1

118 5 0
                                        

Melted- AKMU

Aku menghantar borang kepada Setiausaha Agung Persatuan Pelajar. Saat aku meletakkan borang ke dalam bekas, seseorang menolak aku dari belakang hingga terbalik meja.

Kertas borang kemasukkan pelajar baharu berterbangan. Cermin mata aku juga senget disebabkan jatuh tersungkur di meja kecil itu. Semua orang yang ada di situ, tercengang, melihat aku jatuh tersungkur.
Sementara itu, pelajar wakil persatuan sudah mula gopoh menyusun kertas yang terbang. Hebat. Bukannya nak tolong aku.

Aku memusingkan badan. Kaki aku sakit!

Keadaan di lapangan utama universiti sebenarnya agak sibuk dengan pendaftaran kelab dan persatuan pelajar baharu. Ikutkan mood, aku pun tak ingin terlibat dengan persatuan, tapi semua ini dikira sebagai kredit untuk graduasi nanti.
Disebabkan jatuh tersungkur, telapak tangan dan lutut aku terkena tar yang agak panas. Telapak tangan aku tercalar sedikit, dan lutut aku sedikit pedih. Namun, rasanya tak adalah luka teruk.

"Sorry! Sorry! Sorry! Sorry!" Bertalu-talu bunyinya. Suara itu menyapa aku.

Aku memandang lelaki berwajah putih itu. Sekilas pandang, dia boleh tahan kacak untuk mata remaja aku. Dua kali pandang, aku cukup kenal lelaki itu. Ryan Chia. Putera bongsu kesayangan keluarga Chia. Mereka bukan sahaja terkenal, malahan turut popular kerana nenek mereka merupakan penyanyi pada tahun 60-an. Manakala, datuk Chia pula tersenarai dalam senarai orang paling berpengaruh di negara.
Mereka mempunya syarikat perkapalan dan import eksport barangan. Jadi, logik sahajalah kalau semua orang kenal mereka. Dan, Ryan Chia pula agak terkenal kerana sering muncul dalam live OutStagram , Diana Chia, yang merupakan seorang influencer terkenal.

Susun atur keluarga Chia agak complicated untuk dijelaskan sekarang. Cuma yang penting, Ryan ialah anak bongsu keluarga Chia.
Dan. Keluarga Chia ada sejarah yang tak begitu ngam dengan keluarga aku.
Mungkin Ryan sendiri tak tahu akan hal ini.

Aku membetulkan cermin mata. Kesan calar pada tangan aku sedikit pedih. Barangkali termasuk batu kerikil tar.

Nasib apakah ini? Ryan Chia sendiri yang datang dekat aku? Rancangan aku tak macam ni.

Ryan dan seorang lagi lelaki berdiri di hadapan aku. Danny.
Danny Chia. Sosok ini bahkan lagi terkenal kalau dibandingkan dengan Ryan. Mana taknya, sewaktu usia 14 tahun dia sudah terpampang di tabloid dan media massa bersama kakaknya Diana Chia.
Satu kampus kenal mereka berdua. Yang anehnya, Danny merupakan anak kepada abang Ryan Chia, Steve Chia.
Jadi, kiranya Danny tu anak saudara Ryan lah! Dan paling penting, mereka sebaya. Itu yang aku tahulah.

"I'm really sorry," Ryan memberitahu aku seraya menawarkan tangannya. Aku memandang ke arah Ryan dan Danny di sebelahnya.
"You okay?" Soalnya. Aku memaut tangan Ryan dan berdiri.

"Ni semua kau la punya pasal Danny!" Marah Ryan. Aku mengucapkan terima kasih kepada Ryan, sebelum mengutip kertas yang jatuh di lantai untuk diberi kembali kepada persatuan. Danny hanya memandang aku sinis. Rasanya, itu merupakan pandangan jijik. Barangkali dia melihat ada kesan darah terlekat pada kertas yang jatuh.
"Eh Ryan, cuba kau tengok tangan dia tu. Luka ke apa," ujar Danny, sedikit prihatin dan boleh dikatakan "memerhati". Ryan menunjukkan reaksi mahu lihat tangan aku. Aku agak terkedu, tapi aku tunjukkan juga telapak tangan aku pada Ryan.
Ryan buat muka kesakitan.

"Serius weh! Tak sengaja!" Katanya.

Aku juga tak faham, apa yang terjadi sampai boleh tertolak aku hingga begitu sekali.

"It's okay," kataku lantas mengambil buku-buku yang jatuh.
Aku segera meminta diri namun, Danny menghalang aku daripada berbuat demikian.

"Jom, kita pergi bilik kecemasan dulu," katanya. Aku segera menggeleng. Ikutkan hati, mahu terus pulang ke asrama dan mencuci luka aku sendiri dengan air paip.
"Nanti kau viralkan kitaorang pulak," sindirnya. Aku ketap gigi.
Aku memandang ke arah Ryan. Dia juga sepertinya mahu aku pergi ke bilik kecemasan bersama mereka. Namun, wajah Ryan lebih lembut berbanding dengan Danny, yang tengok aku dengan ekor mata sahaja. Melihat beberapa pelajar perempuan lain lalu lalang sambil menjeling, aku agak tak selesa. Aku tahu mereka rasa bersalah dan cuba nak acah bertanggungjawab, tapi tak perlu kot?!

My Traitor Bestie (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang