Macam paip air yang dah tak boleh tutup.
Itu merupakan aku setelah tuga hari Danny berkahwin. Foto-foto majlis perkahwinan Danny menjadi hiasan media sosial, membuatkan aku cuba elak macam mana sekalipun, tetap akan tengok.Tapi, itu cuma tiga hari. Setelah seminggu aku semakin baik dan melupakan. Malahan, setelah tiga bulan, aku bahkan dah boleh move on sepenuhnya dan tak rasa sedih lagi apabila lihat Stella muncul di iklan susu ibu mengandung!
Enam bulan berlalu.
Tiga hari tiga malam aku lihat Ryan tak balik dari pejabat! Aku melihat Ryan yang sudah tiga hari macam zombie tinggal di pejabat. Usai aku dapat tahu yang Natasha mahukan Ryan siapkan proposal dalam masa satu minggu, aku terus beri kerjasama! Sebelum ini, Ryan langsung tak cakap walhal aku merupakan setiausaha merangkap pembantu peribadinya! Nampaknya, harapan aku nak pergi bahagian akaun atau promosi akan lebih lambat lah!Aku letakkan kopi. Kalau berterusan macam ni, dia boleh jatuh sakit.
"If you keep on living this unhealthy lifestyle, you're gonna get sick," komenku. Aku pandang kopi yang dia pinta aku buatkan. Patutnya aku beri Ryan minuman yang lebih berkhasiat seperti jus karot atau jus sayur ataupun paling lemah sekali jus oren kotak! Tapi, aku ikutkan sangat permintaan Ryan nak kopi.
Ryan melihat jam di tangan.
Dia kemudian mengeluh."Yeah, I should go home," ujarnya. Barangkali dah sedar akan kelemahan dia dalam menjaga diri sendiri. Aku angguk kepala.
***
Perut Stella semakin membesar. Hari ini, dia menyertai kelas pra-peranakkan. Bertemu dengan beberapa peminat di kalangan konglomerat buat Stella sedar akan satu hal.
Sejak dia kahwin, dia bukan lagi pelakon kelas B. Terima kasih kepada nama keluarga Danny Chia dan Diana Chia, dia terus melangkau pelakon kelas A dan terus masuk ke kelas S! Lagi atas dari kelas A! Menyedari akan hakikat itu, Stella sangat berbangga dengan keputusannya berkahwin dengan Danny.
"Mana husband you?" Soal salah seorang wanita konglomerat.
"Sejak kerja di hq, Danny sibuk...maklumlah, future heir of Chia Group," jelas Stella. Berhadapan dengan wanita konglomerat yang suka pamer kekayaan, dia juga tak ketinggalan. Apatah lagi sejak mereka berkahwin. Datuk serahkan tugas Presiden kepada bapanya, Steve. Manakala jawatan CEO dipegang oleh Diana. Tapi, sebaik sahaja bayi mereka lahir, barangkali jawatan itu akan beralih arah ke tangan Danny.Itu yang buat Natasha Chia bengang sangat! Sedangkan dia adik kepada Steve. Sejurusnya, Chia Logistic dan Chia Department Store di asingkan daripada konglomerat Chia Group.
Stella senyum puas!
***
Aku tunggu Ryan di kereta. Dengan keadaan dia yang cukup membimbangkan, aku tak rasa dia boleh memandu pulang ke rumah. Aku meraup muka.
Semuanya gara-gara Natasha Chia! Dia tekad untuk buktikan kekuatan Chia Logistic dan Chia Department Store tanpa kuasa HQ. Akhirnya, pekerja yang jadi mangsa akibat kerakusan presiden!
Aku mendengus.Sejak Stella kahwin dan Danny menjadi pengarah di HQ, semuanya berubah. Bukan sahaja kehidupan peribadi aku, malahan keadaan syarikat juga berubah. Jelas, dengan kedudukan Steve sebagai Presiden sekarang, Tuan Chia mungkin tak yakin untuk memilih pewaris seterusnya. Kedudukan pewaris yang menjadi impian Natasha!
Jujur cakap, Natasha dah buat macam-macam untuk bangunkan syarikat. Berbanding Steve yang ada sokongan keluarga Jennifer dan Vlin sebagai "brain" utamanya, kekuatan Natasha bukan calang-calang.
Dia berusaha dari bawah.Dan, ada seorang lagi insan berbakat yang aku rasa layak untuk turut bertanding.
Ryan Chia. Anak bongsu kekuarga Chia! Ryan sangat berusaha untuk syarikat. Walaupun Ryan tak berminat dengan HQ, tapi pada pandangan aku, Ryan lebih layak memimpin syarikat berbanding Danny.
Danny langsung tak minat dengan perniagaan. Dia sukakan fotografi! Kenapa nak halang impian dia untuk jadi fotografer dengan suruh dia bekerja di syarikat.
![](https://img.wattpad.com/cover/303492056-288-k556859.jpg)
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...