BAB 42

907 14 0
                                    

Keesokan harinya, Eryna bangun dengan rasa teruja. Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu—hari dia dan Asyariq akhirnya akan ke tempat yang telah lama dia impikan. Eryna teringat janji pada diri sendiri: dia akan datang ke Paris dan ke menara Eiffel bersama suaminya.

"Yeayyyyy.... sampai jugak aku dekat sini!" Eryna bersorak dalam hati, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.

Asyariq, yang berdiri di sisi Eryna, hanya tersenyum melihat gelagat isterinya. Mereka berdua memandang ke arah menara Eiffel yang menjulang megah di hadapan mereka.

"Love tak pernah datang sini ke?" tanya Asyariq setelah lama mendiamkan diri, ingin tahu lebih lanjut tentang pengalaman Eryna.

"Love pernah pergi Paris tapi love tak pernah datang ke sini. Hubby nak tahu tak sebab apa?" Eryna bertanya dengan penuh semangat.

"Sebab apa?"

"Sebab love nak datang sini dengan partner hidup love. Maksud love dengan suami love. Sini kan kota cinta, jadi love impikan diri love dengan suami love datang sama-sama dekat sini. Love tak nak datang sini seorang - seorang. Itu janji yang love pernah buat pada diri love sendiri," jawab Eryna sambil tersenyum manis, menunjukkan betapa berartinya momen ini untuknya.

"So, love mengaku la hubby ni suami yang love sayang?" tanya Asyariq, ingin mengusik.

"Hmm nak tak nak kena mengaku jugak la. Dah hubby yang datang sini dengan love kan. Bukan love datang dengan lelaki lain. Kalau love datang dengan lelaki lain, hubby cemburu tak?" Eryna membalas sambil menggoda suaminya.

"Eh, love jangan berani datang sini dengan lelaki lain eh. Kalau hubby dapat tahu, siap kau hubby kerjakan," balas Asyariq dengan nada amaran sambil menjeling ke arah Eryna, membuatkan suasana semakin ceria.

"Eh, ada bau orang cemburu la. Hubby ada bau tak?" Eryna tergelak kecil, tidak dapat menahan rasa lucunya.

"Hello Mrs Eryna Adrea, takde maknanya hubby nak cemburu. Jangan perasan sangat ok..." Asyariq menjawab sambil menggelengkan kepala, tetapi senyum di wajahnya menunjukkan dia sebenarnya terhibur.

Eryna hanya ketawa melihat reaksi suaminya itu. Mereka berdua kembali senyap dan menikmati pemandangan menara Eiffel yang menakjubkan di hadapan mereka.

Menara Eiffel terletak di tepi sungai Seine, dan ia merupakan mercu tanda yang terkenal bagi kota cinta ini. Setelah selesai mengambil gambar di hadapan menara, Eryna dan Asyariq mula mencari makanan untuk mengisi perut mereka yang kosong.

Mereka tiba di sebuah kedai makan halal yang nampak menarik.

"Love, nanti malam kita pergi balik dekat Eiffel Tower tu lagi eh? Orang kata dekat situ, malam-malam pemandangan dia cantik. Macam kita tengok dari balkoni penthouse semalam," Asyariq memecah kesunyian mereka berdua, merancang malam mereka yang akan datang.

"Okay boleh. Love pun nak tengok juga pemandangan pada waktu malam," balas Eryna dengan penuh semangat. Asyariq hanya tersenyum, tetapi dalam hatinya dia merancang sesuatu yang istimewa untuk malam itu.

Setelah makanan mereka tiba, Eryna makan dengan berselera tanpa menyedari Asyariq memandangnya dengan penuh kekaguman.

"Apa hubby ni asyik pandang love je? Tahu la love cantik," ujar Eryna dengan bangga, menyedari perhatian suaminya.

"Yes. You're beautiful. Hubby tak boleh nafikan. Sejak pertama kali hubby bertembung love semula selepas 4 tahun, memang hubby terpegun tengok perubahan love yang sangat ketara dari zaman kita bercinta dulu. Jujur hubby cakap. Sumpah, hubby tak cam langsung love masa tu. Hubby ingat awek mana lah masa tu," balas Asyariq tanpa berselindung, membuatkan wajah Eryna berona merah mendengar pujiannya.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now