"Boy dah okay ke" tanya mummy.
Hyke hanya mengangguk kepalanya. Dia cuba mencerna apa yang berlaku. Dia ingat syaqies kena langgar.
"Mummy mana isteri boy" tanya hyke sambil bangun dari katilnya. Sekarang dia ada di hospital juga. Lepas saja doctor keluar dari scan syaqies hyke pengsan tanpa dengar komen doctor.
"Sabar isteri boy okay. Syaqies hanya koma. Tak ada yang parah dan baby pun selamat"
Dang! Baby?
"Mummy kata baby?"
"Yee baby"
"Hyke junior" tanya hyke untuk kepastian."Yee boy isteri boy mengandung nasib baby selamat. Cuma syaqies tak sedarkan diri"
"Alhamdulillah boy dah nak jadi ayah" ujar hyke gembira sambil melepaskan jarum di tangannya.
"Ehh nak ke mana" tanya mummy.
"Nak jumpa isteri boy" ujar hyke lalu keluar menuju ke bilik syaqies.Sampai sahaja di bilik syaqies. Dia terus memegang tangan syaqies.
"Thanks sayang mengandungkan anak husbaby" ujar hyke sambil mencium beberapa kali tangan isterinya.
***
Sudah masuk dua bulan syaqies tidak sedarkan diri. Setiap hari hyke akan melawat isterinya sambil bercerita tentang harinya kepada syaqies. Hyke tahu syaqies dapat dengar.Kandungan syaqies dah mencecah dua bulan. Alhamdulillah kandungan sihat. Segala alahan ibu mengandung terkena pada hyke. Setiap hari dia berulang alik ke tandas sampai tak larat untuk kerja.
"Sayang tak nak bangun ke. Husbaby rindu. Anak kita pun rindu dengan ibu dia" ujar hyke lalu mencium tangan syaqies.
Tiba tiba tangan syaqies bergerak, air mata syaqies jatuh. Hyke yang perasan dengan syaqies cepat cepat tekan butan merah. Doctor datang memeriksa keadaan syaqies.
"Alhamdulillah isteri encik sudah sampai tahap normal. Tak lama lagi dia akan sedar" ujar doktor itu lalu keluar dari bilik.
"Alhamdulillah sayang" ujar hyke sambil mencium dahi isterinya.
"Assalamualaikum ahli kubur" laung ferqy. Sekarang dia datang nak melawat syaqies. Bila lah agaknya dia nak bangun. Dia rindu celoteh syaqies.
"Diam lah bising je" marah hyke.
Tiba tiba tangan syaqies bergerak lagi. Hyke rasa tangan syaqies bergerak, dia pun memanggil nama syaqies.
"Hey syaqies madina open you eyes sayang" ujar hyke sambil menempuk perlahan pipi isterinya. Tapi syaqies tak sedarkan diri kecuali air mata yang jatuh.
"Hey sayang bangun kenapa menangis" ujar hyke panik. Isterinya tak buka mata melainkan air mata sahaja yang jatuh.
"Hyke kenapa ni" tanya tewqy . Dia perasan yang syaqies menangis dalam komanya.
"Princess wake up" ujar ferqy.
Syaqies mula memberi respon apabila rasa ada yang memanggil namanya. Dia pun perlahan lahan membuka mata.
"Alhamdulillah sayang dah sedar" ujar hyke sambil memeluk syaqies.
"Ai-air" ujar syaqies lemah.
Hyke yang dengar apa yang syaqies katakan, dia menghulurkan air kepada syaqies. Syaqies minum air dengan bantuan hyke.
"Husbaby" panggil syaqies lemah.
"Shhh berehat la dulu. Nanti bercakap" kata hyke.
Syaqies hanya mengangguk kepalanya tapi sebelum tidur dia menarik tangan hyke.
"Kenapa" tanya hyke.
"Nak peluk"Hyke pun naik ke atas katil syaqies dan memeluk syaqies sambil mendodoikannya.
"Single dilarang tengok haram" ujar ferqy sambil menutup mata farzy.
"Kau pun single setan" bidas farzy.
"Dah mula dah. Jomla keluar bagi syaqies berehat. Sambil tu kita bagitahu family diorang" ujar tewqy sambil keluar dari bilik. Dia nak bagi privacy untuk hyke.
