Keesokan harinya, Eryna pergi ke klinik seawal pagi tanpa pengetahuan Asyariq. Eryna hanya meninggalkan pesan pada Asyariq yang keluar untuk membeli barang basah untuk memasak tengah hari itu.
Setibanya di klinik, Eryna berdebar-debar tetapi penuh harapan. "Puan Eryna, sila masuk ke bilik 2," panggil staf jururawat dengan senyuman.
Doktor menyambut Eryna dengan mesra dan memulakan pemeriksaan. Setelah mendengar cerita Eryna tentang muntah dan pening kepala yang dialami Asyariq, doktor itu mengangguk. "Patutlah. Ternyata Asyariq terkena alahan orang mengandung. Tahniah Puan, Puan mengandung 2 bulan!"
Kegembiraan memenuhi hati Eryna. Dia tidak menyangka bahawa kehamilannya akan membawa begitu banyak perubahan.
"Puan jangan buat kerja berat-berat dan jangan stress. Ini penting kerana pada awal kehamilan, risiko untuk gugur adalah tinggi. Saya syorkan Puan jangan terlibat dalam kerja yang boleh memudaratkan kandungan. Nanti, ambil vitamin dekat kaunter di luar dan datang lagi bulan depan untuk pemeriksaan," nasihat doktor.
Eryna mengangguk perlahan, dengan senyuman manis menghiasi wajahnya. "Terima kasih, doktor," ucapnya penuh rasa syukur.
Setelah keluar dari bilik doktor, Eryna melangkah dengan langkah ringan dan hati yang gembira. Dia berjanji pada diri sendiri untuk menjaga kesihatan dan kandungannya dengan sebaik mungkin. Dalam hati, dia merancang untuk memberitahu Asyariq tentang berita gembira ini, saat yang tepat ketika mereka bersama nanti. Dia tidak sabar untuk melihat reaksi Asyariq nanti ketika mengetahui bahawa mereka akan menjadi ibu bapa. Akan tetapi, buat masa sekarang masa tidak mengizinkan dia memberitahu tentang kehamilannya pada Asyariq.
" Ya Allah terima kasih atas nikmat kau berikan pada aku dengan kehadiran malaikat kecil di dalam rahim ku ini Ya Allah." Eryna mengumam perlahan sambil mengusap perutnya yang masih belum kelihatan.
Sejurus mengambil vitamin, Eryna menapak keluar dengan perlahan-lahan. Sekarang, Eryna perlu ke pasar kerana dia telah meminta izin daripada Asyariq untuk ke sana. Jika tidak membeli barang masakan, pasti Asyariq akan curiga mengapa tiada barang untuk memasak yang dibawa balik.
Dengan tekad, Eryna bergerak ke pasar untuk membeli bahan-bahan masakan bagi tengah hari itu. Dia berusaha untuk mengingat semua barang yang perlu dibeli, memastikan semuanya lengkap.
Setelah selesai membeli barang di pasar, Eryna pun pulang ke rumah.
"Assalamualaikum," Eryna memberi salam.
"Walaikumsalam. Love, lama pergi pasar?" Sahut Asyariq yang sudah menunggu di ruang tamu, menanyakan berapa lama Eryna berada di luar.
"Sorry hubby, ramai orang dekat pasar tadi. Lepas tu, trafik jem," jawab Eryna sambil masuk ke dalam rumah dan menuju ke dapur untuk meletakkan barang yang dibeli.
"It's okay love. Hubby tak marah pun," ucap Asyariq sambil tersenyum.
"Love, sini sekejap," panggil Asyariq, meminta Eryna datang mendekatinya.
"Ada apa hubby?" tanya Eryna, curiga dengan nada serius Asyariq.
"Minggu depan hubby ada outstation dekat luar negara. Jom ikut hubby pergi outstation," beritahu Asyariq dengan semangat, mengajak isterinya menyertai.
"Mana boleh hubby. Love banyak kerja nak siapkan dekat pejabat," jawab Eryna, merasa berat untuk meninggalkan tanggungjawabnya.
"Alaa, love boleh lah. Teman hubby outstation kali ini. Hubby ingat lepas outstation, nak honeymoon dengan love," Asyariq memujuk Eryna, senyumnya melambangkan harapan.
"Tak boleh hubby. Nanti kesian daddy dekat pejabat," kata Eryna, berusaha menegaskan keputusannya.
"Hubby tak kira, minggu depan love kena ikut juga hubby pergi outstation sebab hubby dah mohon cuti untuk love dengan daddy tadi. Dan daddy bagi love cuti 2 minggu ikut hubby pergi outstation. Noktah. Tiada bantahan atau alasan lagi," kata Asyariq dengan bangga, seakan telah menang dalam perdebatan ini.
YOU ARE READING
Kau Sempurnakan Cintaku ( C )
RomanceTengku Asyariq Xavier dan Nur Eryna Adrea bercinta selama 7 tahun kerana Yasmin menunjukkan dia lagi cantik dari Eryna. Asyariq lebih memilih Yasmin dengan memutuskan hubung bersama Eryna. 4 Tahun Eryna membawa diri ke itali. Kini, Dia kembali ke Ma...