"Assalamualaikum" panggil syaqies di luar rumah. Walaupun dia ada hak ke atas rumah tersebut tapi dia masih lagi menghormati tempat orang.
"Waalaikumussalam aqiessssss" laung farzy bila nampak syaqies di muka pintu.
"Pakcik tua sihat"
"Sihat ni haa kuat lagi"
"Princess buat apa dekat sini" tanya ferqy bila tiba di muka pintu. Dia dengar suara farzy memanggil nama syaqies tadi. Jadi dia keluar untuk berjumpa dengan syaqies.
"Emmm aqies nak jumpa suami aqies"
"Ekk hyke eh" tanya ferqy sambil menggaru kepalanya.
"Habis tu tak kan kau suami dia bodohla" bidas farzy sambil memukul kepala ferqy.
"Auchhh sakitla gila" ujar ferqy sambil menggosok kepalanya.
"Suami aqies ada dekat sini tak" tanya syaqies sekali lagi. Dia takut lambat pulak nak bertolak pergi kelantan.
"Ada ada masukla" ajak farzy.
"Kejap aku panggil hyke" ujar ferqy sambil berlari ke arah tangga tapi aktivitinya terbantut apabila nampak hyke jalan turun.
"Kau nak apa datang sini" tanya hyke bila tiba di depan syaqies.
"Aqies nak minta izin dengan suami aqies" balas syaqies. Matanya memandang tepat ke arah mata hyke tapi hyke mengalihkan pandangannya.
"Tak perlu minta izin aku. Aku tak kisah kau nak pergi mana. Hidup ke tak aku tak peduli" kata hyke lalu keluar dari rumah. Lebih baik dia jumpa clara boleh tenangkan fikirannya.
"Bodoh la ada abang macam ni" marah farzy lalu memandang syaqies.
Mereka berdua terdiam bila melihat syaqies hanya tersenyum.
"Aqies kau okay tak" tanya farzy. Aqies hanya tersenyum dengar apa yang hyke katakan dekat dia tadi.
"Aqies okay. Kalau macam tu. Aqies pergi dulu" ujar syaqies lalu keluar dari rumah. Dia tak tahan lagi berada di situ. Hatinya sakit dengar apa yang keluar dari mulut hyke tapi dia gagahkan hatinya untuk terima semua ni.
"Semut apa yang hyke makan. Bini macam ni pun tak pandai hargai" ujar ferqy.
Farzy hanya mengangguk kepalanya tanda setuju apa yang dikatakan oleh ferqy. Dia tak berani nak masuk campur urusan keluarga abangnya. Lagipun di sendiri tak tahu kenapa abangnya berubah. Setiap kali ingin bertanya hyke mengelak.
****
"Babe dah minta izin" tanya along bila selesai mengangkat beg masuk ke dalam kereta. Dia yang akan hantar syaqies ke Kelantan sambil melihat project di sana."Dah" ujar syaqies sambil tersenyum pahit. Dalam kepalanya masih lagi teringat kata kata hyke tadi.
"Jaga diri elok elok dekat sana adik. Nanti telefon ummi selalu ya" ujar ummi sambil memeluk syaqies.
Syaqies hanya mengangguk kepalanya.
"Bye semua aqies pergi dulu" ujar syaqies sambil melambai tangannya.
*****
" woi hyke kau nak pergi mana" tanya farzy. Baru tadi hyke balik rumah sekarang keluar pulak."Keluar"
"Haa elokla tu keluar dengan nenek lampir nanti dengan kau sekali jadi tok lampir. Sama sama bodoh, bangang tak pandai hargai" ujar ferqy panjang lebar.
"Nanti kalau suatu hari kau hilang aqies jangan kau nak menyesal. Masa tu aku dah tak anggap kau abang aku"
"Bagusla macam tu. Aku nak korang bertiga keluar dari rumah aku buat semak je" balas hyke lalu keluar dari rumah. Tadi clara menghantar mesej mengatakan bahawa dia nak pergi shopping tapi dia nak hyke teman dia.
"Elokla tu nanti jadi apa apa jangan cari kitaorang" laung farzy tapi masih di dengar oleh hyke.
Hyke hanya mengabaikan jeritan farzy. Dia malas nak layan.
"Hiraukan setan tu jomla kita balik italy. Makin lama duduk sini makin ke melaka kita nanti" ajak tewqy lalu di setuju oleh mereka berdua.
Lebih baik diorang pergi ke italy. Makin lama di sini makin serabut kepalanya melihat clara dengan hyke bersama.
****
"Baby kenapa sedih ni" tanya clara. Tangannya tak berhenti merayap naik ke dada hyke.
"Entah stress dengan 3 orang dekat rumah tu. Balik rumaha da jer soalan pasal betina tu"
"Apa kata baby ceraikan perempuan tu lepastu kita kahwin. Nanti i boleh duduk rumah u jadi u tak perlu susah susah keluar jumpa i" cadang clara sambil tangannya membuka butang baju hyke.
Sekarang mereka berada di satu kelab malam. Clara mengajaknya datang ke sini untuk lepaskan rasa bosannya.
"Nanti i fikirkan" balas hyke sambil minum air haram itu.
Clara tersenyum bangga. Tak lama lagi dia akan miliki hyke sepenuhnya dan rancangannya berjaya.
*****
"Babe bangun kita dah sampai" gerak along tapi syaqies tak sedarkan dirinya.Syaqif keluar dari keretanya dan mula masukkan beg ke dalam rumah tok ayah.
"Mano aqies" tanya tok ayah. Dia hanya nampak syaqif seorang saja.
"Tidur dalam kereta tok. Penat sangat tu" balas syaqif sambil bersalam tangan dengan tok ayah.
"Takpo la qif angkat la bare dulu pahtu angkat aqies masuk dale bilik" arah tok ayah.
Syaqif hanya mengangguk kepalanya. Apabila selesai mengangkat barang. Syaqif mengangkat syaqies dan meletakkannya di dalam bilik yang di sediakan.
"Gano bulih jadi gini" tanya tok ayah di muka pintu bilik syaqies.
Syaqif hanya mengeluh dan menggelengkan kepalanya. Dia tak tahu macam mana nak cerita dekat tok ayah nya. Dia takut nanti tok ayahnha terkejut.
Usai menceritakan semuanya kepada tok ayah. Tok ayah mendekati syaqies yang sedang tidur lalu mengusap kepala syaqies.
"Allah sayang aqies sebabtu allah uji. Allah tahu aqies kuat. Tok ayah selalu doakan untuk kebahagian aqies" ujar tok ayah lalu berlalu pergi. Dia sedikit terkejut dengar cerita tentang perlakuan hyke terhadap cucunya tapi dia percaya ada sebab di sebalik semua ini.
Syaqif memandang tok ayah nya keluar dari bilik syaqies lalu memandang syaqies. Bila ia nampak syaqies mengeliat syaqif cepat cepat naik ke atas katil dan dodoikan syaqies supaya tidak terjaga dari tidurnya.
Tbc
Chapter ni pendek sbb tak ada idea.
Sorry.
Last for today🤣
Sepatah dua kata untuk hyke🥲
YOU ARE READING
C | Cinta Hati Encik Beku
Short StorySEDANG DALAM SEMAKAN. Sebarang TYPO atau KESALAHAN mohon maaf❤️ Hyke dhres - seorang Ceo yang digeruni oleh orang ramai dalam bidang perniagaan memandangkan dia seorang yang tegas dalam melaksanakan kerja dan dia merupakan seorang pensyarah di Unive...