BAB 31

1.1K 27 2
                                    

Dua minggu berlalu, Asyariq sudah sedarkan diri dan dipindahkan ke wad VVIP. Namun, di sebalik kesedihan dan kelegaan yang dialaminya, ada satu nama yang selalu menghantuinya—Eryna. Sahabat baiknya, yang selalu melawatnya di hospital, tiba-tiba menghilang. Dalam tempoh Asyariq koma, Eryna berkurung di dalam biliknya, menghindar dari dunia luar. Bahkan, ketika rakan-rakannya datang melawat, dia menolak untuk membuka pintu, tidak mahu berjumpa dengan sesiapa. Trauma yang dialaminya membawa kepada diagnosis depresinya, dan dia semakin menjauhkan diri dari orang-orang yang menyayanginya.

Di sisi lain, Tengku Adham, bapa Asyariq, tidak dapat menahan kerisauan terhadap keadaan anaknya. Dia memanggil doktor untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Asyariq. Doktor yang merawat Asyariq menyampaikan berita baik—anaknya sudah stabil dan menunjukkan perkembangan positif. Walaupun Asyariq masih lemah dan memerlukan rehat yang cukup, ada harapan yang bersinar di ufuk.

Ketika Asyariq membuka matanya dengan perlahan, pandangannya masih kelam dan silau. Dia mencari Eryna di sekeliling, berharap untuk melihat wajahnya, tetapi hanya orang tuanya dan beberapa rakan yang ada. Dengan suara yang lemah, dia bertanya kepada Emelia, "Eryna.... mana Eryna?"

Emelia teragak-agak, tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan berita yang menyedihkan tentang keadaan Eryna. "Eryna...." Dia terdiam, tidak mampu mengungkapkan apa yang berlaku.

"Asyariq, relax. Kau jangan banyak bergerak. Nanti terbuka luka jahitan dekat belakang kau tu," Danny cuba menahan Asyariq dari bangun terlalu cepat, tetapi dia tetap berusaha.

"Saya baru balik dari rumah Eryna. Saya cuba nak tengok dia, tapi mummy Eryna kata dia langsung tak nak keluar bilik. Tiap-tiap malam dia meracau. Mummy, daddy, abang Eidlan, dan Kak Naura tak tahu macam mana nak pujuk dia. Eryna bukan macam dulu, happy go lucky. Sekarang, dia banyak diam, duduk dalam gelap, tak makan dan minum. Sudah berapa kali dia cuba untuk bunuh diri. Mujur mummy dan abang Eidlan sempat masuk biliknya," Emelia menceritakan keadaan Eryna dengan penuh kesedihan.

Asyariq mendengar dengan serius, hatinya berat dengan rasa risau. Namun, dia berusaha untuk tetap tenang dan tidak menunjukkan ketakutannya. "Tak apa, nanti aku dah discharge dari hospital. Aku pergi rumah Eryna," katanya, berusaha meyakinkan dirinya sendiri.

Setelah berbincang, Asyariq kembali berbaring, membiarkan tubuhnya berehat, tetapi fikirannya tidak berhenti memikirkan tentang Eryna. Keadaan sahabatnya itu membuatkan dia berasa tidak berdaya, tetapi dia tahu satu perkara—dia perlu pulang dan membantu Eryna untuk bangkit semula.

Dua hari kemudian, Asyariq akhirnya dibenarkan keluar dari hospital. Tengku Amanda dan Tengku Adham menjemputnya untuk dibawa pulang. Namun, sebelum pulang, Asyariq memohon kepada ibu bapanya untuk singgah ke rumah Datin Inara dan Dato Amran bagi melawat Eryna.

Setibanya di rumah keluarga Eryna, mereka disambut dengan baik dan ditawarkan makan malam. Namun, Asyariq berhasrat untuk segera berjumpa dengan Eryna. "Uncle, Asyariq nak minta izin jumpa dengan Eryna sekejap. Boleh ke?" pintanya kepada Dato Amran.

" Boleh, pergilah naik ke atas tingkat 3. Asyariq naik lif je. Asyariq susah nak naik tangga kalau pakai tongkat," jawab Dato Amran dengan penuh perhatian.

Asyariq kemudian meminta agar Tengku Amanda dan Datin Inara menemaninya. "Mama dengan aunty boleh tak teman Asyariq naik atas?" tanyanya.

"Boleh sayang, mama ikut naik atas," jawab Tengku Amanda sambil tersenyum.

"Aunty boleh ke aunty teman sekali?" Asyariq bertanya sekali lagi, memastikan Datin Inara juga bersetuju.

" Boleh. Jom kita naik atas," Datin Inara menjawab sambil mengajak mereka berdua.

Dengan bantuan Tengku Amanda dan Datin Inara, Asyariq berusaha bangun dan berjalan ke arah lif. Namun, ketika mereka keluar dari lif, suara jeritan memecah ketenangan.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now