"Adik duduk dekat sini berapa hari" tanya umi kepada syaqies. Mereka semua akan bertolak balik kejap lagi tapi syaqies bagitahu dia akan duduk sini lagi.
"Adik ikut abang dhe je"
"Minggu depan Res balik ummi, Res ada kerja lagi dekat sini, biarla aqies tinggal dekat sini dulu" ujar hyke sebaik sahaja mata ummi memandangnya."Kalau begitu jaga aqies yee kitaorang ada kerja dekat sana" ujar ummi lalu bersalaman dengan kami semua.
"Jaga babe aku dengan baik bro, kalau kau calarkan dia sikit aku belasah kau" ujar along.
"Betul tu nanti angah potong daging abang Res""Korang ni ,jangan usik Res tu, pandai la dia jaga adik" ujar ummi.
"Kitaorang pergi dulu yee Assalamualaikum"
****
"Tokma nampak abang Dhe tak?" Tanya syaqies. Dari asar tadi dia tak nampak hyke."Tengok belake rumoh takdi napok duk ikut tok ayah"
"Baik tokma"
"Aqies tu cucu tok paling sayang. Res jago molekla jage wi calar cucu tok tu. Kalu tok tahu, tok lepar Res dale bendey hok banyok litoh"
"Res akan jaga dia tok. Res sayang dia macam nyawa Res, dari mula mula Res nampak dia Res niat dalam hati nak halalkan dia. Aqies tak sama dengan perempuan dekat luar sana. Res bersyukur aqies jadi isteri Res"
Syaqies di sebalik pintu menitiskan air mata. Dia bersyukur pilihan yang dia buat adalah tepat.
"Abang dhe dengan tok ayah borak apa" ujar syaqies sambil menuju ke arah hyke dan tok ayah.
"Tak dop gapo pon" ujar tok ayah.
"Meh duduk sini" arah hyke kepada syaqies.Usai duduk di sebelah hyke. Hyke mengambil tangan syaqies disatukan dengan tangannya. Maklumlah dah halal boleh la buat apa pun.
"Kenapa datang sini hmm"
"Aqies cari abang dhe, dari tadi aqies tak nampak abang dhe"
"Rindu ke" usik hyke. Saja dia nak kenakan isterinya. Isterinya nampak comel bila kena usik."Mana ada abang dhe ni" ujar syaqies sambil memukul lengan hyke.
"Elokla kamu berdua ado sini, gi la derak musing kampung wi hyke kenal" ujar tok ayah.
"Boleh juga, jom abang dhe kita naik basikal"
"Boleh tapi tukar baju dulu, baju kau tak sesuai nak naik basikal" ujar hyke. Maklumlah sekarang syaqies pakai seluar palazo. Kang tak pasal pasal seluar masuk dalam rantai."Baikk boss"
"Eee comelnya isteri Res ni" ujar Res sambil mencubit pipi syaqies."Sakitla abang dhe"
****
"Abang dhe okay tak aqies pakai baju macam ni" ujar syaqies sambil memusingkan badanya di hadapan hyke.Hyke bangun dari duduk dan bergerak ke arah syaqies.
"Okay sangat, terima kasih sebab jaga aurat kau untuk aku" ujar hyke sambil mencium dahi syaqies.
Syaqies tersenyum lebar dia suka hyke cium dahinya terasa di sayang.
***
"Abang dhe pandai naik basikal ke" tanya syaqies. Dia takut jatuh je."Tengok badan la" ujar hyke sombong sambil menunjukkan lengannya yang berotot.
"Eihhh belagaknya suami siapa niii"
"Suami syaqies madina la"
"Haah betula hahahaha"
"Dah naik belakang"****
"Assalamualaikum" ujar syaqies lalu masuk ke dalam biliknya. Dia baru balik dari ronda. Sekarang dia merajuk dengan hyke."Waalaikumussalam,res bakpo tu" tanya tok ayah. Yela masam jer muka.
"Tak tahu la, kejap Res pergi tanya"
"Elokla tu nanti turun makan yee"
"Baik tok"****
"Kenapa ni hmm" tanya hyke usai masuk ke dalam bilik.Syaqies hanya mendiamkan diri.
"Tak baik tau tak layan suami dosa nanti" ugut hyke. Kalau pujuk tak jalan kita ugut haa.
"Ish dia ni ugut kita pulak"
"Dah tu cakapla kenapa masam muka dengan aku, aku buat salah apa" ujar hyke. Dia tak suka syaqies diamkan dia, kalau dia ada buat salah cakap buat pendam. Nanti dia tak tahu apa salahnya.
