BAB 24

1.3K 31 0
                                    

Keesokan harinya, Telefon Eryna berdering tanpa henti di atas meja di sisi katilnya. Dia meraba di atas meja mencari telefonnya untuk menjawab panggilan yang banyak kali berdering.

"Hello... kenapa call awal-awal pagi ni?" Tanya Eryna dengan nada baru bangun tidur.

"Miss Adrea... pagi ni kita ada meeting penting di ASH Holding pada pukul 10 pagi, Miss Adrea," jawab Setiausaha Eryna, Najla.

"Apa meeting!!! Sekarang dah pukul berapa, Najla?" Eryna terus bangun dari tidur setelah Najla memberitahu tentang meeting penting itu.

"Miss, sekarang dah pukul 9.50. Lagi beberapa minit je lagi meeting tu akan bermula," ujar Najla dengan tenang.

"It's okay, awak gerak dulu Najla. Bawa semua dokumen yang saya dah sedia atas meja serta replika bangunan yang saya dah siapkan," arah Eryna.

Dengan gelabah, Eryna terus turun dari katil dan meluru masuk ke bilik mandi untuk bersihkan diri dan bersiap untuk pergi ke mesyuarat penting di ASH Holding, kerana mesyuarat itu adalah antara hidup dan mati bagi projek yang Dato Amran harapkan.

Dengan tergesa-gesa, Eryna turun tangga. Tiba-tiba, dia disapa oleh Datin Inara dan kakak iparnya yang baru pulang dari Itali beberapa hari yang lepas.

"Hey Eryna... Kamu gelabah dan tergesa-gesa sangat ni, kenapa princess?" soal Datin Inara dengan pelik melihat anak perempuannya terburu-buru mengambil helmet, jaket, serta kunci motornya.

Enjin motor besar dihidupkan. Eryna memakai sarung tangan dan menyarung helmet, terus berdesus keluar dari perkarangan rumah Datin Inara.

Setibanya di tempat letak kereta VIP syarikat ASH Holding, Eryna segera mencabut helmet, sarung tangan, dan jaket motornya. Dia meluru masuk ke dalam bangunan syarikat ASH Holding.

Baru sampai di pintu utama syarikat, dia dihalang oleh pegawai keselamatan di situ.

"Encik, kenapa saya berhenti dekat sini? Saya dah lambat, nak masuk mesyuarat encik," kata Eryna dengan panik.

"Cik tak boleh letak motor dekat situ sebab itu tempat letak kereta VIP cik," ujar pegawai keselamatan.

"Saya minta maaf encik. Kalau encik nak suruh saya alihkan motor itu, memang tak sempat encik. Saya betul-betul lambat. Ini mesyuarat penting untuk saya. Saya merayu, encik. Tolong bagi saya masuk," rayu Eryna.

Pegawai keselamatan itu melepaskan Eryna pergi kerana berasa kasihan melihat gadis itu merayu.

Setelah masuk ke lobi syarikat, pembantu peribadi menyapa Eryna. Dengan pantas, Eryna menoleh kepada orang yang menegurnya.

"Miss Adrea...." sapa Najla.

"Haa, Najla. Dia orang dah mula ke mesyuarat?" soal Eryna dengan cemas.

"Belum, Miss. Mereka masih menunggu Miss. Tak apa, saya dah cakap dekat Dato yang Miss lambat sikit. Dato faham keadaan Miss. Miss kemaskan diri, baru kita naik ke atas," jawab Najla menenangkan Eryna yang berpeluh teruk.

"Okay... awak tunggu sekejap dekat sini. Saya pergi ke washroom untuk kemas diri. Lepas tu, saya nak touch up sikit makeup saya. Awak bawa tolong pegang beg laptop saya sekejap," kata Eryna sambil memberikan barang-barangnya kepada Najla.

Setelah selesai di washroom, Eryna mengikuti Najla ke tempat mesyuarat. Najla mengetuk pintu bilik mesyuarat dan meminta maaf kerana lambat ke mesyuarat. Pembantu peribadi CEO ASH Holding memperkenalkan Eryna kepada semua yang berada di dalam bilik mesyuarat.

"Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua yang hadir pada mesyuarat pagi ini. Kini, kita boleh mulakan mesyuarat kita dan ingin memperkenalkan Miss Eryna Adrea dari ARN Holding and Architecture yang akan membentangkan projek proposalnya," kata pembantu peribadi CEO ASH Holding.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now