Chapter 11

6.1K 313 15
                                    

"Duke kalau sampai kejut aku" ujar hyke sambil mengambil bantal lalu diletakkan di atas paha syaqies dan dia membaringkan kepalanya di situ.

"Ehh" syaqies terkejut, tiba tiba saja hyke letakkan bantal dan kepala di atasnya.

"Bagi aku berehat kejap aku sakit kepala" ujar hyke. Dia sebenarnya tak tidur semalam sebab buat kerja.

Syaqies hanya membiarkan hyke. Dia kesian dengan hyke , dia tak sampai hati nak menolak hyke. Tak lama kemudian syaqies turut merebahkan dirinya di pintu berbekalkan bantal di pintu supaya kepalanya tak sakit.

**
"Tuan dah masuk waktu solat" panggil duke.

"Hmm" hanya itu yang hyke balas. Dia memandang syaqies tidur yang bersandarkan pintu kereta.

"Bungaa bangunn" gerak hyke. Kali ni hanya sekali sahaja hyke kejutkan syaqies terus bangun.

"Jangan gosok mata tu nanti sakit"

"Sorry tabiat hehehe, kita nak solat ke abang dhe" tanya syaqies. Dihadapannya terlihat ada satu masjid besar dan cantik.

"Yee jom solat, kau pergi solat dengan nina" arah hyke. Dia takut syaqies pergi sorang entah entah hilang budak ni dah kecik.

***

"Lama lagi ke nak sampai aqies bosan la" rengek syaqies. Dia bosan dari tadi asyik tidur sekarang ni dia nak cepat cepat sampai.

"Nah ambil ni" arah hyke sambil menghulurkan telefonnya kepada syaqies.

"Apani" Tanya syaqies sambil menerima huluran hyke.

"Game untuk kau main"

"Aqies tak minat game la abang dhe". Syaqies cukup anti dengan game, dia tak suka game dia lebih suka membaca ataupun melihat nombor.

"Try bukak app tu"

"Wahhhhhh nomborrr aqies sukaaaa" ujar syaqies riang.

"Aku buat tu untuk kau" ujar hyke. Hyke tak tidur semalam sebab buat applikasi game untuk syaqies. Syaqif kata syaqies akan bosan dalam kereta jadi syaqif sarankan hyke buat app untuk syaqies. Syaqif tahu hyke mampu buat app untuk syaqies memandangkan hyke ada company pembuat applikasi online..

"Tapi macam mana nak main ni" ucap syaqies sambil menunjukkan telefon itu kepada hyke.

"Meh sini aku ajarkan"

***

"Depan sikit lagi"

"Dah sampai" ujar syaqies kepada hyke. Sekarang mereka berada di kelantan lebih tepatnya di hadapan rumah tok syaqies.

Duke dan nina sekarang berada di hotel
memandangkan pagi esok mereka bekerja.

"Assalamualaikum tok ayah tok ma aqies dah sampaiii" laung aqies perlahan sambil mengetok pintu rumah kayu itu.

"Waalaikumussalam cucu kesayangan aku sapa doh (sampai dah)" ujar tokma sambil memeluk syaqies.

"Aqies ni sapo (siapa)" tanya tok ayah.

"Ohh ni abang dhe kawan along. Dia yang hantarkan aqies dekat sini" terang aqies.

"Assalamualaikum tok saya hyke dhres panggil je res" ujar hyke sambil bersalam tangan dengan tok ayah.

"Waalaikumussalam terimo kasih la atar cucu tok" ujar tok ayah.

"Marila masuk dulu ,minum air seteguk duo wak hile letih " ajak tokma.

"Kamu ni kijo gapo" tanya tokma kepada hyke sesampai di ruang tamu.

"Tokma tanya kerja apa" terang syaqies. Dia nampak hyke tak faham apa yang disoal oleh tokma. Maklumlah tokma dengan tokayah orang kelantan.

C | Cinta Hati Encik Beku Where stories live. Discover now