BAB 48

1K 12 0
                                    

Jam 3 pagi, Eryna terjaga dengan rasa tidak sedap badan. Dia mengiring ke kiri, mengiring ke kanan, tetapi tiada posisi yang membuatkan dia selesa. Tiba-tiba, perutnya sakit, terasa pedih di bahagian bawah.

"Baby... Kenapa ni?" tanya Eryna sambil mengusap perutnya, berharap rasa sakit itu akan reda.

Namun, semakin dia mengusap, semakin sakit pula yang dirasakannya. Seolah-olah ada sesuatu yang mencengkam erat di dalam perutnya. Peluh mula mengalir di dahinya, menahan kesakitan yang semakin menjadi-jadi.

"Ya Allah... Baby dah nak keluar ke?" soalnya lagi, rasa panik menyelubungi hatinya.

Asyariq yang berada di sebelahnya masih lena dibuai mimpi, tidak menyedari apa yang sedang berlaku.

"Hubby..." Eryna mengejutkan Asyariq.

"Hubby!! Bangun!" Eryna meninggikan sedikit suaranya sambil menepuk bahu Asyariq dengan kuat.

Asyariq, yang masih dalam keadaan mamai, terpisat-pisat bangun apabila mendengar suara isterinya.

"Love? Kenapa ni?" tanyanya, matanya masih separuh tertutup. Melihat dahi Eryna berkerut dan berpeluh, dia mula risau.

"Hubby, love rasa baby dah nak keluar..." Eryna memberitahu Asyariq dengan suara yang terketar.

Tanpa berfikir panjang, Eryna turun dari katil. Tiba-tiba, dia merasakan air mengalir keluar dari celah kelengkangnya.

"Hubby! Air... air ketuban love dah pecah!" katanya, panik mula menghimpit dadanya.

Asyariq juga mula panik. Melihat Eryna yang tidak tenang, dia segera mendekati isterinya dan dudukkan Eryna di tepi birai katil.

"Habis tu hubby nak kena buat apa ni?" tanyanya, gelabah sambil berjalan mundar-mandir di hadapan Eryna, tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Hubby sakit!" jeritan Eryna membuatkan Asyariq berhenti sejenak, wajahnya berkerut mendengar rintihan isterinya.

"Love, beranaklah. Hubby sambut," kata Asyariq, kelihatan semakin gelabah. Kepalanya masih berasa berat dan dia masih mamai, tidak tahu apa yang harus dilakukan dalam situasi genting ini.

"Hubby, panggil mummy sekarang! Sakit, hubby! Sakit!" Eryna menjerit, tangannya memegang perutnya sambil mencengkam cadar katil dengan kuat.

"Mummy?" tanyanya, pelik. Dia tidak mengerti mengapa Eryna mahu memanggil ibunya.

"Ye, hubby! Cepat panggil mummy, baby nak keluar dah ni. Hubby ni takkan nak biar love beranak dekat sini," marah Eryna, kesakitan membuatkan dia melupakan seketika semua rasa sabar.

Asyariq bagaikan baru tersedar dari mimpi buruk. "Ya, kejap, hubby panggil mummy," jawabnya dengan panik sebelum berlari keluar dari bilik, terus menuju ke bilik mak mentuanya.

"Mummy!" jerit Asyariq, mengetuk pintu bilik mak mertuanya dengan harapan ibunya belum tidur.

"Haa, kenapa Asyariq?" Datin Inara menjawab dalam keadaan mamai, sedikit terkejut.

"Eryna! Mummy!" panik Asyariq menjawab. "Eryna sakit, baby nak keluar!"

Datin Inara segera bangun, wajahnya berubah serius. "Apa? Ya Allah, cepat! Kita kena bawa Eryna ke hospital sekarang!"

Asyariq yang tidak sabar menunggu, berlari kembali ke bilik mereka. Dalam hatinya, dia berdoa agar semuanya berjalan lancar. Eryna masih dalam kesakitan, memegang perutnya yang semakin mencengkam. Dia tahu saat-saat ini sangat penting, dan tiada yang lebih berharga daripada keselamatan dan kesejahteraan Eryna serta bayi mereka.

"Mummy sakit!" jerit Eryna, suaranya penuh dengan kesakitan dan ketakutan.

"Hubby!" Dia terkejut apabila Asyariq tiba-tiba mendukungnya, tanpa memberi sebarang isyarat atau amaran. Dalam keadaan terdesak, dia hanya mampu berdoa agar Asyariq tidak terjatuh dengan membawa dirinya.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now