BAB 18

1.1K 23 0
                                    

Eryna berdiri di hadapan cermin, meneliti penampilannya sambil mengenakan tudung bawal. Dalam lamunannya, dia teringat kata-kata Asyariq yang pernah menyentuh hatinya, ketika dia masih dianggap gadis kampung. Kenangan itu membangkitkan keazaman dalam diri Eryna untuk berubah, menjadi lebih elegan dan modern, sesuai dengan tren terkini. Ketika asyik menghayati perubahan dirinya, ketukan di pintu biliknya mengejutkannya.

"Tok tok tok."

"Siapa tu??? Masuklah, tak kunci pun pintu bilik tu," jawab Eryna sambil mengemaskan tudungnya.

Naura membuka pintu bilik Eryna, membenarkan Ellena yang masih kecil untuk masuk.

"Hello aunty," sapa Ellena dengan ceria sambil melambai.

"Hello princess aunty, dah siap ke princess aunty sorang ni?" Eryna tersenyum manis melihat si kecil itu.

"Princess dah siap aunty. Tengoklah, princess cantik tak? Matching dengan aunty tak hari ni?" kata Ellena, sambil memusingkan badannya untuk menunjukkan penampilannya.

"AAAA... comelnya princess aunty ni! Matching sangat dengan aunty. So sweet lah princess aunty ni," puji Eryna, terpesona dengan kecomelan Ellena.

"Okey aunty, dah siap. Jom turun!" ajak Eryna sambil mengambil handbegnya dari atas meja solek dan memimpin tangan Ellena keluar.

Sebaik sahaja mereka turun, Eidlan muncul dari arah dapur dengan senyuman di wajahnya.

"Eh eh eh... princess dengan Eryna nak pergi mana cantik-cantik ni?" tanya Eidlan, berpura-pura tidak tahu, walaupun Eryna telah meminta kebenaran untuk membawa Ellena keluar.

"Laaa, along! Along lupa ke yang adik nak keluar dengan kawan adik bawa Ellena. Kan adik dah minta izin dengan along pagi tadi?" Eryna mencebik, sedikit geram dengan sikap pelupa abangnya.

"Eh, awak ni abang. Sejak bila awak jadi pelupa?" Naura menepuk bahu Eidlan, mengangguk kepada Eryna sebagai tanda sokongan.

"Eryna ada minta izin eh dengan saya ke pagi tadi? Saya tak ingat lah," Eidlan bertanya dengan muka blur.

"Haih... along ni, ada kang luku kepala tu dengan adik. Geram pulak kita dia jadi pelupa macam ni. Makan banyak semut sangat along ni, sampai jadi pelupa teruk. Tak sampai sehari lagi dah pelupa adik minta izin nak bawa Ellena jalan-jalan dengan kawan adik," jelas Eryna dengan nada mengeluh, melihat abangnya yang seakan tidak ingat perbualan pagi tadi.

"Jap!!! Along flashback balik..." Eidlan memegang dagunya, menunjukkan dia sedang berusaha mengingat kembali kejadian pagi tadi.

Eryna menunggu sambil berdoa dalam hati agar abangnya dapat mengingati permintaannya.

"Haih abang aku ni. Otak letak kat mana tah sampai boleh lupa aku minta izin pagi tadi dengan dia dan Kak Naura," gumam Eryna dalam hati, merasa sedikit frustrasi.

"Haa... along dah ingat. Yelah, adik ada minta izin pagi tadi. Seronok lah hari ni dapat berdua dengan kesayangan along!" Eidlan tiba-tiba berseru, gembira sambil mengusik anaknya.

"Papaaaa..... eeeee... mana boleh dating berdua dengan mama je! Papa, Ellena punya. Mama jangan nak manja sangat dengan papa eh. Ellena cemburu. Papa, princess punya tau," Ellena mencebik bibirnya, menunjukkan tanda cemburu.

"Mana boleh princess. Papa dan mama punya. Biarlah mama nak bermanja dengan papa. Papa suami mama," Naura membalas usikan Ellena dengan senyuman.

"Mamaaaa.... mana boleh!!! Kalau macam tu princess tak nak ikut aunty hari ni sebab mama nak dating dengan papa," Ellena merajuk, mata merah menahan cemburu.

"Eh, along dengan Kak Naura ni.... Dah lah mengusik budak tu. Haih," marah Eryna sambil menggosok belakang Ellena yang sudah mula menangis.

"Okayyy... sorry princess mama. Meh sini peluk mama dulu sebelum keluar," pujuk Naura dengan lebar tangannya.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now