"Adikkk cepattt" laung angah. Sekarang mereka sekeluarga menunggu syaqies turun dari bilik memandangkan syaqies akan bergerak ke kampung hari ini.
"Yee kejapp" balas syaqies sambil menyarung tudungnya. Memandangkan dia nak balik kampung dia memilih memakai tudung sarung sebab perjalanan pulang ke kampung mengambil masa 9 jam.
"Tak baik adik buat orang menunggu" ujar ummi.
"Sorry ummi"
"Semua barang dah kemas?" Tanya along.
"Dah along"
"Kain solat, purdah, tuala semua dah ada?" Tanya along lagi. Sebenarnya dia risau ,buat kali pertama dia tak ikut adiknya selalunya berkepit.
"Yee dah ada along, jangan la risau babe dah besar la eishh" marah syaqies. Dia dah besar dia dah tahu apa yang kena bawak apa yang tak perlu bawak.
"Eee garangnya adik angah ni , orang risaukan dia boleh dia marahkan kitaorang" ujar angah sambil menjentik dahi syaqies.
"Putri abi jaga diri ye dekat sana, kirim salam dekat tokma dengan tok ayah" ujar abi sambil memeluk syaqies. Berat hatinya nak lepaskan putrinya pergi tapi disebabkan permintaan anaknya dan orang yang abi percaya dia lepaskan putrinya balik ke kampung.
"Okay abi" balas syaqies sambil memeluk keluarganya.
Tin tin tin loceng rumah berbunyi menandakan ada orang datang.
"Kawan along dah sampai jom kita pergi" ujar along sambil membawa beg syaqies.
"Sebenarnya sape kawan along, babe kenal tak?" Tanya syaqies. Dia tak tahu dia balik kampung dengan siapa. Along cakap surprise.
"Res!!" Panggil along. Yee hyke yang teman syaqies balik kampung memandangkan dia ada kerja di kelantan pada hari yang sama syaqies balik kampung.
Macam mana along boleh tahu hyke ada urusan di Kelantan? Sebab hyke bagitahu.
"Sir buat apa dekat sini" tanya syaqies hairan. Tak ada angin tak ada ribut tiba tiba hyke ada di depannya.
"Res la yang teman adik balik kampung" ujar ummi.
"Betul ke along"
"Yela sape lagi, Res jer yang along percaya dan yakin dia boleh jaga adik syomel along ni". Ujar along sambil mencubit pipi syaqies yang terlindung purdah.
"Jomla kita pergi takut sampai malam pulak" ujar hyke kepada syaqies. Dia takut jem lepastu sampai kampung syaqies malam.
"Kalau macam tu adik pergi dulu ye abi ummi along angah" ucap syaqies sambil bersalam dengan keluarganya.
"Adik jaga diri elok elok dekat sana, jaga mata"
"Jangan tinggal solat, jaga maruah kamu ingat pesan abi yee"
"Nanti sampai telefon ummi yee"
"Res jaga babe aku macam nyawa kau"
Itulah pesan dari keluarga syaqies."Bye semuaa kitaorang pergi dulu" ucap syaqies sambil melambai tangannya.
"Kau duk belakang dengan pekerja aku" ujar hyke apabila mereka tiba di kereta.
Syaqies ingat hanya mereka sahaja yang ada dalam kereta, tetapi tidak! hyke membawa seorang assistant dan PA nya duke.
***
"Tuan kita nak berhenti makan tak?" Tanya duke. Perutnya dari tadi berbunyi minta diisi. Tolongla dia lapar. Berharap sangat Tuannya setuju.
"berhenti dekat tempat biasa"
YOU ARE READING
C | Cinta Hati Encik Beku
Short StorySEDANG DALAM SEMAKAN. Sebarang TYPO atau KESALAHAN mohon maaf❤️ Hyke dhres - seorang Ceo yang digeruni oleh orang ramai dalam bidang perniagaan memandangkan dia seorang yang tegas dalam melaksanakan kerja dan dia merupakan seorang pensyarah di Unive...