BAB 20

1.3K 25 0
                                    

Sedang Eryna tekun menyiapkan dokumen dan menyemak reka bentuk di mejanya, satu ketukan lembut di pintu memecah fokusnya.

"Come in," ujar Eryna tegas namun tenang.

Pintu terbuka, menampakkan wajah pembantu peribadinya, Najla, yang masuk dengan senyuman kecil. "Miss Adrea, saya nak beritahu petang ni miss ada temujanji untuk lunch dengan kawan baik miss di Merchant's Lane pada pukul 1 petang. Tadi, kawan baik miss call untuk book lunch dengan miss."

Eryna mengangguk sambil matanya kembali tertumpu ke dokumen di hadapannya. "Alright, noted. Thank you for the information, Najla. Anything else?"

"Tak ada dah, miss. Saya keluar dulu," jawab Najla sebelum meninggalkan bilik dengan sopan.

Eryna menarik nafas panjang. Lunch dengan kawan baiknya mungkin jadi rehat yang sangat dinanti-nantikannya di tengah kesibukan hari itu. Dengan sedikit senyuman terbit di wajahnya, Eryna kembali menumpukan perhatian pada kerja-kerjanya, berharap dapat menyelesaikan sebahagian besar tugas sebelum waktu makan tengah hari tiba.

Saat Eryna pun bertungkus lumus menyiapkan kerjanya sebelum tengah hari agar tidak terlepas untuk lunch bersama kawan baiknya. Telefon diatas mejanya berdering. Eryna pun mencapai dan menjawab panggilan itu.

"Hello, siapa ni?" Tanya Eryna.

" Hello bestie. Haih lupa kawan nampak. Tanya siapa ni." Ujar Emelia.

Eryna pun mengalih telefon yang berada di telinganya dan melihat siapa gerangan yang menelefonya pada waktu bekerjanya.

" Wey, sorry aku tak perasaan. aku terus jawab call." Pinta Eryna. 

" Yelah babe, Jangan lupa lunch sama - sama tengah hari ni." Pesan Emelia. 

Eryna tergelak kecil mendengar ugutan Emelia di telefon. "Ya lah, ya lah, bestie. Jangan risau, aku akan datang. Takkanlah aku nak lepaskan peluang lunch dengan kau. Tak sabar nak catch up cerita-cerita kita."

"Bagus. Kau pun tahu, aku ni sentiasa ada cara nak pastikan kau ambil masa untuk diri sendiri. Sekali-sekala tinggalkan sikit kerja tu, ya? Aku off dulu, nanti jumpa pukul 1 dekat Merchant's Lane. Bye, bestie!" jawab Emelia dengan nada ceria.

"Alright, bye, Emy!" Eryna menamatkan panggilan dan kembali menumpukan perhatian pada skrin komputernya. Walaupun sibuk, perbualan singkat tadi dengan Emelia memberinya semangat untuk menyelesaikan kerja dengan cepat supaya dapat menikmati lunch date yang dirancang itu.

Eryna kembali bekerja dengan penuh fokus, menyemak setiap pelan projek dengan teliti. Masa berlalu dengan cepat, dan tanpa sedar, jarum jam di dinding hampir menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Dia mula mengemas kertas di mejanya, menyusun fail, dan memastikan semua dokumen berada dalam keadaan rapi. Seketika kemudian, Eryna bersiap-siap untuk keluar, menghela nafas lega kerana akhirnya berpeluang untuk berehat dan menghabiskan masa bersama sahabat baiknya.

Hari itu, Eryna terasa sedikit lebih ringan, teruja untuk seketika melupakan kesibukan pejabat.

Ralik Eryna menyemak design bangunan. Eryna pun menyelak lengan kemejanya dan melihat jam di tangannya. Terbelik biji mata Eryna apabila melihat jam di tanganya kerana sudah pukul 1.30 petang. Dengan kelam - kabut Eryna terus ambil telefon, beg, jaket dan helmetnya terus keluar dari pejabatnya ke parking motornya. Dalam perjalanan keluar dari syarikat itu Eryna terus menyarung jaketnya dan memakai helmet lalu menghidupkan enjin motornya dan memecut keluar dari kawasan bangunan itu kerana dia sudah terlambat 30 minit lunch bersama Emelia. Bergema satu bangunan dengan deruman enjin motor besarnya.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now