Beberapa minggu selepas kejadian itu, Eryna kembali ke sekolah seperti biasa. Setelah hampir dua minggu cuti sakit, dia gembira dapat melihat suasana sekolah semula, walaupun kaki masih belum pulih sepenuhnya. Kaki Eryna boleh berjalan tetapi masih terasa sedikit sakit.
Dua minggu di rumah ternyata sangat membosankan. Insiden jatuh di longkang masih segar dalam ingatannya, tetapi dia bersyukur kerana ada orang yang sudi menolongnya.
Ketika Eryna berjalan bersama Izzah dan Emelia menuju ke kantin, dia ternampak Asyariq bersama kawan-kawannya di depan. Tanpa berfikir panjang, Eryna mengikuti langkah Asyariq dan memanggilnya.
"Asyariq!" jerit Eryna.
Namun, Asyariq tidak mendengar. Eryna mendekat dan menyentuh bahunya. Apabila Asyariq berpaling, wajahnya menunjukkan tanda terkejut.
"Yee... awak nak apa?" tanya Asyariq dengan nada lembut.
"Saya datang nak terima kasih kat kau sebab tolong saya haritu. Kalau tak ada kau, tak tahulah apa yang jadi. Apa pun, terima kasih tau," ucap Eryna perlahan sambil tersenyum nipis.
"Tak ada apalah, sama-sama. Macam mana dengan kaki awak? Okay dah ke?" balas Asyariq, menunjukkan rasa prihatin.
"Alhamdulillah, okay dah sikit. Tapi ada rasa gilu sikit kat kaki tu," jawab Eryna jujur.
"Baguslah. Alhamdulillah. Okay lah, saya pergi dulu. Bye!" kata Asyariq sebelum beredar, meninggalkan Eryna dengan pelbagai perasaan.
Setelah perbualan itu, Eryna merasa lebih ringan. Mungkin ini adalah permulaan untuk sesuatu yang lebih baik dalam hubungan mereka.
Lepas Eryna bercakap terima kasih dengan Asyariq, dia kembali kepada Izzah dan Emelia. Dalam hati, Eryna risau jika perbualan itu akan mengundang cemburu. Cukuplah sekali kontroversi tentang insiden jatuh di longkang itu.
"Berani eh kau tegur mamat Asyariq tu. Dia budak paling popular dekat sekolah," ujar Izzah sambil tersenyum.
"Haah, berani betul kau. Aku pun tak berani nak tegur. Nanti Yasmin marah," Emelia menambah, kelihatan risau.
"Berani ke tak berani belakang cerita. Aku tegur dia sebab nak ucap terima kasih je. Kalau tak, memang takkan aku tegur dia. Eh, jap, aku terlupa nama dia," Eryna menjawab sambil menggaru kepala.
"Kau ni, nama dia pun tak ingat. Tadi baru aku sebut. Nama dia Asyariq," jawab Izzah, ketawa.
"Lah, nama dia Asyariq. Lupa pulak aku. Kau kan tahu aku ni macam mana. Mana nak tahu hal popular kat sekolah ni," balas Eryna sambil tersenyum malu.
Ketiga-tiga mereka tertawa, menikmati momen kebersamaan di kantin, tanpa menyedari bahawa perbualan itu mungkin hanya permulaan bagi sesuatu yang lebih rumit.
Eryna terus memikirkan tentang peminat rahsianya. Setiap kali dia menerima hadiah, rasa ingin tahunya semakin mendalam. Dia tertanya-tanya bagaimana orang itu tahu tarikh lahirnya dan semua perkara tentang dirinya.
Dalam hati, Eryna berharap untuk bertemu dengan peminat tersebut. Dia ingin tahu siapa yang begitu memperhatikannya, dan apakah hubungan mereka hanya sekadar peminat atau ada sesuatu yang lebih.
"Sekarang ni, aku kena cari cara untuk mengetahui siapa dia," bisiknya pada diri sendiri. Dengan tekad yang baru, Eryna bertekad untuk mengumpul maklumat dan mungkin, satu hari nanti, dia akan menemui peminat misteri ini.
Sepanjang di kantin Eryna mengelamun memikirkan siapa peminat rahsianya sehingga makan di depannya tidak disentuh. Lama Eryna mengelamun, Emelia pun tepuk bahunya. Mujur tak menjerit terkejut dibuatnya. Terhenti seketika lamunan Eryna kerana Emelia kacau dan menyuruhnya sambung makan.
YOU ARE READING
Kau Sempurnakan Cintaku ( C )
RomanceTengku Asyariq Xavier dan Nur Eryna Adrea bercinta selama 7 tahun kerana Yasmin menunjukkan dia lagi cantik dari Eryna. Asyariq lebih memilih Yasmin dengan memutuskan hubung bersama Eryna. 4 Tahun Eryna membawa diri ke itali. Kini, Dia kembali ke Ma...