166

14 3 6
                                    

"Why didn't pick up call I? I saw you baca mesej i," marahnya.
Kalau dah nak jumpa kat rumah, adalah lebih baik aku buat tak tahu sahaja tentang mesej dia. Kurangnya, aku tak adalah kena maki dalam berbentuk teks perbualan.
Namun, semua itu sekadar kata hati aku sahaja. Aku tak cukup berani nak cakap depan-depan Vlin.

Mau kena maki sebakul!

"I dated his brother," katanya. Lebih ke arah cari pasal.

"You cakap, it's never wrong to fall in love. Kisah pulak you dated his brother," balasku selamba.

Vlin mendengus. Ya, dia sendiri cakap! Waktu aku bercinta dengan Danny, dia tak menghalang! Kenapa kali ini dia nak halang aku dan Ryan pula!?

"Dulu okey je I bercinta dengan anak dia!" Getusku.

Mata Vlin menjegil.

"Ryan knows something about your Uncle Daston!" Katanya beri alasan. Walhal, aku tahu, barangkali Vlin sendiri makin hanyut tak ingat Pak Cik Daston sebab kalut bercinta dengan Steven Chia!

"He knows nothing!" Balasku tegas.

"You used to date his nephew," katanya.

Aku mendengus.

"He's also used to dated his niece!" Balasku merujuk kepada Stella.

Vlin mendengus, tak ada alasan untuk melarang aku.

"You agree?" Soalnya berkenaan lamaran Ryan.
"I said yes,"

"Macam tu ja?" Soalnya bercekak pinggang.
"I saw future in abang's eyes," balasku.
Vlin terlopong. Dia pandang aku dan mendekatkan diri dengan aku.

"Abang?" Soalnya.
Aku ketap bibir.

"Are you going to against my marriage?" Soalku.
"Yeah," jawabnya tegas.

***

Ryan senyum gembira sewaktu Johnny keluar dari rumah kedainya.

"Ryan!" Bakal bapa mertuanya menyapa penuh ceria. Usai hantar Yellena, dia tak terus pulang ke rumah menemui keluarganya, sebaliknya dia terus bertemu dengan bapa Yellena.

"Oh, patut panggil...menantu ku?" Soal Johnny apabila melihat Ryan tersengih.
Ryan ketawa terbahak-bahak. Kedengaran agak kelakar di situ, namun hatinya berbunga.

"Dah tengok video. You don't tell me you're going to propose," kata Johnny. Ryan diam. Dia juga baru buat keputusan untuk melamar sewaktu rasa kehilangan Yellena di pejabat. Puas dia fikirkan cara, dan dia rasa waktu dan ketika konsert itu yang paling sesuai.
Tak sangka pula akan ada paparazi nak memfoto dirinya.
Secara logik, dia bukannya artis untuk dipotretkan begitu. Tapi, nak buat macam mana? Si tukang rakam ialah Kwan Yul, salah seorang model di syarikatnya terdahulu.
Kwan Yul masih mengekalkan hubungan baik dengan dia mahupun Yellena!

Dan dalam video, yang lebih-lebih menjerit juga ialah Si Kwan Yul yang merakam proses lamaran itu dari jarak jauh. Sedaya upaya dia zoom supaya nampak muka mereka berdua.

Johnny menepuk bahu Ryan. Dia percaya, lelaki green flag macam Ryan boleh menjaga anaknya dengan baik.
Dia kenal betul dengan Ryan. Orangnya ikhlas, polos dan telus. Dia bukan jenis yang kaki pukul mahupun perengus!

"Ingatkan uncle akan marah, should tell you before," Ryan tunduk meminta maaf. Johnny menggeleng.

***

Aku baring di atas katil sambil melihat cincin pemberian Ryan yang tersarung manis di jari. Cincin belah rotan, biasa sahaja namun cantik berkilat.
Tak ada batu-batu atau permata, ringkas dan elegan. Terdapat ukiran seakan denyut nadi dalam drama medis.

My Traitor Bestie (BM)Where stories live. Discover now