Di umumkan sebagai naib johan sedikit mendatangkan mood yang tidak baik antara kami berempat. Berbanding dengan johan, wang yang diperoleh oleh peserta naib johan tidak cukup untuk melancarkan permainan video atas talian. Bahkan, aku dapat rasakan yang semua orang bad mood sehingga tak ada sesiapa bercakap dengan satu sama lain. Tambahan lagi, Ryan.
Dia jarang begitu. Maksudku diam dan nampak bad mood. Ryan memang tak cakap banyak, tapi dia baik dan sentiasa tersenyum. Ryan yang berwajah hampa dan sedih ketika ini, langsung tak macam Ryan. Aku nak tegur, tapi aku bukan sesiapa.
Bukan Ryan sorang sahaja yang diam selepas pertandingan ini. Jean juga hilang dari radar. Fiq pula sedang kemas-kemas barang di pejabat.Maklumlah. Kami pinjam sampai pertandingan sahaja. Sekarang, pertandingan dah tamat.
"Ryan, kau memang nak senyap je ke?" Soal Fiq memecah keheningan. Aku memandang Ryan, menunggu tindakan ataupun arahan seterusnya. Dia pandang aku tak berkelip.
"Sekarang ni kalau kita nak launch sendiri memang kena ada budget," katanya. Aku dan Fiq tahu, wang yang kami menang itu tak cukup."Aku rasa mungkin tahun depan or give me some more time untuk cari bajet," pintanya. Selaku pemegang bahagian kewangan, aku memang tak tahu macam mana Ryan nak selesaikan masalah ini. Baki kewangan kami tak cukup. Melainkan ada investor ataupun kami perlu jual game kepada syarikat besar(yang pasti Ryan takkan buat).
"Nak cari mana Ryan," balasku perlahan. Berat dan kedengaran sedikit sedih. Aku memang tak tahu mana nak ambil wang dalam jumlah yang banyak untuk semua ini? Pinjaman? Loan bank?
Pintu bilik pejabat diketuk. Jean masuk dan tersenyum. Kali pertama dia kelihatan begitu riang setelah kekalahan tempoh hari. Kami memandang Jean serentak. Dia menjemput seorang wanita lewat 30-an. Wajah wanita itu tenang, gaya tatariasnya juga nipis sahaja solekkan. Dia memakai blaus ropol dengan seluar slack hitam.
"Kenalkan, ni Gurami," ujar Jean. Wanita itu berjalan ke arah kami dan menghulurkan kad nama. Melihat kad nama itu, tertera tulisan CEO dan lambang Kingsoft Gaming.
Aku pandang Ryan. Ryan kelihatan tenang, mempersilakan wanita itu duduk. Sekilas sahaja dia jeling Fiq dan menyuruh Fiq ambil air sejuk dalam peti."Can I talk with the leader?" Soalnya. Aku pandang Fiq dan Jean. Aku buat isyarat supaya kami beredar.
"You can talk with me and my team!" Ryan menegaskan perkataan "My Team". Fiq menarik kerusi dan duduk. Jean turut menyuruh aku duduk. Aku dan Jean duduk bersebelahan, sesekali aku menjeling jari jemari Jean yang mengetuk-ngetuk pehanya.
Dia tahu sesuatu."First of all, I would like to congratulates you guys for winning as runner up," katanya dengan senyuman lebar.
"Is everything going on very well?" Soalnya. Kami diam. Ryan sahaja yang duduk setentang dengannya, kami menunggu sahaja riak Ryan.
"I know each of you. Fiq, Jean and Yell. Team A," katanya tersenyum memegang lutut.Ryan duduk bersilang kaki, begitu juga wanita bernama Gurami itu. Ryan kemudian membuka air tin lalu dihulurkan pada Gurami. Fiq cuma letakkan sahaja air di situ.
"Why don't you straight to the point," katanya lantas mengeluh."Okay," kata Gurami. Dia duduk tegak, tak lagi bersandar. Gurami mengeluarkan satu dokumen dalam fail bewarna kuning.
"I would like to scout you guys," katanya. Ryan telan air liur. Aku dan Fiq memandang antara satu sama lain. Jean nampak tenang, macam dia dah tahu semua ni."Scouting?" Soal Ryan. Dia sudah agak perkara begini akan terjadi.
"And we would like to buy your game," katanya menjeling ke arah kami semua. Aku ternganga. Perkara yang aku sudah jangka dari awal kini terjadi depan mata. Aku begitu positif yang kami akan menang dan berjaya lancarkan permainan atas nama kami sendiri.Tapi, realiti bukan begitu.
