Dancing with a stranger - sam smith
Stella bengang. Habis barang dilempar. Paling penting, ginseng mahal umur ratusan tahun dibuang ke lantai. Ryan hanya mampu terdiam. Dia garu kepala, sambil mendengus perlahan.
"I cakap we're not meeting my parents yet you tak faham ke!" Jerkahnya. Dia dah acap kali cakap yang dia masih belum sedia. Kali ini, Ryan muncul dengan kejutan. Kononnya, dia nak bawa Stella jumpa keluarga Stella dan minta izin secara terang-terangan untuk bersama dengan gadis itu. Bahkan, Ryan siap tempah sut baharu dari Uncle Johnny. Dia juga beli hadiah ginseng mahal untuk ibu bapa Stella.
Pasal ambil sut jugaklah punca dia kena hantar dumpling dekat Yell tempoh hari.
Namun, reaksi Stella tidak positif.
Ryan juga ada salahnya. Dia terlampau positif, dan tak memikirkan pendapat Stella. Salahnya, bagi Ryan dia cuma nak buat kejutan.
Ryan juga tak faham kenapa Stella tak suka Ryan bertemu keluarganya. Ryan cuma tahu bahawa ibu dan bapa Stella macam orang kebanyakkan.Lain pula bagi Stella. Bagi Stella, dunia ibu bapanya dengan dunia ibu bapa Ryan berbeza. Walaupun Natasha cakap yang Ryan kebiasaan, namun dia nampak jelas yang Ryan akan pandang rendah dengan keluarganya.
"Stella sayang, can you tell me what's wrong with me meeting your parents?" Lembut sahaja, Ryan cuba memujuk. Vila Stella jadi semak apabila barang-barang dilempar. Stella pandang Ryan tegas.
"Lepas I jumpa parents you, I just realised that we were so different!" Ujarnya. Stella mendengus. Mana tidaknya, langkah sahaja ke singahsana macam istana milik keluarga Chia, dia dah nampak air pancut buatan. Berbanding dengan rumah kampung milik keluarga Stella, kau baru sampai gate dah ada reban ayam. Itu tak masuk lagi rumah yang dikongsi dengan adik beradik sebelah bapanya! Stella cadang bila dia kaya sikit, dia nak bawa ibu dan ayah pindah ke bandar. Barulah Ryan datang jumpa! Tapi, Ryan dah tak sabar-sabar!
"Sayang, I tak kisah semua tu," balas Ryan. Dia cuma tahu keluarga Stella asal dari kampung, namun dia tak tahu butir terperinci keadaan keluarga Stella.
Stella ketap gigi. Orang kaya macam Ryan mana pernah nampak reban ayam depan rumah! Mau terkejut dia nanti. Tambah pula dengan ahli keluarga belah bapanya yang materialistik! Mesti Ryan akan anggap keluarga Stella macam keluarga miskin yang nak bermenantukan orang kaya! Mak cik dan pak cik Stella akan nampak sangat kolot dan berusaha untuk berbaik dengan Ryan! Sudahnya mereka akan minta wang dari Ryan untuk sembang pelaburan yang entah apa-apa!
Argh! Benci!"Memang you tak kisah. In fact you never care about anything. I je yang care!" Marah Stella. Ryan garu kepala. Dah mengamuk pula teman wanitanya.
"I need time. I need space!" Kata Stella. Dia menunjukkan pintu keluar pada Ryan.
***
Aku keluar dari Grab. Ryan ni memang dah jadi bengong! Berkali-kali dia telefon aku namun tak bercakap. Sudahnya, bila aku call balik, pekerja bar yang angkat kata Ryan dah black out. Jadi, aku kena pergi ambil.
Usai sampai, pekerja itu menunjukkan Ryan yang tidur di atas sofa padaku. Dengan bantuan pekerja kedai itu, kami berjaya menahan teksi.
Kejap. Kalau balik rumah Ryan nanti jumpa mak dia pulak! Aduh!
"Kau nak balik rumah kau ke nak aku hantar gi rumah Stella woi," panggilku. Sambil itu, aku minta maaf kepada pak cik teksi. Kalau hantar pergi rumah Stella, ada perempuan tu nak salah faham! Kalau dia salah faham, aku cakap je lah, Ryan minum dengan klien. Bijak tak aku.
"Situ," Ryan tunjuk ke arah Hotel D'Generouz kepadaku.
"Kau tak nak balik ke?" Soalku melihat ke arah hotel yang tinggi tersegam di pusat bandar itu,
![](https://img.wattpad.com/cover/303492056-288-k556859.jpg)
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomansAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...