BAB 39

919 23 2
                                    

Hari-hari yang berlalu membawa Asyariq ke dalam kegelapan hatinya. Perasaannya terhadap Yasmin semakin jauh, terasing di dalam hubungan yang seolah-olah tiada penghujung. Setiap kali Yasmin pulang dari malam yang panjang di kelab, Asyariq merasakan kepedihan yang mendalam.

Satu pagi, ketika Yasmin baru sahaja melangkah masuk ke rumah dengan bau alkohol yang masih melekat di tubuhnya, Asyariq merasakan hatinya bagai ditoreh.

"Yasmin, kita perlu bercakap," katanya, suaranya menahan marah dan kecewa.

Yasmin hanya menggelengkan kepala, melangkah masuk ke bilik tanpa memandangnya. "Buat apa? You tak pernah faham. I penat, okay?"

Asyariq mengikuti Yasmin, tidak dapat menahan perasaannya lebih lama. "Penat? Penat apa? Penat berfoya-foya? Tak ada benda lain yang kau tahu selain berpesta?"

Yasmin memusingkan badannya, jari telunjuknya terangkat. "Jangan tuduh I macam tu. You tahu tak, hidup dengan you ni bukan macam yang I harapkan. I berasa terasing, dan you tak peduli langsung."

"Terasing? Terasing apanya? I bekerja siang malam untuk kita. Yang kau tahu, habiskan duit, keluar dengan kawan-kawan setiap malam. Apa kau ingat hidup ni hanya untuk bersenang-senang?"

Yasmin duduk di tepi toilet dengan hati yang berdebar-debar. Alat ujian kehamilan itu terletak di tangannya, sementara fikiran dan perasaannya bercampur aduk. Dua garisan biru itu jelas menunjukkan satu kenyataan yang tidak pernah terlintas di benaknya. "Kehamilan? Bagaimana ini boleh berlaku?" desahnya dalam hati.

Dia mengenang kembali malam-malam yang penuh dengan pesta dan alkohol, di mana dia sering kali lupa untuk menjaga keselamatan dirinya. Dalam keghairahan yang melanda, dia dan Asyariq seakan-akan lupa untuk mengambil langkah berjaga-jaga. "Ya Tuhan, apa yang aku buat?" bisiknya sambil menutup wajahnya dengan tangan.

Kebimbangan menghimpit hatinya. Dia tidak bersedia untuk menjadi ibu, apatah lagi dalam keadaan hubungannya dengan Asyariq yang masih goyah. "Kalau Asyariq tahu, pasti dia akan marah. Dia mungkin akan anggap ini sebagai beban tambahan. Lagipun, kita masih dalam proses untuk memperbaiki hubungan. Adakah ini akan menghancurkan segalanya?"

Yasmin menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu membayangkan reaksi Asyariq. Kekecewaan dan kemarahan Asyariq terhadap kelakuan malamnya yang liar mungkin tidak dapat dibendung. "Aku perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Tak boleh biarkan dia tahu sekarang," keputusan itu membuatkan hatinya bergetar.

Dia cepat-cepat menyembunyikan alat ujian tersebut di dalam begnya, berusaha menenangkan diri sebelum keluar dari tandas. "Aku perlu berfikir dengan waras," katanya kepada diri sendiri. Dia mengambil nafas dalam-dalam sebelum keluar. "Buat masa ini, aku hanya perlu berlagak biasa."

Yasmin menggaru kepalanya yang tidak gatal, memikirkan cara untuk menyembunyikan keadaannya. Dalam beberapa minggu ini, morning sickness yang menghantui setiap paginya semakin sukar untuk ditampung. Bau makanan, pergerakan yang sedikit, semua itu membuatkan perutnya berasa tidak selesa. "Aku tak boleh biarkan Asyariq tahu lagi," desahnya dalam hati.

Setelah membuat pemeriksaan, berita tentang kehamilannya itu membuatkan hatinya bercampur baur. Di satu sisi, ada rasa gembira tentang kehidupan baru yang akan datang, tetapi di sisi lain, dia merasa tertekan. "Dua bulan? Dalam masa dua bulan, perut aku pasti akan membesar. Apa aku nak buat?" fikirnya, semakin bimbang.

Hari-hari seterusnya menjadi lebih mencabar. Yasmin mulai mencari cara untuk menutup perutnya. Dia mengeluarkan pakaian-pakaian longgar dari almari, memilih blaus dan gaun yang mampu menyembunyikan perutnya yang semakin membesar. Setiap kali dia berhadapan dengan cermin, dia memerhatikan perubahannya dengan teliti, berusaha mencari angle yang terbaik untuk menyembunyikan bukti kehamilannya.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now