BAB 34

1K 29 3
                                    

Empat bulan berlalu, dan hubungan Eryna serta Asyariq masih dalam keadaan dingin. Eryna tetap memelihara jarak antara mereka, walaupun Asyariq berusaha sebaik mungkin untuk mengambil hati dan menjalin kembali keakraban yang hilang. Dia tidak membantah, kerana ingin memberi ruang kepada Eryna. Setiap kali berlaku perselisihan, Asyariq memilih untuk mengalah dan berdiam diri, berusaha untuk tidak menambah keruh keadaan.

Dalam rumah tangga mereka, ada pasang surut. Ada ketika Eryna melayani Asyariq dengan baik, namun lebih sering dia menunjukkan sikap dingin yang merenggangkan lagi hubungan mereka.

Suatu hari, ketika Eryna lalu di hadapan bilik Asyariq, langkahnya terhenti mendengar suara tangisan suaminya. Terdengar Asyariq berdoa dengan penuh rasa harapan dan kesedihan. Eryna menghampiri pintu bilik yang sedikit terbuka, memasang telinga mendengar setiap kata yang dipanjatkan oleh Asyariq.

"Ya Allah, Kau peliharalah keluargaku, keluarga metuku dan seluruh umat Islam di atas muka bumi ini. Engkau letakkan isteriku, Nur Eryna Adrea, di bawah lindungan-Mu..."

Nafas dalam dihela, seolah menahan kesedihan yang melanda.

"Ya Allah, kau bukakanlah hatinya untuk menerima ku kembali... Hapuskanlah perasaan benci dalam hatinya itu, Ya Allah. Sesungguhnya aku amat menyayanginya. Tetapkan dia sebagai jodohku yang terakhir. Kau runtuhkan ego yang ada di dalam hatinya, Ya Allah. Kau lembutkanlah juga hatinya untuk menerima aku di dalam hatinya. Kau buangkan rasa benci dalam hatinya kepadaku. Kau kembalikan rasa sayangnya kepadaku kembali. Aku rindu dirinya yang dulu, Ya Allah..."

Air mata Asyariq mengalir perlahan setiap kali dia memohon doa yang sama. Rasa malu menghempap dirinya, mengenangkan semua perbuatan yang melukakan hati wanita yang paling disayanginya. Dia merasakan betapa tidak layaknya dia sebagai suami yang baik untuk Eryna.

"Ya Allah... Semoga isteriku di bawah lindungan-Mu, kerana Kau sebaik-baik pelindung dan Engkau jugalah sebaik-baik penyayang..." Suaranya sebak, menandakan betapa dalamnya rasa cintanya kepada Eryna.

"Aku mohon, Ya Allah, Engkau salurkanlah rasa cinta ini kepada isteriku tanpa rasa terbeban sedikit pun... Rabbana atina fid dunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabanna... Amin." Asyariq memejamkan matanya, mencari kekuatan untuk meluluhkan ego yang terpendam di hati isterinya.

Mendengar setiap doa yang dipanjatkan oleh Asyariq, hati Eryna mula luluh. Rasa ego yang menghalang dirinya dari merapatkan kembali hubungan itu terasa semakin berat.

"Sampai bila aku perlu ego kan diri aku, sehingga melukakan hati suami aku sendiri?" Gumam Eryna perlahan, sesal mula menyusup ke dalam hatinya.

Setelah menyaksikan momen tersebut, Eryna beransur turun ke bawah. Kakinya melangkah berat, namun hati kecilnya berbisik agar dia memberikan peluang kepada hubungan mereka. Rasa rindu akan kasih sayang Asyariq, yang pernah dirasainya, mula mengatasi ego yang selama ini memisahkan mereka.

Hari itu, Asyariq pulang lambat dari kerja, dan Eryna mulai merasa gelisah. Biasanya, suaminya akan tiba di rumah sekitar jam 7 malam, tetapi sudah jam 9 malam dan Asyariq masih belum muncul. Saat itu, telefon bimbitnya berdering dengan nombor yang tidak dikenali. Dengan rasa curiga, Eryna menjawab panggilan tersebut.

Suara di sebalik telefon mengumumkan bahawa Asyariq terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kini berada di hospital. Eryna merasa lemah lutut, hatinya berdebar-debar, dan pelbagai perasaan campur aduk melanda. Tanpa membuang masa, dia segera bersiap dan mengambil kunci kereta yang terletak di atas rak di ruang tamu, lalu meluncur ke hospital dengan penuh cemas.

Setibanya di hospital, Eryna langsung menuju ke bahagian kecemasan. Dalam perjalanan, dia mengeluarkan telefon dari tasnya dan menghubungi ahli keluarga yang lain, memberitahu mereka tentang kemalangan Asyariq.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now