BAB 43

821 17 0
                                    

Setelah seminggu di Paris, Mereka memulakan rutin mereka seperti biasa. Cuma masing – masing jadi kelam kabut dan sangat sibuk dengan kerja masing – masing kerana cuti honeymoon terlampau lama.

Balik saja dari Paris, Eryna dan Asyariq terus pergi fitting baju untuk majlis Izzah dan Danny.

Keesokkan harinya, Majlis nikah dan kahwin Danny dan Izzah dilakukan serentak di JW Marriot Kuala Lumpur.

Majlis nikah dibuat pada waktu pagi manakala sesi kahwin pada waktu malam. Kata Danny, mereka hanya mahu buat serentak dalam satu hari.

Lagipun, majlis ini Danny hanya menjemput keluarga dan rakan-rakan terdekat saja. Serba sederhana tapi nampak mewah majlis mereka.

"Awwww sweetnya diaorang bie. Izzah cantik betul. Tengok tu tengok tu, dia orang pegang tangan. Ahhhh sweet couple goals lah!" jerit Emelia teruja sambil menepuk tangannya.

"Chinta... jangan lah jerit jerit. Macam lah kita tak sweet chinta. Bie siap kiss chinta kan. Ha siapa lagi sweet? Kita kan.." ujar Harraz tersenyum bangga.

"Eleh dia. Sweet sampai nak kahwin la--"

Cupp!!

Pipi Emelia dicium sekilas. Emelia membuntangkan matanya. Asyariq dan Eryna hanya memerhati agenda pasangan tu dari atas pelamin. Al maklum dia dengan Eryna terpaksa jadi pengapit buat kali kedua demi sahabat mereka. kalau bukan sahabat baiknya, memang tak lah dia nak jadi pengapit. Baik dia jadi tetamu sahaja lagi best.

"Ish bie ni. Agak agaklah. Malu chinta." Wajah Emelia sudah membahang. Yela dekat meja makan itu ada Vin, dan Isabella pun ada tau. Siapa je tak malu?

Mereka yang di situ semua sudah tergelak.

"Alahai sweet sangat sampai nak termuntah kami" jawab Asyariq sambil buat gaya nak muntah baru turun dari pelamin Izzah dan Danny.

Izzah dan Danny pergi makan beradab sebab tu Eryna dan Asyariq terus cau sebab lengoh kaki berdiri lama di atas pelamin.

"Eh kau ni. Nak jadi ayah dah pun, perangai mengalahkan budak-budak." balas Asyariq menjeling ke arah Harraz.

"Ha cakap pasal ni. Emelia ada morning sickness tak?" Tanya Eryna.

"Love. Meh duduk. Mesti love penat berdiri tadi. Nah air tembikai ni" ujar Asyariq sambil memberi cawan air tembikai pada Eryna.

"Ada. Teruk juga. Ni pun lemau je dia. Tak banyak cakap." Jawab Harraz sambil memicit bahu Emelia.

"Teruk sangat ke babe?" Eryna memandang wajah pucat Emelia.

"Boleh tahan la. Tak apa. Harraz ada. Dia lah kena buli dengan aku. Hehehe" Emelia tertawa jahat. Harraz sudah menunjukkan wajah cemberutnya.

"Ha kenapa pula tu? Emelia buli kau apa bro?" Tanya Asyariq pada sahabatnya.

"Aku boleh tahan lagi dia punya buli suruh layan kerenah muntah dia tau. Layan apa yang dia nak. Tapi ada satu tu dia punya mengidam aku tak boleh nak tunaikan." Ujar Harraz sambil memandang wajah Emelia.

"Ala normal lah tunaikan isteri nak idamkan apa." Sebek Emelia.

"Dia minta apa Harraz?" Soal Asyariq.

"Dia minta aku pergi--"

FLASHBACK

Harraz duduk di meja kerjanya, mata terpaku pada plan kerja yang berselerak di hadapannya. Sejak Emelia mengandung, banyak tugasan tertangguh kerana Emelia sering mahu bermanja dengannya. Setiap kali morning sickness melanda, dia terpaksa mengambil cuti untuk menjaga Emelia, menjadikannya semakin tertekan dengan kerja yang tak pernah surut.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now