***
"Sayang okay tak ni" tanya hyke. Dia risaukan syaqies dari tadi menangis. Nak cakap dia buat salah pun tak."Husbaby dengan clara nak kahwin" ujar syaqies.
"Pfft apa sayang merepek ni HAHAHA" gelak sakan hyke. Dia kahwin dengan nenek lampir lambat lagi. Dia sayang bini la.
"Kenapa gelak. Betulkan. Aqies nampak husbaby lamar clara depan rumah husbaby" terang syaqies. Dia masih ingat sebelum dia di langgar.
"Yaallah sayang , sayang nampak dekat mana. Clara dah masuk hospital mental la sayang" terang hyke lalu memeluk syaqies.
Clara di sahkan sakit mental oleh polis apabila ditangkap melanggar orang awam dan memusnahkan harta benda awam.
"Aqies nampak depan mata aqies sendiri la sebelum aqies kena langgar" jelas syaqies. Dia masih ingat kenapa hyke nafikan.
"Cuba terangkan macam mana sayang kena langgar"
Syaqies menerangkan macam mana dia dilanggar.
"Yaallah patutla. Sayang tahu tak yang sayang koma 2 bulan dan yang sayang cerita tu hanya mimpi sayang. Sayang kena langgar masa kita pergi ride. Clara yang langgar sayang. Mana ada yang sayang cerita tu. Tu semua mimpi sayang" terang hyke. Dia tak nak isterinya salah faham lagi. Dia dengan clara kahwin? Tak pernah ada dalam otaknya.
Betul yang dikatakan hyke. Semua yang terjadi sebelum syaqies sedar hanyalah mimpi buruknya kerana terlampau sayangkan hyke.
"Dan yang paling penting baby kita selamat" ujar hyke sambil memegang perut kepis syaqies yang masih belum membulat.
"Baby?"
"Yee baby kita" ujar hyke sambil mengangguk kepalanya.
Syaqies memandang hyke dengan wajah hairan. Dia perlukan penjelasan.
"Yee sayang. Sayang mengandung 2 bulan" terang hyke lemah lembut sambil mengusap tapak tangan syaqies.
"Yaallah husbaby kita dah nak jadi ibu ayah" ujar syaqies lalu memeluk erat hyke.
"Seem like i gonna be uncle yuhoooooo" jerit ferqy. Dia baru jer sampai tapi terdengar bualan hyke dengan syaqies yang mengatakan syaqies mengandung.
"Mampus duit aku" ujar farzy sambil senyum pahit.
"Bro cetak banyak banyak nanti boleh tubuhkan pasukan bola" ujar tewqy.
"Yesss ummi dah nak jadi maktok"
"Abi akan jadi tok abi. Nanti bolehla abi mengajikan cucu abi supaya tak jadi macam tiga bala ni"
"Along dah nak jadi uncle woooo"
"Angah nak jadi rich uncle"
"Bang kita dapat cucu laaa"
"Syabas anak daddy, made in malaysia ke Italy" tanya daddy.
"Made in Italy la daddy" balas hyke.
"Apa husbaby ni malu la" ujar syaqies sambil menampar bahu suaminya.
"HAHAHA patutla haritu menjerit rupanya nak buat baby made in Italy" gelak sakan ferqy.
"Bodohla kau ni" balas tewqy sambil menampar kepala kembarnya. Ada ke patut pergi dengar orang berasmara .
"Kuat jugak abang aku. Sekali buat dah jadi HAHAHA" ujar farzy.
"Diam la. Tak guna punya adik" ujar hyke.
Bilik vip itu dipenuhi gelak ketawa 2 keluarga itu.
Tbc
Happy readingMacam mana kena prank okay ke tak tu HAHAHA😛
Janganla marah hyke dia mangsa keadaan🤣
Siapa yang marah hyke tu tak baik tau.. dia tak buat pun benda tu. Minta maaf cepatttt😛SUMPAH NI LAST EH.. author sambung esk. Nak tercabut dah tangan tulis banyak sgt harini🤣
YOU ARE READING
C | Cinta Hati Encik Beku
Short StorySEDANG DALAM SEMAKAN. Sebarang TYPO atau KESALAHAN mohon maaf❤️ Hyke dhres - seorang Ceo yang digeruni oleh orang ramai dalam bidang perniagaan memandangkan dia seorang yang tegas dalam melaksanakan kerja dan dia merupakan seorang pensyarah di Unive...