BAB 29

1.1K 31 3
                                    

Di dalam lobi St. Regis Hotel Kuala Lumpur yang mewah, Eryna melangkah dengan penuh keyakinan, menyaksikan suasana yang glamor di sekelilingnya. Gaya dan penampilannya menarik perhatian ramai. Pakaian yang dipakainya, dress malam yang anggun, melambangkan keanggunan dan pesonanya.

Dengan langkah yang tenang, Eryna berjalan ke kaunter penerimaan tetamu. Mungkin dia perlu mendapatkan maklumat tentang majlis yang dihadirinya. Namun, sebelum sempat bertanya, dia terasa bahunya ditepuk dari belakang.

"Eryna!" suara ceria datang dari dua sahabatnya, Izzah dan Emelia.

Eryna berpaling dan tersenyum. "Korang! Apa buat kat sini?"

"Aku teman tunang aku. Ada majlis makan malam dekat sini," jawab Izzah dengan bersemangat.

"Aku pun sama! Kau pun ada majlis makan malam?" Emelia menyambung.

"Betul! Aku dapat jemputan juga," Eryna menjawab, merasakan rasa gembira berjumpa dengan mereka.

"Kalau gitu, jom masuk sekali!" Izzah mencadangkan.

"Tak tunggu lelaki korang ke?" tanya Eryna, sedikit bimbang tentang kelancaran majlis.

"Ah, biar je. Dia kalau jumpa kawan-kawan bisnes, alamatnya lambatlah," keluh Emelia sambil mengusap perutnya yang berkeroncong. "Lapar ni!"

Eryna hanya menggelengkan kepala, mengenang perangai sahabatnya yang tak pernah berubah, meskipun selepas berkahwin.

"Ishh... janganlah marah. Aku sebenarnya nak cakap dekat kau," Izzah memulakan, suaranya menggantung.

"Kenapa suka bagi ayat tergantung ni?" Eryna mencelah, sabar namun sedikit teruja.

"Okay, okay! Sebenarnya, kau nampak cantik malam ni. Macam bidadari baru keluar dari syurga!" puji Izzah dengan nada ceria.

"Betul, kau memang cantik gila! Makeup pun nampak lain sikit. Yang beg tu, bukan ke kau dah minat dari zaman sekolah?" Emelia menambah.

Eryna tersenyum, merasakan hatiya dipenuhi rasa bahagia. "Terima kasih! Aku sebenarnya ada makeup sikit, tapi tak tebal. Beg ni pun hadiah dari seseorang. Dan dress ini juga, dia tempah khas untuk aku."

Mata Izzah dan Emelia bersinar, saling bertukar pandangan. Mereka tahu siapa yang memberikan semua itu.

"Dah, dah, kita borak lama-lama kat sini. Jom masuk dewan!" Eryna mengajak, tidak sabar untuk memulakan malam yang dinanti-nantikan.

Mereka bertiga berjalan ke arah dewan, penuh semangat dan gelak tawa, siap untuk menikmati majlis yang penuh dengan kenangan.

Eryna attire at Annual dinner


Eryna duduk dengan penuh debar di meja makan VVIP

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eryna duduk dengan penuh debar di meja makan VVIP. Suasana di dalam dewan semakin meriah dengan gelak tawa dan percakapan tetamu lain yang memenuhi ruang. Hiasan meja yang elegan dan hidangan yang disajikan membuatkan Eryna berasa teruja, walaupun hatinya sedikit bingung dengan kerusi kosong di sebelahnya.

Kau Sempurnakan Cintaku ( C )Where stories live. Discover now