Aku senyap sahaja menunggu Rozy sampai. Kononnya Girl's Day Out tapi Stella terpaksa batalkan plan kami last minit kerana ada hal mendadak.
Mungkin perihal kerja. Ya lah! Kawan nama tengah naik, mestilah 24 jam standby kalau ada orang call untuk job modelling. Entahlah. Sepatutnya dia datang makan daging bakar dengan aku dan Rozy, tiba sahaja kata dia ada hal. Jadi, aku sahaja yang datang untuk makan daging bakar dengan Rozy.
"Yell!" Sapa Rozy. Sebaik sampai, dia tanggalkan kot dan duduk sambil menyinting tangan. Aku beritahu Rozy yang aku dah pesan makanan.
"Stella kata dia ada hal," ujarku. Rozy tak nampak terkejut dengan ketidak hadiran Stella. Dia angguk."Ya lah kan. Ryan balik hari ni," kata Rozy. Aku senyap. Stella tak cakap apa pun pasal Ryan balik hari ni. Aku langsung tak tahu. Danny pun tak cerita pasal Ryan akan pulang ke tanah air.
"Ya ke?" Soalku."Tadi atas bas aku tengok Outstagram Stella," jawab Rozy. Aku segera melihat laman web itu. Betul. Ryan dah balik. Ayat caption Stella pun macam dia juga yang dapat kejutan tentang kepulangan Ryan. Belum sempat kami sembang banyak pasal hal ini, pelayan restoran datang dan hidangkan makanan.
Kami berdua makan. Tak ingat dah bab Ryan Chia dah balik setelah dua tahun di perantauan.
"Kau okey ke kerja kat Speedmart?" Soalnya. Aku angguk.
"Okeylah," balasku selamba. Rozy juga kerja sebagai jurujual di kedai kosmetik.
"Ingat nak buat business," kataku. Tapi, aku masih tak ada hala tuju lagi. Nak mula jadi dropship, atau agen barang jualan langsung aku tak berminat.Ada satu hal mengenai jadi dropship atau agen yang aku tak minat. Bila dropship dan agen beli barang dari founder sesuatu produk, produk tersebut perlu dijual oleh dropship. Kalau tak laku, dropship dan agen yang akan rugi. Bukannya founder! Founder sebaliknya hanya akan dapat keuntungan sahaja, hasil jualan kepada dropship dan agen! Masalah kan!
Susahkan! Tapi, itulah realitinya."Sekarang susah dapat kerja. Fiq pun dah blah dari company dia. Company tak bayar gaji," kata Rozy. Wajahnya sedikit berubah.
"Yell..aku ada benda nak cakap ni," kata Rozy.
"Hmm," dia masih keberatan. Aku diam sahaja, mendengar. Aku ni memang dah jadi watak pendengar setia dalam cerita ni.
Rozy telan air liur, aku masih menanti kata-katanya."Jean," ujarnya.
"Jean? Kau baik ke dengan dia?" Tak silap aku, Fiq dan Jean dah tak bercakap sekarang. Rozy memberi alasan yang dia ada berhubung dengan Jean. Mereka kan kawan!"Jean lamar aku," katanya. Aku garu kepala. Apa benda yang aku dengar ni?
"Jean ajak aku kahwin," kata Rozy. Aku minum air cepat-cepat.Kejap. Rozy bercinta dengan Fiq, semua orang tahu! Aku tak pernah tahu pulak yang Rozy dengan Fiq dah putus! Eh! Takkanlah! Dah la mereka tinggal dekat rumah sewa sekali! Takkanlah putus!
"Kau bukan tinggal dengan Fiq ke... jap, otak aku jem," tuturku.
"Memanglah aku bercinta dengan Fiq," katanya. Aku pandang Rozy tak berkelip."Tapi Fiq...Fiq macam tak nak kahwin je," katanya.
"Jean, lamar aku nak kahwin. Dia ajak aku kahwin Yell," ujarnya. Aku ketap bibir.Drama apa pulak ni. Kejap. Biar aku brain benda ni!
Rozy bercinta dengan Fiq. Mereka tinggal satu rumah sewa sama-sama. Fiq macam tak nak kahwin lagi. Dan sekarang, watak Jean melamar Rozy dengan harapan nak kahwin dengannya. Okay!
"Kau macam mana?" Soalku.
Rozy mendengus."Jean stabil. Dah ada kerja tetap. Ada kereta, ada rumah," balasnya. Aku pandang Rozy. Dia mengacau air kosong.
Memanglah jadi perempuan kalau boleh nak cari lelaki yang stabil dan ada kerjaya. Tapi, Fiq pun tengah struggle nak hidup. Kita semua baru graduasi dua tahun. Ada yang bernasib baik, ada yang tak bernasib baik. Bukan ke cinta ni kena susah senang sama-sama.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Traitor Bestie (BM)
RomansaAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...