Percutian tiga lelaki dan tiga perempuan tanpa Jean di vila percutian tepi pantai milik keluarga Chia bukanlah sesuatu yang pernah terlintas dalam kotak fikiran aku. Pada aku, sekadar hadir di sini sebagai rakan baik Stella.
Rakan baik? Aku mula mempersoalkan kedudukan aku dalam hidup Stella. Sebenarnya, aku masih tak puas hati kerana aku tidak diberitahu lebih awal tentang Stella yang dah tak mahu sambung belajar. Aku duduk di kerusi paling belakang. Sebaik sahaja naik ke dalam kereta Alphard putih itu aku terus masuk dan duduk di belakang. Danny sekadar ikut aku sahaja, manakala Fiq dan Rozy duduk di bahagian paling depan tempat pemandu. Disebabkan ini kereta Ryan, Fiq sukarela untuk jadi pemandu.
Stella dan Ryan duduk di tengah. Ryan di hadapan aku, berdekatan dengan pintu. Stella duduk di hadapan Danny. Antara tingkap aku dan tingkap Ryan seakan berkongsi, nasib sahaja ada kain langsir.
"Kenapa tak pakai pemandu you?" Soal Stella.
"Fiq cakap dia nak drive," jawab Ryan. Barangkali sudah cakap awal dengan pemandu keluarga Chia. Aku diam sahaja mendengar perbualan mereka, macam kami tak wujud kat belakang ni.Tambah lagi, Danny yang dah macam halimunan kat sebelah aku.
"Yell...you lapar nak snacking ke bagitahu I okey?" Ujarnya memecah kesunyian.
"Yell je? Kami pun nak!!!" Jerit Rozy dari depan, disambung dengan sorak daripada Fiq seperti tengah kenankan kami. Aku angguk. Ryan memandang ke arah kami sebelum tersengih.Aku menarik sweater dan cuba pejamkan mata. Menjeling Stella yang tak sembang dengan aku tentang hal berhenti belajar, aku sangkakan dia memang tak mahu dengar aku masuk campur atau berleter.
Mungkin, Stella...
Ah..
Jangan fikir lah Yell, jangan fikir. Baik tidur!***
Ryan hampir terlelap. Semua orang dah tidur, termasuk Rozy yang cakap dia nak teman Fiq memandu. Fiq fokus memandu, langsung tak cakap apa. Nasib sahaja ada musik dan radio jadi peneman.
Stella sudah tidur nyenyak, langsung tak sedar.
"Fiq, jap gi berhenti kat rest area," kata Ryan.
"Okay boss," jawab Fiq.Ryan memandang jalan raya yang luas. Dari cermin sisi kelihatan Yell tersengguk-sengguk terkena cahaya matahari. Dahinya sedikit berkerut, barangkali terkena perit mentari.Ryan menoleh, kelihatan Danny sudah tidur mati dengan topi menutup muka.
Perlahan Ryan menolak kain langsir kereta itu ke belakang supaya Yell tak terkena matahari.Sewaktu berhenti Yell sahaja yang tidak turun. Puas dikejutkan namun dia tidak jaga. Stella dan Rozy awal lagi sudah ke tandas. Ryan pergi tandas dahulu kerana dia mahu mengemudi kereta pula. Kemudian di ekori oleh Fiq dan Danny. Saat Ryan pulang, Yell masih lagi tidur di kerusinya.
Ketika semua orang tiada, Ryan sempat berjalan ke belakang. Dipegang lembut kepala Yell sebelum menolak langsir agar Yell terlindung daripada cahaya matahari. Wajah polos Yell dipandang lama.
Entah kenapa. Dia sentiasa ambil berat dengan gadis itu.
***
Saat aku sedar, kami sudahpun sampai. Entah berapa lama perjalanan aku tak sedar. Turun dari kereta aku rasakan pinggul dan belakang aku sangat lenguh dan sakit. Aku mengeliat sebelum bergerak untuk ambil beg. Ryan sedang memunggah beg di bahagian belakang.
"Tidur tak ingat apa dah kau kan? Kalau aku bawa kau jual dekat sempadan baru tau!" Usiknya. Aku mengangkat kening, masih lagi dengan muka selamba. Dia tengah berguaru ke?
Okey.
Tiba-tiba Danny yang muncul entah dari mana menyelinap dari belakang aku.
"Mana beg-beg you?" Soal Danny. Aku tunjukkan ke beg putih di sisi kaki kanan Ryan. Tanpa banyak songeh Danny mengambil beg aku dan begnya. Dia bawa beg aku naik ke dalam rumah villa yang tersegam besar itu. Aku terpinga-pinga mengekorinya. Ryan sendirian di situ.
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...