dah tutup. Nanti, aku kena soal pula dengan mak cik penjaga yang dah macam polis tu.
Jadi, aku pergi ke bilik persatuan pelajar.
Aku membuka lampu sebelum pergi melihat wajah aku di cermin. Hujung kepala aku ada kesan luka sedikit, barangkali akibat terlanggar bucu meja. Sakit, tapi aku dah cukup penat untuk ambil ubat. Kemudian, aku duduk bersandar pada sofa yang dah nak dekat 20 tahun ada di bilik persatuan. Sofa empuk itu lebih kepada sofa lama yang dah lembik kerana ramai sangat orang duduk dan pergi di atasnya.
Aku menguap. Mengantuk lah pulak. Sejurus itu, aku menanggalkan kasut dan tidur di sofa bilik persatuan.
***
Ryan terjaga. Jam dah 3:30 pagi, dan laptop masih menyala. Dia ingat dia cuma nak tidur sepuluh minit, tapi dah terlajak pula. Dia perlu siapkan assignment, namun pendrive pula ada di bilik persatuan.
Danny pula sudah tidur macam ulat beluncas, apa pun tak sedar.Esok je lah.
Tak boleh. Kalau tangguh lagi, makin banyak kerja yang dia kena selesaikan.Ryan menyarung sweater hitam yang ada gambar animasi One Piece. Sweater itu asalnya milik Danny, dan diletakkan pada kerusinya. Tak hairanlah, Danny memang suka letak merata barang-barang. Siapa suruh kan? Jadi, Ryan pun ambil. Dia kemudian, menyemburkan sedikit minyak wangi. Memang tak jumpa sesiapa, tapi dia sendiri yang nak spray minyak wangi supaya tak busuk. Kemudian, Ryan bergegas ke bilik persatuan.
Dari jauh, kelihatan lampu bilik yang menyala."Siapa tak tutup lampu ni!" Getus hatinya. Ryan segera menolak tombol pintu. Sebaik sahaja dia masuk, kelihatan Yellena sedang tidur di sofa.
"Yell?" Soal hatinya. Tadi petang, Yellena sendiri cakap yang dia nak ke rumah ibu saudaranya. Danny sendiri pulang lewat petang setelah menghantar Yell ke perhentian bas.
Apa dah jadi? Kenapa dia tidur kat sini!Ryan geleng. Buat tak tahu sahajalah. Lagipun, Ryan tak mahu campur urusan Yell.
Ryah segera mengambil pendrive yang tertinggal di atas meja. Saat dia melalui depan sofa, bersedia untuk pergi, dia terpandang wajah Yell yang sedang tidur nyenyak, siap berdengkur halus lagi. Mungkin penat sangat.
Yell pun satu. Tak reti jaga keselamatan langsung! Awak tu perempuan! Mana boleh ikut suka nak tidur dekat mana!
Yellena kelihatan seperti sedang kesejukkan. Mana tak sejuk, dah tak pakai selimut.Ryan kemudian menanggalkan sweater untuk diberikan pada Yellena sebagai selimut. Tatkala dia mendekat untuk menyelimutkan Yellena, kelihatan ada kesan luka kecil pada hujung kepalanya. Ryan mengamati luka yang tidak dirawat itu.
Yell memang macam tu. Kalau luka, dia biarkan sahaja!
Ryan ambil kit kecemasan. Berhati-hati dia menyapu ubat agar Yellena tak terkesan atau perasan dengan perbuatannya. Seterusnya, dia meletakkan plaster dengan berhati-hati.
Mati betul Yell tidur. Apa pun tak dengar mahupun berganjak, cuma berdengkur halus sahaja. Barangkali kepenatan."Yell...is everything okay?" Soal Ryan perlahan. Dia memandang Yell dengan rasa simpati. Entah apa yang dipendam tak terucap. Entah apa yang menjadikan gadis itu begitu dingin dan tak banyak berkongsi. Ryan menyentuh rambut Yell yang berjuraian.
Dia mendengus. Sebagai seorang kawan, dia risau.
***
Aku terjaga dari lena. Bau minyak wangi seperti "pantai" membuatkan aku terasa ada bau macam "ocean" tapi tak tahu apa dia. Tapi, aku suka sebab wangi.
Wangian yang membuatkan aku rasa macam sejuk dan rasa segar.Aku membuka mata perlahan, aku lihat matahari sudah terbit dan hari sudah cerah. Nasib sahaja kelas aku pukul 10, dan sekarang baru jam 7. Apabila bangun, aku lihat badan aku diselimutkan dengan sweater hitam dengab gambar One Piece.
Sweater siapa?
Aku memandangnya lama. Macam pernah nampak. Macam....