Kita bukan selalu di atas. Masuk pertandingan tak semestinya akan menang."We won't sell," kata Ryan tegas. Langsung tak fikir panjang. Wajah Gurami bertukar tidak selesa. Dia menjeling aku dan Jean.
"I bukan nak jawapan hari ni," kata Gurami.
"We won't sell," Ryan bertegas sekali lagi.
Fiq segera bangun dari kerusi dan membuka pintu.Ryan sepatah pun tidak bercakap. Wajah Jean benar-benar berubah tegang. Ryan tenang sahaja memandang pintu. Gurami sedar dia mula tidak di alu-alukan. Dia segera bangun dan tersenyum pada kami.
"I'll be back again," katanya tenang. Dia memandang aku sinis sebelum keluar.Suasana pejabat bertukar tegang. Ryan diam. Aku tak bersuara. Jean juga diam. Fiq kemudian duduk di kerusi.
"Kau apahal Jean?" Soalnya. Jean mencebik sinis. Tak pernah aku lihat dia begitu.
"Aku apahal? Korang yang apahal!" Balas Jean. Fiq bangun, lagak mereka macam nak bertumbuk. Fiq datang ke arah Jean."Kau tau kan Ryan dari awal takde plan nak join scouting or jual game kita!" Tegas Fiq.
"Kalau aku nak jual pun apa masalahnya!" Bentak Jean.
"Game ni bukan Ryan sorang je! Aku pun ada part aku!" Marah Jean, suaranya tinggi.Fiq menarik kolar baju Jean. Aku cuba memegang dada Jean agar berundur ke belakang."Enough!" Satu arahan daripada Ryan membuatkan mereka terhenti. Aku ada di tengah antara Fiq dan Jean.
Fiq mendengus. Jean tak puas hati lantas berlalu keluar. Aku pandang Fiq dan Ryan silih ganti sebelum keluar untuk tenangkan Jean.***
Ryan tunduk. Tak sangka hal ini mendatangkan pergaduhan dalam kumpulan kecil mereka. Fiq juga duduk di kerusi memandang ke arah jendela.
"Kau nak jual ke game kita?" Soal Fiq.
"Tak," balas Ryan."Habis kalau Jean nak jual?" Soal Fiq. Ryan senyap. Dia pun tak ada jawapan. Permainan yang mereka cipta atas hasil usaha kerja bersama. Telefon Ryan berbunyi. Stella.
Dia lupa yang dia ada temu janji dengan Stella. Ryan tak angkat telefon.
"Sorry Fiq. Aku nak kena jumpa Stella!" Kata Ryan. Fiq mengeluh.
"At this time?!" Marahnya. Fiq tahu, Ryan memang sayang sangat dengan Stella. Segala kemahuan gadis itu semua dia turutkan.
"Kau tak nampak ke team kita tengah pecah belah sebab mamat tu plan nak jual game!?" Kata Fiq.Stella telefon sekali lagi.
"Later Fiq," jawab Ryan. Fiq mendengus.
***
Aku menahan Jean. Kami berada di hujung rumah kedai. Aku memandang ke arah Jean, menyuruh dia berhenti.
"We can talk about this nicely," kataku. Jean cekak pinggang."They aren't being realistic Yell!" Tegas Jean. Aku senyap.
"We don't have money to launch it ourself," katanya. Aku diam. Memang benar kata Jean. Kalau kami tangguhkan, kebarangkalian akan ada pesain guna konsep game yang sama bukan tak ada. Ramai orang dah tengok trial game tersebut."Let's talk with them. Tak payah lah kau marah-marah," aku cuba tenangkan Jean. Jean diam. Aku memegang lengan Jean.
"Let's go back and talk," pujukku. Jean akur. Kami kembali menapak ke tingkat dua rumah kedai yang dijadikan pejabat semetara hasil ehsan professor joe."Mana Ryan?" Soal Jean sebaik sahaja buka pintu. Fiq sendirian sahaja memerhati jendela. Aku memandang sekeliling, tak ada pula Ryan. Jean mendengus, bunyi macam marah.
"Mana Ryan!" Lebih tegas soal Jean. Aku pun takut dengar.
"Keluar dengan Stella," selamba balas Fiq. Dia pun kelihatan macam dah mengalah."Yell, you see. Ryan just care about himself. Not the team," katanya padaku. Dia menepuk bahuku sebelum bergerak pergi. Aku pandang Fiq yang termenung. Jean memang dah marah betul dengan Ryan. Ryan pula pergi jumpa Stella, dan tak mahu selesaikan perselisihan yang berlaku.
"Yell...what are we going to do?" Soal Fiq, dia tunduk. Aku senyap sahaja.
Aku pun tak tahu Fiq. Aku pun tak sangka benda akan jadi macam ni. Aku pun tak tahu nak cakap apa.
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...