BAB 19

1.1K 26 0
                                    

Keesokan harinya, jam loceng pada telefon Eryna pun berbunyi mengejutnya untuk bangun subuh. Eryna pun mengeliat atas katil sebelum mencapai telefonya di meja sebelah katilnya.

" Emmm.... Nikmatnya tidur malam tadi. Ya Allah. Pertama kali aku tidur setenang macam ni." Gumam Eryna masih memejam matanya.

Erynamencapai telefonnya dan menutup alarm pada telefonnya dan bangun turun daripada katil ke meja solek mengikat rambutnya messy bun dan terus menuju ke bilik mandi untuk bersih dirinya dan menunaikan solat subuh.

Pagi itu, suasana di rumah keluarga Dato Amran terasa ceria dan penuh kehangatan. Eryna bersiap dengan pakaian kasualnya – kemeja putih yang tampak segar, seluar slack hitam yang kemas, serta bawal satin berwarna krim yang menambah kelembutan penampilannya. Dengan solekan natural, dia kelihatan anggun tetapi sederhana.

Setelah mencapai beg sandang dan jaketnya, dia melangkah keluar dari bilik dengan hati yang riang. Hari ini, dia bertekad untuk mengendarai motor superbike kesayangannya ke tempat kerja, untuk mengelak kesesakan jalan raya dan merasai keseronokan menunggang di awal pagi.

Di ruang makan, Eryna menyapa keluarga dengan ceria, disambut mesra oleh ibunya, Datin Inara, dan ayahnya, Dato Amran, yang tersenyum bangga melihat puterinya yang bersemangat. Eidlan, abang sulungnya, yang sedang menikmati sarapan, turut mengusiknya dengan pertanyaan ringan.

" Good morning everyone." Sapa Eryna pada semua yang ada di ruang makan.

" Good morning anak mummy." Balas Datin Inara.

" Good Morning princess daddy." Balas Dato Amran tersenyum manis.

" Good morning Eryna." Ujar Naura.

" Good morning miss Eryna. Nak masuk kerja ke hari ni." Ujar Eidlan menyuap mee goreng ke dalam mulutnya.

"Of course, along," jawab Eryna bersemangat sambil menarik kerusi dan duduk di samping ibunya. "Duduk rumah lama-lama, bosan juga. Lebih baik kerja, ada juga yang berfaedah!"

Eidlan tersenyum mendengar jawapan itu, sambil menyatakan betapa dia perlukan bantuan Eryna di pejabat. Melihat ekspresi abang sulungnya yang bercampur keletihan, Eryna tergelak kecil.

Usai beramah mesra dengan keluarganya, Eryna beralih kepada ayahnya dengan permintaan istimewa. "Daddy, nanti dekat office kenalkan Eryna sebagai Miss Adrea, ya?" pintanya sambil mempamerkan wajah comel.

Dato Amran tersenyum kecil, mengangguk setuju. "Baiklah, daddy kenalkan kamu sebagai Miss Adrea. Tapi, kamu bawa motor hati-hati ya? Jangan sampai lambat ke pejabat nanti."

Dato Amran memberikan nasihat itu dengan nada lembut, namun tegas. Dia tahu anaknya bukan sekadar manja dan lemah lembut; Eryna mewarisi minat terhadap pemotoran yang menyebabkan jiwa gadis itu juga kental dan bebas. Perkara ini selalu membuatnya risau, tetapi dia juga bangga dengan keberanian dan keyakinan yang dimiliki Eryna.

Selesai bersarapan, Dato Amran bangkit menuju ke pejabat, sementara Eryna bersiap-siap untuk memulakan hari kerjanya yang pertama di syarikat keluarga.

Eryna hanya tersenyum dan menggosok belakang lehernya yang tak sakit pun. Selesai sarapan pagi Eryna pun menyalam Datin Inara dan Naura serta abangnya Eidlan terus keluar dari rumah pergi garaj motor dan menghidupkan enjin motor besarnya meluncur keluar dari perkarangan rumah bergerak ke syarikat Dato Amran.

Setelah tiba di lobi syarikat ayahnya, Eryna meletakkan superbike kesayangannya di ruang parkir VVIP. Helm dan sarung tangan diletakkan kemas di atas motor, menarik perhatian pekerja-pekerja lain yang sedang lalu lalang. Pandangan mereka, yang dipenuhi rasa ingin tahu dan bisikan sesama sendiri, tidak dihiraukannya. Dia melangkah masuk dengan yakin menuju kaunter penerima tetamu.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now