Chapter 33

4.1K 224 11
                                    

"Abang zaq" panggil syaqies.

Sekarang mereka berada dalam kereta untuk bergerak pulang ke rumah tok ayah.

"Yes little girl"

"Boleh tak abang zaq hantarkan aqies balik rumah abi" tanya syaqies. Dia nak balik rumah dia. Dia nak jumpa dengan hyke. Dia nak tanya hyke pasal 10 tahun dulu.

"Anything for you girl" ujar zaq sambil sebelah tangannya naik mengoyangkan kepala syaqies.
Sungguh dia sayang syaqies tapi dia hormat syaqies isteri orang. Jadi dia anggap syaqies macam adiknya sendiri.

"Thankyou abang zaq" ujar syaqies sambil tersenyum.

"My pleasure girl. Nanti minta izin dengan tok ayah tok ma dulu"

"Baik captain"

****

"Nati sapa tepon la" ujar tokma sambil bersalam dengan cucunya.

Syaqies bagitahu tadi dia nak balik ke rumah orang tuannya jadi dia mengizinkan asalkan zaq menemani cucunya.

"Bowok keto molekla zaq, gapo gapo tepon tok ayah" pesan tok ayah.

"Baik tok"
"Aqies pergi dulu ye tok ayah tokma. Nanti aqies datang balik. Assalamualaikum " ujar syaqies sambil melambai tangannya.

"Waalaikumussalam" jawap tokma dan tok ayah serentak.

****
"Aqies bangun kita solat dulu" gerak zaq tapi syaqies tiada tanda untuk bangun.

"Girl bangun" ujar zaq sambil menempuk perlahan bahu syaqies bagi menyedarkan syaqies.

Syaqies rasa tidurnya terganggu lalu dia membuka matanya.

"Kita dekat mana ni abang zaq" tanya syaqies sambil menggosok matanya.

"Kita dekat masjid. Kita solat dulu lepstu baru cari makan"

Syaqies hanya mengangguk kepalanya. Zaq keluar dari kereta bergerak ke arah pintu syaqies untuk membuka pintu.

"Silakan keluar tuan puteri" ujar zaq sambil menundukkan badannya seperti pengeran di raja.

"Hahaha terima kasih pengeran katak" balas syaqies sambil berlari ke masjid.

"Whattt katak" jerit zaq tak terima. Muka handsome macam ni dia sama kan katak. Zaq menggelengkan kepalanya. Apalah nasib di samakan dengan katak.

Apabila selesai solat zaq menunggu syaqies di hadapan pintu masjid. Ramai mata memandang zaq. Macam mana tak pandang kalau si zaq ni duduk di pintu masuk perempuan.

"Abang zaq kenapa duduk sini" tanya syaqies.

"Tunggu little girl abang zaq la" balas zaq sambil menggosok kepala syaqies.

Syaqies hanya tersenyum malu. Zaq suka memanggilnya little girl. Dari kecik hingga besar tak ubah panggilan itu .

"Jom pergi makan" ujar zaq sambil merembat bag solat syaqies untuk dipegangnya.

"Jom cacing aqies need food"
"Aik cacing pun nak makan"
"Haah kan cacing kan" tanya syaqies kepada perutnya.

Zaq hanya menggelengkan kepalanya. Ada ada je kerenah syaqies ni.

"Nak order apa" tanya zaq sambil duduk di tempatnya iaitu di tepi syaqies.

"Entahlah aqies tak tahu. Abang zaq je la orderkan aqies. Aqies tak tahu nak makan apa" jawap syaqies. Dia tengok menu pun tak ada selera nak makan. Kalau tengok coklat dia ada selera.

"Kalau macam tu aqies kongsi dengan abang zaq. Lepstu kita pergi beli yupi depan tu" ujar zaq sambil menunjuk kedai di hadapan.

Bila dengar saja beli yupi terus syaqies mengangguk kepalanya tanda setuju. Dia tak kisah makan sikit asalkan nanti dapat yupi.

C | Cinta Hati Encik Beku Where stories live. Discover now