99

12 3 0
                                    

Ternganga. Aku dan Vlin saling berpandangan sewaktu melihat Ryan muncul dengan plastik makanan yang banyak. Keberatan, aku mengambil plastik-pastik itu dari tangan Ryan. Dah buang tabiat ke mamat ni? Aku melihat isi dalam plastik.

Dumpling? Terkebil-kebil aku. Bukan dia tak tahu kes dumpling tempoh hari yang dah jadi makanan tong sampah. Sengaja nak ingatkan aku tentang kes hari tu ke sampai belikan aku dumpling?

"What is this?" soalku pelik.

"Kedai baru buka. Thought you will like it," ujarnya. Aku angkat kening. Bapak pelik dan tak sesuai dengan gaya Ryan. Aku kemudian lihat pula bungkusan satu lagi. Ianya merupakan satu bungkusan coklat...

Banyak gila jajan dan coklat! Kau rompak kedai coklat ke? Boleh dikatakan setiap satu jenama coklat, dia ambil satu atau dua jenis coklat mengikut jenama. Aku tekup mulut melihat coklat dan jajan yang begitu banyak sekali. Tak terkawal langsung pembelian.

"Siapa nak makan banyak-banyak ni?" soalku menunjukkan coklat.

"Oh, kedai baru bukak, ada makanan vendor. I support local business," ujarnya tak bersalah. Aku jegilkan mata, macam tak percaya. Kenapa dia tiba-tiba hantar aku dumpling dan coklat. Sangat tiba-tiba.

Aku masuk untuk letak barang sementara Vlin di muka pintu. Dia mempersilakan Ryan masuk.

***

Vlin memerhati Ryan menanggalkan kasut. Langsung tak berkelip matanya, dia pandang tepat ke wajah Ryan.

"Mind to explain," soal  Vlin. Sepanjang dia hidup, tak pernah lelaki bagi barang yang banyak macam tu tanpa harapkan balasan atau nama.

"He's back now," ujar Ryan. Vlin kerutkan dahi. Siapa yang muncul kembali? Dia kemudian berpeluk tubuh, menanti sahaja apa yang akan Ryan Chia sampaikan.

"Who?" soal Vlin. Dia tak faham apa yang cuba Ryan sampaikan dengan klu-klu yang diberi.

"Yell's papa," ujarnya membuatkan Vlin ternganga luas. Dia tak sangka yang lelaki itu dah keluar penjara dan terjumpa Ryan. Okey. Mungkin lelaki itu keluar penjara dia dah boleh agak dari awal. Tapi dia tak pernah sangka lelaki itu akan jumpa Ryan. Vlin memegang lengan Ryan, menghalang Ryan dari masuk. Sambil itu, dia menjeling melihat Yellena sedang menyusun coklat dalam peti sejuk agar tidak cair.

"Did she knew bout this?" Perlahan Vlin berbisik.
Ryan melihat tangan Vlin yang memegang kemas pergelangan tangannya.
"Not yet," jawab Ryan. Vlin melepaskan tangan Ryan.

"Don't let her know," kata Vlin.
"Yet," tambahnya lagi.

Ryan mendengus. Pelbagai soalan muncul di kotak fikirannya. Dia cuma tahu separuh cerita dari Uncle Johnny, dia tak tahu mengenai cerita dari Yellena. Paling dia nak tahu, Yell selama ini betul-betul ingat ayah dia dah takde ke macam mana?

"Yell should know her dad already got out from prison," ujar Ryan. Dia berbisik juga, tak mahu Yellena dengar. Vlin mendengus.
"You want her to kill herself again!?" Soal Vlin garang.

"Mind your words Ryan Chia. One words could kill a soul you know," ujar Vlin tegas.
"Just to remind you. Yell tak ready lagi to accept her father back!" Tegas Vlin.

***

Tak sangka, Vlin akan jemput Ryan makan. Ya lah! Susah payah dia datang hantarkan makanan, takkan nak suruh dia balik. Akhirnya, dia duduk semeja dengan kami, menikmati hidangan dumpling.

Entah kenapa, rasa macam familiar.

"Sedap?" Soal Vlin. Vlin tak begitu suka dengan dumpling. Aku angguk sahaja.

Vlin dan Ryan tak banyak bercakap.

"Where did you buy this?" Soalku. Ryan tercengang, macam terkejut dengan soalan aku. Secara logik, tak mungkin Ryan akan datang bawakan dumpling untuk aku. Aku dan Ryan sekadar pekerja dan majikan, cakap baik sikit sekadar member.
"Ha?" Ryan macam tak ada jawapan.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now