"Awak tak nampak ke perempuan dekat kedai pandang awak macam nak tembus jer, diaorang tak tahu ke awak ni dah kahwin, dia tak nampak ke yang saya isteri abang Dhe eishh" terang syaqies panjang lebar. Dia cemburu dengan perempuan yang pandang hyke tadi. Dia tak suka perempuan lain pandang muka suaminya.
"Sebab aku handsome la diorang pandang. Lepastu diorang ingat kau tu adik aku" usik hyke. Dia suka tengok reaction syaqies comel sangat geram dia nak gigit.
"Apa awak niii, dah pergi main jauh jauh saya nak mandi" ujar syaqies lalu bangun ingin ke tandas.
****
"Assalamualaikum warahmatulaallah Assalamualaikum warahmatulaallah"Usai membaca doa hyke merebahkan kepala nya di riba syaqies.
"Isteri abang Dhe marah lagi ke hmm" ucap hyke sambil mengambil tangan isterinya di cium.
"Tak tahu" balas syaqies. Yee dia masih lagi marah, suaminya tak pujuk dia pun.
"Aku minta maaf kalau aku ada buat salah, aku tak suka kau diamkan aku. Pasal petang tadi, aku tak pandang pun perempuan tu, aku tak tahu dia pandang aku. Mata aku hanya untuk kau, aku hanya pandang kau" unar hyke sambil menyembunyikan mukanya di perut syaqies.
"Aqies maafkan abang dhe"
"Betul ke" ujar hyke sambil mengangkat kepalanya tanda tak percaya , yela semudah abc syaqies maafkan dia."Yee,abang dhe tak salah" ujar syaqies. Yee hyke tak salah, perempuan tu yang pandang hyke.
****
"Kami balik dulu ye tokma tok ayah, jaga diri elok elok" ujar Hyke. Harini dia perlu balik ke KL kerana lusa dia akan ke Italy ada urusan perniagaan."Baiklah jago diri molekla, bawok keto molek" ujar tok ayah sambil memeluk hyke dan syaqies.
"Nanti balik sini pulok deh" ujar tokma.
"Baik tokma kitaorang pergi dulu Assalamualaikum" ujar syaqies sambil melambai tangannya.
"Waalaikumussalam"
"Nina kau duduk depan, aku nak duduk belakang" ujar hyke. Dia nak bermanja dengan syaqies nanti dia kena tinggal syaqies .
Nina hanya mengangguk tanda faham.
"Kau mengantuk ke" tanya hyke. Dia nampak mata isterinya layu.
Syaqies hanya mengangguk mengiyakan.
"Tidur sini" ujar hyke sambil menunjukkan ribanya.
"Malula abang dhe, abang duke ada" ujar syaqies. Dia malu nak duduk atas hyke walaupun dah halal tapi dia tak suka ada orang pandang.
"Duke alihkan cermin belakang jangan pandang belakang" arah hyke.
"Baik tuan"
"Dah meh sini" ujar hyke.
Syaqies hanya menurut arahan hyke. Dia menyelesakan dirinya di dada hyke, tangan hyke melingkari pinggan syaqies sambil menempuk peha syaqies.
Hyke perasan yang syaqies rimas dengan niqabnya, dia membuka ikatan niqab tu dan melepaskan. Muka syaqies ditarik disorokkan di dadanya biar duke tak nampak wajah syaqies.
****
"Flowerrr bangunn" ujar hyke mengejutkan syaqies. Sekarang mereka dah sampai di rumah mak mertua yang atau lebih tepat rumah syaqies. Malam ni dia akan bermalam di sini.Tiada tanda syaqies untuk bangun. Hyke mengangkat syaqies masuk ke dalam rumah.
"Adik tidur ke abang Res" tanya angah.
"Yee tunjukkan bilik kitaorang boleh" pinta hyke. Hyke tak tahu mana arah bilik syaqies. Angah hanya mengangguk dan menunjukkan arah ke bilik syaqies.Tbc
Happy reading
Follow tiktok author please🥺 miasignore_
Tiktok lama kena banned😭hilang semangat nk menulis💔
YOU ARE READING
C | Cinta Hati Encik Beku
Short StorySEDANG DALAM SEMAKAN. Sebarang TYPO atau KESALAHAN mohon maaf❤️ Hyke dhres - seorang Ceo yang digeruni oleh orang ramai dalam bidang perniagaan memandangkan dia seorang yang tegas dalam melaksanakan kerja dan dia merupakan seorang pensyarah di Unive...