Hm. Tak ingat lah pulak...cuba ingat! Dah la saiz XXL, memang selesa buat selimut.Aku kemudian memandang muka di cermin. Kesan luka semalam dah diletakkan plaster. Siapa letak? Orang yang bagi sweater kah? Semalam aku sampai bilik persatuan pun dah lewat, ada orang masuk kah? Buat apa?
Ryan?Tapi, tu macam bukan sweater Ryan. Ryan jarang nak pakai gambar kartun ataupun animasi. Bajunya lebih ke arah matang dan kosong. Tak kisahlah. Aku menyarungkan sweater itu sebelum kembali ke kamar hostel. Kalau aku balik hostel waktu macam ni, tak nampak sangat dengan Stella yang sebenarnya aku bermalam di bilik persatuan. Aku ambil topi dari dalam beg dan meletakkan di atas kepala, Stella atau Rozy tak boleh nampak kesan plaster ni.
***
Jennifer tunggu di ruang tamu. Steve kemudian turun, lengkap bersiap untuk ke tempat kerja.
"Lambat you balik semalam," komennya. Suaminya jarang buat perangai. Tapi, dia dapat rasakan macam ada yang tak kena dengan suaminya. Nak kata ada perempuan lain? Macam tak?
Dari awal perkahwinan, mereka bukannya suka sama suka, tetapi lebih pada dasar tanggungjawab. Dia tahu, Steve sekadar sayang namun tidak cintakannya. Dia dapat hidu dari mula lagi.
"I tak kisah kalau you ada perempuan lain. I akan butakan mata. But make sure, you tak kantoi dengan I," kata Jennifer. Dia yang dua tahun lebih tua dari Steve memandang lelaki itu tajam. Wajahnya mencuka.
Steve tunduk sahaja.
***
Aku masuk ke dalam bilik. Kelihatan Rozy sedang tidur nyenyak di atas katil aku manakala Stella barangkali sedang mandi sebab bekas alat mandian dia tak kelihatan.
"Rozy," panggilku apabila mendengar jam locengnya berdering tapi tuan badan tak bangun.
"Oh, Yell..." dia bangun sambil mengeliat.
"You pergi rumah mak cik you ke semalam," ujarnya. Aku angguk sambil duduk di atas kerusi. Dia menggosok mata, masih lagi mamai. Aku angguk.Rozy kemudian diam, sambil mengamati aku lama. Bila aku sedar yang dia tengah perhatikan aku, aku cuba cover plaster yang ada kat kepala aku.
Apahal tu? Desis hatiku. Dah kenapa dengan kau perempuan?
"Yell..." panggilnya.
"Ya," aku telan air liur. Kalau dia tanya pasal plaster, aku nak cakap terhantuk dinding lah. Bohong sikit tak apa kan?"Baju yang you pakai tu bukan baju Danny ke?" Soalnya. Aku tersentak!
Baju Danny?! Eh.Aku memandang Rozy sambil terkebil-kebil. Rozy pula senyum lebar memandang aku, dengan pandangan nakal yang gaya nak mengusik.
"Ehhhh...apa ni, apa ni," galak dia cuba menyakat aku.Sumpah aku tak tahu yang itu bahu Danny! Danny...Kejap.
Barangkali. Aku rasa macam dia pernah pakai sweater kartun animasi.
Jadi...yang datang bilik persatuan pelajar semalam, Danny lah? Tapi, apa yang Danny buat dalam bilik persatuan pelajar? Tolong Ryan ambil barang ke apa ke?Jadi, Danny yang letakkan sweater pada badan aku yang tidur? Tak mustahil dia juga yang rawat luka kat kepala aku kan.
"Yell. Tak sangka, sayang betul Danny dengan you," ujarnya. Aku nganga.
"Takkan you tak nampak! Dia syok kat you kan!" Tegas Rozy. Dia cakap sambil berbisik, takut orang lain dengar."Tak lah," jawabku. Apa logik Danny Chia nak minat aku sedangkan dia ada banyak teman wanita cantik bersilih ganti. Umpama, sepuluh beratur, sorang yang depan kena reject, sepuluh lagi masuk barisan belakang! Itu tahap popular Danny Chia. Berapa ramai orang crush dengan dia, baik yang cantik ataupun yang popular, semuanya peminat Danny.
Tak silap aku, Kwan Yul pelakon yang baru nak naik tu pun pernah cakap, lelaki idaman dia Danny Chia, fotografer muda, cucu kedua kepada Pengerusi Chia, anak lelaki tunggal Steve Chia.
Tapi, bila cakap soal hati. Aku mungkin dari awal lagi dah tersuka orang lain.
Agak sukar untuk aku buka hati untuk playboy macam Danny Chia. Kami tak sama level. Dia terlampau bintang untuk aku yang rumput.
Dan...kalau betul Danny minat aku...
Aku dan Vlin dalam masalah besar.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...