Seminggu Kemudian,
Eryna bangun seawal pagi untuk jogging di sekitar perumahannya. Eryna pun turun ke bawah.
" Hei princess mommy, bangun awal pagi nak ke mana???" Soal Datin Inara.
" Good Morning mommy. Eryna nak pergi jogging lah mommy. Itu yang Eryna bangun awal pagi. Kan routine hari - hari Eryna pergi jogging kalau setiap kali cuti. Mommy lupa lah tu." Jawab Eryna senyum sambil turun tangga.
" Kamu ni Eryna mommy ni kan dah tua. Kena lah faham ram dalam kepala pun dah berkurang." Datin Inara mencebik.
" Alaa... Sorry lah mommy. Eryna bukan sengaja nak cakap macam tu dekat mommy." Pujuk Eryna memeluk Datin Inara dari belakang.
" Mommy gurau jela princess. Ni princess mommy nak breakfast dulu ke sebelum jogging." Tanya Datin Inara.
" Tak mommy sebab kalau breakfast nanti jadi malas nak jogging. Lepas balik jogging Eryna breakfast. Eryna nak minum susu dulu mommy sebagai alas perut nak jogging." Ujar Eryna.
" Yela. Tunggu sekejap mommy ambil susu dalam peti. Eryna duduk dulu dekat bar kitchen tu."
" Minggu ni bukan kamu cuti ke Eryna. Daddy beritahu mummy, kamu apply cuti kan untuk majlis kahwin kawan baik kamu minggu ni kan." Tanya Datin Inara lagi.
" Haah mommy. Eryna memang ada apply cuti dengan daddy nak pergi majlis kawan Eryna tu. Hari ni Eryna nak pergi fitting baju dulu dekat butik Emelia mummy." Beritahu Eryna pada Datin Inara sambil menuang susu di dalam cawan.
Datin Inara hanya mengangguk faham.
" Mommy, Eryna pergi jogging dulu tau. Muah..."
" Yelah. Elok - elok Eryna." Sahut Datin Inara.
Eryna beransur jalan keluar dari rumah dan jogging sekitar perumahan nya sambil mendengar lagu pasang pada telefonnya dan di sambungkan pada airpodnya.
Tiba di sebuah taman di kawasan perumahan nya. Eryna terpukau dengan seorang lelaki yang sedang menolong kanak - kanak jatuh dari basikal. Lama Eryna melihat gelagat jejaka itu sehingga tidak sedar.
Ketika fokus melihat gelagat jejaka itu. Ada seseorang menegur Eryna dari belakangnya.
" Hei fokus sangat tengok mamat dekat depan tu." Tegur seseorang yang tidak dikenali oleh Eryna.
Dengan laju Eryna pusing ke belakang kerana terkejut dan ingin melihat siapa yang tegurnya dari belakang.
" Weyyy... Izzah kau buat apa dekat sini? Terkejut aku. Aku ingat siapalah yang tegur aku dari belakang dengan suara macam jantan. Rupanya kau eh." Balas Eryna dengan terkejut apabila yang tegurnya tadi merupakan kawan baiknya.
" Maaf wey aku tak sengaja. Aku pergi rumah kau ingat nak ajak kau keluar sarapan pagi. Bagi salam punya bagi salam. Last mommy yang jawab. Aku tanya lah mommy kau ada tak dekar rumah. Tu aku datang sini sebab mommy kata kau pergi jogging dekat taman area rumah." Terang Izzah pada Eryna.
" Yelah... Aku nak jogging kejap. Kau nak tunggu dekat sini ke atau nak ikut aku jogging sekali." Tanya Eryna pada Izzah sambil memanaskan badan.
" Tak apalah. Aku tunggu kau dekat pondok sana je. Teduh sikit sebab aku pun pakai biasa je ni tak pakai macam nak pergi jogging pun." Ujar Izzah.
Eryna hanya mengangguk dan terus beransur gerak tinggalkan kawannya di situ keseorangan
Selesai saja jogging di taman. Eryna kembali semula di tempat di mana dia berjumpa kawan baiknya tadi.
" Wey... kau buat apa ni? Sejak bila kau jadi budak budak tiktok ni nyah." Tegur Eryna membuat muka annoying.
Izzah hanya menggosok lehernya yang tidak sakit kerana Eryna melihat dia berjoget sakan buat video tiktok.
YOU ARE READING
Kau Sempurnakan Cintaku ( C )
RomanceTengku Asyariq Xavier dan Nur Eryna Adrea bercinta selama 7 tahun kerana Yasmin menunjukkan dia lagi cantik dari Eryna. Asyariq lebih memilih Yasmin dengan memutuskan hubung bersama Eryna. 4 Tahun Eryna membawa diri ke itali. Kini, Dia kembali ke Ma...